Table Of ContentSiapa  dalang  Suruhanjaya
Antara Agama-Agama (IFC)?
Siapa  dalang  Suruhanjaya  Antara  Agama-
Agama (IFC)?
Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?
Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara
Agama-agama  disiarkan  dalam  Aliran  Monthly  Vol  25,  2005
(kenyataan  penuh  dilampirkan  di  bawah)  berusaha  menjawab
penentangan ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic
NGOs), TERAS (Teras Pengupaya Melayu) dan PAS (Parti Islam
Malaysia)  berkenaan  dengan  cadangan  penubuhan  Suruhanjaya
Antara Agama – Agama (IFC).
Tetapi jawapan-jawapan balas Malik Imtiaz mengenai “Apakah
Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?”, “Apakah benar IFC tiada
agenda tersembunyi ?” dan “Apakah benar IFC tidak anti Islam”
dan “apakah matlamat penubuhan IFC” tidak cukup menyakinkan,
bahkan menimbulkan menimbulkan banyak persoalan lain.
Secara  keseluruhannya  Pengerusi  Jawatan  Pemandu  IFC  amat
bersetuju  dengan  penubuhan  Suruhanjaya  Antara  Agama-Agama,
bersetuju dialog antara agama – agama perlu diteruskan dan
bersetuju  dengan  pendapat  MCCBCHS  (Malaysian  Consultative
Council  on  Buddhism,  Chistianity,  Hinduism  and  Sikhism  )
berbanding dengan pendapat majoriti pendapat Islam diwakili
ACCIN, TERAS dan PAS.
Persoalan misteri Suruhanjaya Antara Agama – Agama
Ruang misteri yang gagal dijawab oleh Malik Imtiaz adalah
untuk apa Suruhanjaya Antara Agama – Agama (IFC) ditubuhkan
sejak 2001, sedangkan kedudukan Islam telah diwartakan dalam
Perkara 3(1), 11(1) & (4), 121(1A), Perlembagaan Malaysia
sejak 1957 ? rujuk artikel 1 dan artikel 2
Benarkah tindakan Malik Imtiaz ini bukan usaha terancang untuk
mengugat kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, siapa Malik Imtiaz apakah Malik hanya proksi dan
siapa dalang sebenar IFC ?
Siapa Malik Imtiaz ?
Malik Imtiaz Sarwar beragama Islam keturunan Punjabi. Bapanya
bernama Ghulam Sarwar Yousof, seorang profesor kajian teater
di Universiti Malaya.
Lina Joy (kiri) dan peguam pemerhati Bar Council, Malik Imtiaz
Sarwar. Malik juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke
Arah  Pembentukan  Suruhanjaya  Antara  Agama-Agama  (IFC)  di
Malaysia.
Beliau  adalah  seorang  peguam  yang  mempunyai  firma  guaman
sendiri (tetuan Malik Imtiaz Sarwar), di Kuala Lumpur. Beliau
kelulusan LL.B daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ,
LL.M dari Universiti Hong Kong, dan MST Antarabangsa Dalam Hak
Asasi Manusia, di Universiti Oxford.
Daripada 2002 beliau menjadi aktivis yang aktif Bar Council
(Majlis Peguam Malaysia). Beliau juga Presiden Persatuan Hak
Asasi Manusia Malaysia (HAKAM) klik sini.
Beliau  merupakan  Pengerusi  Jawatankuasa  Pemandu  Ke  Arah
Pembentukan  Suruhanjaya  Antara  Agama-Agama  di  Malaysia,
aktivis  Inter-Faith  Commission  (IFC).  Klik  di  sini  dan
penggerak kumpulan Artikel 11. Klik di sini
Pada Oktober 2005, beliau dijemput menjadi pembentang kertas
kerja anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Hotel
Corus, Kuala Lumpur. Klik sini
Malik  Imtiaz  merupakan  peguam  ‘popular’  di  Bar  Council
berkaitan  dengan  kes-kes  hak  asasi  manusia  dan  kebebasan
beragama (murtad).
Pada  2006,  beliau  menjadi  peguam  pemerhati  mewakili  Bar
Council untuk membela Lina Joy, seorang Melayu yang telah
masuk  Kristian  dan  memohon  menukar  identiti  Islam  kepada
Kristian  di  dalam  kad  pengenalannya.  Kes  itu  dibawa  ke
Mahkamah  Persekutuan,  tetapi  Lina  Joy  gagal  dalam
permohonannya. Klik sini
Akibat pembelaannya kepada kes Lina Joy, Malik Imtiaz dakwa
dirinya pernah menerima ancaman bunuh daripada pihak tertentu
(yang disyaki beragama Islam). Klik sini
Beliau juga peguam kepada kes murtad, Subashini Rajasingam,
(klik sini ), peguambela ajaran sesat yang dakwa jadi Rasul,
Abdul Kahar Ahmad, (klik sini )dan peguam penghina Islam, Raja
Petra Raja Kamaruddin (RPK). Klik di sini
Selain itu, beliau juga menjadi peguambela kes Ayah Pin dan
kes Zaid Ibrahim cabar Kerajaan Kelantan (Hudud). Klik di sini
Kawan rapatnya adalah Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa
Rasiah dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya adalah peguam Bar Council.
