Table Of ContentTEORI MAQÓØID AL-SYARÔ‘AH: KAJIAN  
PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-SYÓÙIBÔ  
DAN ‘IZZ AL-DÔN IBN ‘ABD AL-SALÓM 
 
 
 
 
 
 
 
HASBULLAH BIN MAT DAUD 
 
 
 
 
 
 
 
 
JABATAN FIQH DAN USUL 
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM 
UNIVERSITI MALAYA 
KUALA LUMPUR 
2011
TEORI MAQÓØID AL-SYARÔ‘AH: KAJIAN  
PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-SYÓÙIBI  
DAN ‘IZZ AL-DIN IBN ‘ABD AL-SALAM 
 
 
 
 
HASBULLAH BIN MAT DAUD 
 
 
 
 
DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI 
KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA BAHAGIAN II 
(SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI) 
 
 
 
 
JABATAN FIQH DAN USUL 
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM 
UNIVERSITI MALAYA 
KUALA LUMPUR 
2011
”Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
UNIVERSITI MALAYA 
 
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN 
 
Nama:   HASBULLAH BIN MAT DAUD    (No. K.P/Pasport: 750414025551) 
No. Pendaftaran/Matrik:  IGA 030024 
Nama Ijazah: SARJANA SYARIAH 
 
Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): 
 
TEORI MAQÓØID AL-SYARÔ‘AH: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA 
PEMIKIRAN AL-SYÓÙIBÔ DAN ‘IZZ AL-DÔN IBN ‘ABD AL-SALÓM 
 
 
 
Bidang Penyelidikan: MaqÉÎid al-Syari‘ah 
 
 
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: 
 
 
(1)  Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; 
(2)  Hasil Kerja ini adalah asli; 
(3)  Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara 
urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa- apa petikan, ekstrak, rujukan atau 
pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah 
dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan 
pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; 
(4)  Saya tidak mengetahui apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa 
penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; 
(5)  Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil 
Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya 
kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam 
apa jua bentuk atau dengan apa jua cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat 
kebenaran bertulis dari UM; 
(6)  Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar 
suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan 
tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. 
 
 
 
Tandatangan Calon            Tarikh 
 
 
 
 
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, 
 
 
 
  Tandatangan Saksi            Tarikh 
 
Nama: 
Jawatan:
ABSTRAK 
 
 
Teori MaqÉÎid al-Syari‘ah: Kajian Perbandingan Antara Pemikiran al-SyÉÏibi dan 
‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm  
 
Kajian ini merupakan kajian perbandingan antara ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn 
‘Abd al-SalÉm dalam bidang maqÉÎid al-syari’ah. MaqÉÎid al-syari‘ah merupakan satu 
cabang  ilmu  Islam  yang  mendapat  perhatian  para  penyelidik  hukum  Islam  dan 
merupakan satu disiplin ilmu yang tersendiri dalam perundangan Islam. Kefahaman 
terhadap  maqÉÎid  al-syari‘ah  adalah  suatu  yang  penting  bagi  memahami  objektif 
sebenar  nas  syarak  dengan  lebih  mendalam  dan  tepat.  Kajian  ini  diketengahkan 
bertujuan  mengetahui  dan  mengenal  pasti  asas-asas  yang  mempengaruhi  pemikiran 
ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm yang merupakan ulama tersohor dan 
terkemuka dalam bidang maqÉÎid al-syari‘ah. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk 
mengetahui  pemikiran  ImÉm  al-SyÉÏibi  dan  ‘Izz  al-Din  ibn  ‘Abd  al-SalÉm  secara 
terperinci  tentang  teori  maqÉÎid  al-syari‘ah  dan  menganalisis  secara  perbandingan 
tentang pemikiran kedua tokoh tersebut. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan 
bagi  mendapat  maklumat  yang  berkaitan  dengan  kajian  terutamanya  dari  pelbagai 
sumber klasik dan kontemporari. Data kajian seterusnya dianalisis secara perbandingan 
serta  turut  menggunakan  metode  induktif  dan  deduktif.  Hasil  kajian  mendapati 
pemikiran ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm telah dipengaruhi oleh 
suasana persekitaran dan peristiwa semasa. Selain itu, bentuk pemikiran antara kedua 
tokoh ini adalah berbeza kerana perbandingan pemikiran antara ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz 
al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm menunjukkan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm lebih banyak 
menggunakan konsep maÎlaÍah dan mafsadah berbanding ImÉm al-SyÉÏibi.
ABSTRACT 
 
 
The Theory of MaqÉÎid al-Syari‘ah: A Comparative Study Between The Thought of 
al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm 
 
This research is comparative study between ImÉm al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-
SalÉm in the field of maqāÎid al-syari‘ah MaqāÎid al-syari‘ah is a part of Islamic 
knowledge that have been focus of Islamic researchers and as an independent discipline 
in  the  field  of  Islamic  Jurisprudence.  The  understanding  of  maqāÎid  al-syari‘ah  is 
significant in order to grasp a thorough understanding  of the objectives of nas syarak. 
The purpose of this study is to identify the factors that influence ImÉm al-SyÉÏibi and 
‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm thought as a prominent scholars in this area. Besides, this 
research also attempts to understand in greater details the doctrine of ImÉm al-SyÉÏibi 
and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm as well as analyze by employing the comparative 
method. Library methodology has been used in this research and it is based on various 
classical and contemporary resources. The data was analyzed by comparative, inductive 
and deductive methods. The research found that the doctrine of ImÉm al-SyÉÏibi and ‘Izz 
al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm were influence by environment and current events happening 
during their life time. Moreover, this is a vast different between the doctrines of ImÉm 
al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm because it has been proven that ‘Izz al-Din 
ibn  ‘Abd  al-SalÉm  applied  the  concept  of  maÎlaÍah  (beneficence)  and  mafsadah 
(corruption) more extensively  than ImÉm al-SyÉÏibi.
PENGHARGAAN 
    
ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﲪﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ 
ﻪ ﻟأ ﻰﻠﻋو ﻰﻔﻄﺼﳌا ﻪﻟﻮﺳر ﲔﻠﺳﺮﳌاو ءﺎﻴﺒﻧﻻا فﺮﺷأ ﻰﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﲔﳌﺎﻌﻟا بر ﷲ ﺪﻤﳊا
ﺪﻌﺑ ﺎﻣأ ,ﻦﻳﺪﻟا مﻮﻳ ﱃا نﺎﺴﺣﺎﺑ ﻢﻬﻌﺒﺗ ﻦﻣو ﲔﻌﲨأ ﻪﺒﺤﺻو 
 
 
Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan khusus 
kepada mantan penyelia saya iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail yang telah 
bersara, selaku penyelia pertama kepada penulis atas segala sumbangan, bimbingan dan 
nasihat beliau dalam usaha merangka dan menyiapkan tesis ini. JazÉkumallahukhairan 
kathÊrÉ.  Hasil  tunjuk  ajar,  buah  fikiran,  dan  bimbingan  beliau,  penulis  mampu 
menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dengan mudah dan akhirnya berjaya 
menamatkan penulisan ini dengan baik.  
 
Penulis juga berterima kasih kepada Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah Abd 
Rahman yang juga membimbing, tunjuk ajar,  dorongan dan penyeliaan dengan penuh 
dedikasi sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Ucapan terima kasih ini juga tidak lupa 
ditujukan kepada semua pensyarah di bahagian Pengajian Syariah khususnya di Jabatan 
Fiqh & Usul yang begitu gigih mencurahkan ilmu dan membimbing penulis menjadi 
insan yang lebih sempurna. Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan ganjaran pahala 
di akhirat kelak.
Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan khusus 
untuk ibu dan ayah tercinta: Sofiah binti Syeikh ØÉliÍ JamÉl Syeikh ‘Umar JamÉl dan 
Haji Mat Daud bin Idris yang banyak berkorban dan sentiasa memberi dorongan, tunjuk 
ajar dan tidak pernah jemu mendoakan penulis. Begitu juga kepada abang, Allahyarham 
Amin Nordin, Kak Azizah serta adik-adik: Zulfikri dan Awatif yang turut memberi 
perangsang, dorongan dan semangat yang padu.  
 
Teristimewa buat isteri  tersayang,  Aerisuli binti Awang  yang turut memberi 
pandangan  dan  buah  fikiran.  Semoga  mendapat  keberkatan  dan  pahala  atas  segala 
kerjasama dan pengorbanan yang diberikan. Juga buat anak-anak tercinta Muhammad 
Afnan, Nur Sofiyyah dan Alia Nur Syafiqah Amin Nordin. 
 
Begitu  juga  kakitangan  UM  yang  lain  terutama  Bahagian  Pendaftaran  dan 
Bahagian  Siswazah.  Kakitangan-kakitangan  Perpustakaan  Utama  dan  Perpustakaan 
Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Penulis juga merakamkan 
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih semua sahabat perjuangan yang 
telah berkongsi dorongan, semangat dan bantuan dalam menjayakan penulisan tesis ini.   
 