Klik di sini dan di sini
Malik Imtiaz dan IFC
Interfaith Commission (IFC) adalah sebuah suruhanjaya yang
dicadangkan penubuhannya seperti SUHAKAM iaitu sebuah badan
berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang berkaitan dengan
pertikaian antara agama.
Sebelum ini IFC dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC)
dan Interfaith Commission (IFC) tetapi ditukar nama kepada IFC
setelah  dicadangkan  penubuhannya  oleh  MCCBCHS  (Malaysian
Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan
Sikhism) melalui memorandumnya kepada Bar Council pada 21 Ogos
2001.
Manakala sebuah Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-
agama yang diketuai oleh Malik Imtiaz (yang juga Presiden
HAKAM) merupakan pihak yang memainkan peranan penting bagi
memastikan kejayaan IFC.
Bermakna empat badan yang memainkan peranan aktif menjayakan
IFC  adalah  Bar  Council,  Jawatankuasa  Pemandu  Suruhanjaya
Antara Agama- agama, HAKAM dan MCCBCHS.
Selain daripada MCCBCHS yang diketuai oleh Sardar V. Harcharan
Singh, ketiga-tiga badan lain iaitu Bar Council, Jawatankuasa
Pemdandu IFC dan HAKAM mempunyai kaitan rapat dengan Malik
Imtiaz.
Kronologi cadangan penubuhan IFC
1. Tahun 2000 – Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights
Committee  –  HRC  ),  Bar  Council  dan  HAKAM  telah  memberi
perhatian  terhadap  kebebasan  beragama  dengan  menganjurkan
“Forum on freedom of religion” pada December 2000.
2.  Dalam  2001,  Bar  Council  menubuhkan  satu  sementara
jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan
sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council
(IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah.
3.  Pada  8  Disember  2001,  Bar  Council  menganjurkan  satu
perayaan  ‘Festival  of  Rights’  dengan  tema  ‘Kebebasan
Beragama’.
4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai
‘Kebebasan  Beragama’  dan  menerbitkan  satu  artikel  khusus
tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF.
5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari
diadakan  dan  diwujudkan  Jawatankuasa  Pemandu  Suruhanjaya
Antara Agama – Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan
dan mencadangkan usul.Presiden Bar Council adalah Mah Weng
Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk
ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri
serta membantah cadangan usul tersebut.
6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC
telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman
Bukhari
7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara
Agama  –  Agama  dengan  kerjasama  Bar  Council,  Malaysian
Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation
(KAF)telah  mengadakan  persidangan  peringkat  Kebangsaan,  di
Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan
Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi
mandat  kepada  jawatankuasa  pemandu  untuk  membawa  tindakan
selanjutnya.  Turut  hadir  sebagai  peserta  Dr.  Patricia
Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah. Bukti klik sini dan
di sini.
8.  Februari  2005,  Jawatankuasa  pemandu  dan  Bar  Council
menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak
kerajaan,  tetapi  cadangan  itu  tidak  dilayan.  Bar  Council
ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari.
9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr
Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan
penubuhan  Suruhanjaya  Antara  Agama  (IFC)  yang  bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. klik di sini
Maklumat lanjut, sila klik di sini dan di sini
Siapa di belakang IFC ?
Terdapat  dua  badan  yang  baru  muncul  semasa  Persidangan
Peringkat  Kebangsaan,  Jawatankuasa  Pemandu  IRC  di  Hotel
Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu
Konrad  Adeneur  Foundation  (KAF)  dan  Malaysian  Interfaith
Network (MIN)
Kedua-dua  badan  ini  muncul  ketika  saat  terakhir  ketika
Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk
dihantar kepada kerajaan.
Dari kiri Dato Anwar Fazal, Presiden Malaysian Interfaith
Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim.
Haris  merupakan  kawan  rapat  Malik  Imtiaz  yang  sama-sama
menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul
Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar
draf usul IFC kepada kerajaan. Beliau juga merupakan bekas
Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian
pertubuhan Yahudi seluruh dunia)
Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang
menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan
akan muncul secara semuanya selesai ?
Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan
The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003,
tetapi  telah  dinasihati  oleh  Malik  Imtiaz  (Jawatankuasa
Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang
berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu.
Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO
Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang
KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat
dana daripada AJC (American Jewish Committee). Klik di sini
Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam)
menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil
pada tahun 2005.
Kata Peter Schier, “Kami telah menyokong usaha untuk merangka
satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak
akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada
peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk
tidak  telibat  kerana,  menurut  mereka,  pendekatan  yang
digunakan  oleh  Jawatankuasa  Penaja  Terhadap  Penubuhan
Suruhanjaya  Antara  Agama  Malaysia,  mungkin  merupakan  satu
strategi berunding dengan kumpulan Islam ‘aliran utama’, dan
oleh  yang  demikian,  saya  tidak  menyatakan  dengan  jelas
pendirian yayasan ini secara jelas menyokong usaha itu. Pada
peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk
sokongan” klik di sini
MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari
2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di
Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang
merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme
(UNDP) projects – Asia Pacific. Klik di sini.
MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian
Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of
Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi)
dan lain-lain. Klik di sini
MIN mendapat dana daripada “The Pluralisme Project, Havard
University” Amerika yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika
terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation.
Bukti klik di sini
Siapa dalang sebenar IFC ?
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan
Kristian  Jerman)  dan  MIN  (Tajaan  yayasan  Yahudi  Amerika)
menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM
merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC.
Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan
MIN,  atau  beliau  sekadar  perantara  yang  boleh
dikambinghitamkan ?
Mungkinkah  dalang  sebenar,  tidak  muncul  dalam  pertemuan-
pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul
dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti
Islam ?
Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan –
badan itu.
Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal
HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia
iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong.
Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong
pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR
Selangor.
Peter Schier, wakil KAF Malaysia (kiri), Kamaruddin Jaafar
(tengah) dan Khalid Jaafar (kanan). KAF menaja badan pemikir
Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin
Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM). Selepas Anwar dipecat
UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah
diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar)
hingga sekarang.
Menurut  Peter  Schier  (KAF  Malaysia),  yayasan  itu  telah
bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir,
Anwar Ibrahim, IKD, sejak tahun 1984, sehinggalah Anwar muncul
tokoh politik terkemuka di tanah air sebagai Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.
Walaupun  Anwar  dipenjarakan  di  Sungai  Buloh,  KAF  tidak
berhasrat menghentikan penajaan kepada badan pemikir Anwar
(IKD) itu, sebaliknya tajaan diteruskan hingga ke hari ini.
Klik di sini
Semasa Anwar di penjara, KAF berusaha mencari tokoh baru yang
rapat dengan pejabat TPM. Tokoh yang dimaksudkan itu adalah
Abdul Razak Baginda yang mempunyai badan pemikirnya sendiri
dinamakan Malaysian Strategic Research Centre (MSRC).
Razak Baginda dan MSRC pula digembar-gemburkan sebagai badan
pemikir TPM, Najib.
Malangnya Razak Baginda menghadapi kes di mahkamah dan bantuan
KAF terpaksa dihentikan. Tetapi dalam masa sama, KAF masih
meneruskan tajaan kepada IKD.
Bermakna agenda KAF dan badan penaja asing adalah berusaha
menembusi ‘orang no 2’ dalam kerajaan Malaysia, kerana apabila
bakal PM itu telah ditaja sepenuhnya maka agenda penaja untuk
mewujudkan masyarakat pluralisme dan IFC akan berjaya.
Jadi siapakah dalang sebenar IFC ?. Kalau hanya bergantung
kepada Malik Imtiaz, karismanya tidak hebat, kerana beliau
hanya seorang Presiden HAKAM dan peguam Bar Council yang tidak
mampu mengubah sistem politik dan pentadbiran negara.
Sama ada Yayasan Kristian (KAF) atau Yayasan Yahudi Amerika
(MIN), mereka memerlukan seorang pemimpin politik negara yang
berkarisma yang bakal menjadi PM.
Tidak guna kedua-dua badan itu melabur wang begitu banyak
tanpa hasil yang setimpal.
Bacaan lanjut klik artikel 1, artikel 2 ,artikel 3 dan artikel
4.
AIDC
15 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
[email protected]
……………………………………………
Berikut  merupakan  pandangan  Malik  Imtiaz,  Pengerusi
Jawatankuasa  Pemandu  Suruhan  Antara  Agama-agama  disiarkan
dalam Aliran Monthly Vol 25 (2005): Issue 6 .2005 bertajuk
“INTER-RELIGIOUS  DIALOGUE-We  are  committed  to  dialogue-A
response  to  criticism  of  the  Interfaith  Commission
Initiative”.
Kami Komited Dailog Antara Agama – Malik Imtiaz
Oleh Malik Imtiaz Sarwar
Ia  merupakan  tidak  berasas  bahawa  sesetengah  pihak  telah
memilih untuk memberikan gambaran yang salah terhadap usaha
Jawatankuasa Pemandu dan usaha itu sendiri.
Kesemua gambaran yang salah ini adalah dibuat secara semberono
dan diterbitkan dengan tidak mengendahkan kepada kebenaran.
Mereka mahukan kesan yang tidak menguntungkan dalam melemahkan
satu keperluan dan usaha yang bernilai oleh masyarakat awam.
Kesemua tuduhan dan gambaran yang salah ini telah memanjangkan
kesan yang dikesali dalam mewujudkan ketegangan yang tidak
pernah wujud sebelum ini.
Tujuan kenyataan ini adalah untuk menerangkan usaha dan draf
Usul, yang merupakan hasil akhir daripada Persidangan yang
Description:dan “Min al-Ijtihad ila Naqd al-'Aql al-Islami” (1992). Menurutnya .. Oslobodjenje di bekas Yugoslavia dan juga beberapa cawangan akhbar yang