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada mereka yang turut terlibat 
secara tidak langsung dalam menjayakan disertasi ini. Mudah-mudahan segala bantuan 
yang dihulurkan mendapat perhatian dan ganjaran daripada Allah SWT sebagai amalan 
yang ikhlas.
KATA PENGANTAR 
ﻪ ﻟاو ﱘﺮﻜﻟا ﻪﻟﻮﺳر ﻰﻠﻋ ﻢﻠﺴﻧو ﻰﻠﺼﻧو ﻩﺪﻤﳓ، ﷲا لﻮﺳر ﻲﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﷲا ﺪﻤﳊا
،
ن  ﺎﻗﺮﻔﻟا لﺰﻧأ ﻪﻟ ﻚﻳﺮﺷ ﻻ ﻩﺪﺣو ﷲا ﻻا ﻪﻟاﻻ نأ ﺪﻬﺷأ .ﱘﻮﻘﻟا ﻦﻳﺬﻠﻟ ةﺎﻤﳊا ﻪﻋﺎﺒﺗأو ﻪﺒﺤﺻو
، ،
ﻞ  ﺻأ  ﻪﻟﻮﺳرو ﻩﺪﺒﻋ ﺪﻤﳏ نأ ﺪﻬﺷأ و .ﺔﲪرو ىﺪﻫو ﺎﺟﺎﻬﻨﻣ و ﺔﻋﺮﺷ ﺎﻨﻟ نﻮﻜﻴﻟ ﻩﺪﺒﻋ ﻰﻠﻋ
،
ﻪ ﻟأ ﻰﻠﻋو ﻪﺒﺤﺻو ﻪﺒﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﺔﻳاﺪﻫ جاﺮﺳ مﺎﻧﻸﻟ ﻪﺘﻨﺳ ﻦﻣ ﻞﻌﺟو مﺎﻜﺣﻷا ﻞﺼﻓو ﺔﻌﻳﺮﺸﻟا
،    
                              ﺪﻌﺑ ﺎﻣأ   ﻦﻳﺪﻟا مﻮﻳ ﱃا ﻪﻳﺪ ىﺪﺘﻫا ﻦﻣو
 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami memuji Allah 
SWT serta memohon selawat dan salam ke atas RasulNya yang mulia serta para sahabat 
baginda yang mempertahankan agama yang mulia. 
 
  Tajuk maqÉÎid al-syari‘ah ini sebenarnya dipilih kerana penulis merasakan ia 
cukup penting untuk didedahkan dan diperbincangkan dengan ruang lingkup yang lebih 
luas. Ini memandangkan topik ini berkait rapat dengan ilmu uÎËl al-fiqh yang merupakan 
ilmu yang menjadi asas dalam pemahaman metodologi hukum Islam. Penguasaan yang 
mendalam tentang ilmu uÎËl al-fiqh termasuk ilmu maqÉÎid al-syari‘ah membantu para 
penyelidik hukum Islam kontemporari mengeluarkan hukum dengan lebih teratur dan 
tepat mengikut suasana dan tempat.  
 
  Walau bagaimanapun penulis tidak menafikan bahawa sudah terdapat banyak 
kajian  berhubung  ilmu  maqÉÎid  al-syari‘ah.  Namun  pada  hemat  penulis  ia  perlu 
diperbanyakkan lagi perbahasannya dengan melihat ruang dan skop dari pelbagai sudut. 
Walaupun banyak kajian berkaitan maqÉÎid al-syari‘ah tetapi ia menjurus kepada kajian 
bersifat umum dan kajian yang berbentuk individu. Memandangkan belum ada lagi
kajian terhadap teori maqÉÎid al-syari‘ah secara perbandingan yang melibatkan dua 
tokoh  ilmuwan,  maka  penulis  merasakan  perlu  mengkaji  teori  maqÉÎid  al-syari‘ah 
secara  perbandingan  dan  penulis  memilih  tajuk  teori  maqÉÎid  al-syari‘ah:  kajian 
perbandingan antara pemikiran ImÉm al-SyÉÏibi dan ImÉm ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-
SalÉm sebagai tumpuan kajian. 
 
  Kajian ini semestinya tidak lari daripada kekurangan dan kelemahan. Walaupun 
begitu, penulis cuba mengupas kajian ini sebaik mungkin agar tujuan dan objektif kajian 
ini tercapai.  Harapan penulis agar kajian  yang dijalankan ini mampu  mendedahkan 
secara lebih jelas tentang persoalan yang berkaitan dengan teori maqÉÎid al-syari‘ah 
daripada perspektif kedua-dua orang tokoh ini. Selain itu bidang maqÉÎid al-syari‘ah 
dilihat  mampu  meningkatkan  lagi  kesedaran  dan  kefahaman  umat  Islam  tentang 
kepentingan maqÉÎid (maksud dan tujuan) al-syari‘ah agar menjadi lebih jelas untuk 
difahami dan dihayati. 
 
Sekian, 
 
Salam hormat dari penulis: 
 
Al-Faqir ila Rabbih 
Hasbullah bin Mat Daud 
No 29F Kg Sungai Jagung, 
Mukim Padang Pusing             
06700 Pendang               
Kedah Darul Aman               OGOS 2011 
[email protected]            Ramadhan 1432h
Description:cabang ilmu Islam yang mendapat perhatian para penyelidik hukum Islam dan merupakan  This research is comparative study between Im…m al-Sy…œibi and 'Izz al-Din ibn 'Abd al-. Sal…m in the .. CATATAN. Perkataan-perkataan Arab yang telah dimelayukan melalui Kamus Dewan tidak akan.