Table Of Content'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012 pp 41 57
-
ooeee ISSN 1675 - 5936
U SI. M UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran
Tuan Minal
Faizuri bin Abdul Latif & Faisal l' @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid
Universiti Malaya
Abstrak
Tuan Minal merupakan seorang tokoh ulama Melayu dan pengarang aktif
dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Nama beliau berada sebaris dengan
tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-19. Beliau dilahirkan di Kampung
Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun
1913M di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Tuan Minal bukan
sahaja pengarang kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam
pelbagai genre ilmu termasuk sastera dan ilmu pengetahuan lain. Artikel
ini akan membincangkan pemikiran Tuan Minal berkaitan sifat-sifat Allah
melalui kitab akidah karangan beliau terutamanya kitab Aqidah al-Najin.
Terdahulu pada itu akan dibincangkan perkembangan perbahasan sifat
Allah SWT dalam sejarah pemikiran Islam. Penelitian mendapati bahawa
beliau sepertimana ulama Melayu lain menjadi penyokong kuat kepada
aliran pemikiran al-Asyairah yang merupakan tunjang akidah umat Islam
di sebelah Asia Tenggara. Kitab akidah beliau bertajuk Aqidah al-Najin
menjadi bukti keutuhan pemikiran al-Asyairah dalam kerangka pemikiran
ulama Melayu buat sekian lama.
Kata Kunci: Sifat sifat Allah SWT,Tuan Minal, ulama Melayu
-
Abstract
Tuan Minal was a Malay muslim scholars who was actively involved in
writing many works in the various disciplines of Islamic knowledge. His
name was in line with Malay Muslim scholars of the 19th century. He was
born in Bendang Badang, Patani, and died within 1913M in Permatang
Sungai Dua, Georgetown, Penang. Tuan Minal was not only the author
of religious works, but had also produced works in many genres, including
literary knowledge and other knowledge. This article will discuss on Tuan
Minal's idea on the attributes of God based on his book Aqidah al-Najin.
Reviously the debate on the attributes of God in Islamic Thought history will
be highlighted. The study finds that he, as other Malay muslim scholars was
a strong supporter to al-Asya'irah schools of thought that is the backbone
Corresponding author : Faizuri bin Abdul Latif, Universiti Malaya, email : fa72@
um.edu.my
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
of the Muslims faith in Southeast Asia. His book, entitled 'Aqidah al-Najin
is an evidence of veracity to Asya'irah thought among Malay scholars for a
long time.
Keywords: attributes of God, Tuan Minal, Malay scholars, aqidah, Asyasirah
Pendahuluan
Perbahasan sifat Allah SWT merupakan salah satu topik penting yang
terkandung dalam persoalan Ilahiyyat (ketuhanan). Perbincangan ini
menjadi penting kerana ianya berkait rapat dengan akidah dan kepercayaan
Islam mengenai Allah SWT, di samping itu ianya juga merupakan salah satu
jalan altenatif bagi mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatnya yang Maha
Sempurna. Mengenali Allah SWT adalah suatu perkara yang amat dititik
beratkan dalam agama Islam, tanpa mengenal-Nya seseorang itu tidak akan
yakin dan tidak mungkin akan mentaati-Nya dengan penuh ikhlas dan reda.
Justeru, umat Islam diwajibkan mengenal Allah SWT terlebih dahulu atau
terlebih awla (utama) mempelajari apa sahaja ilmu yang mendorongnya ke
arah mengenal Allah SWT. Memandangkan mengenal Allah SWT melalui
sifat-sifat-Nya adalah suatu jalan yang menghala ke arah mengesakan
Allah SWT, maka tanpa mengenali-Nya ketauhidan kita tidak akan menuju
kepada kesempurnaan. Meskipun mengimani dan meyakini kewujudan sifat
bagi Allah SWT merupakan kewajipan bagi umat Islam kerana perkara
tersebut termaktub dalam al-Qur'an dan al-Hadith, namun terdapat beberapa
golongan yang memperdebatkan isu tersebut.
Rasulullah SAW melarang umat Islam daripada membincangkan isu
ketuhanan, termasuklah persoalan sifat, namun selepas zaman sahabat,
perbahasan mengenainya menjadi semakin rancak. Ini kerana persoalan
akidah yang dahulunya diyakini sepenuhnya oleh umat Islam, telah menjadi
medan perdebatan secara terbuka dalam kalangan ulama-ulama Islam.
Pemikiran Islam terus bergolak dengan kemunculan banyak perbahasan
ketuhanan. Perbincangan ini lahir antaranya ekoran usaha ulama-ulama Islam
untuk mempertahankan keagungan dhat Allah SWT dan membersihkanNya
daripada sifat kekurangan. Ekoran daripada itu, lahirlah beberapa orang
tokoh seperti Ja' d Ibn Dirham, Jahm Ibn Safwan, Wasil Ibn 'Ata', al-Asy' ari,
al-Maturidi dan lain-lain. Meskipun mereka mempunyai misi yang sama
untuk mentanzihkan Allah SWT daripada sifat kekurangan, namun metod
yang digunakan berbeza dan bertentangan antara satu sama lain. Situasi
ini mengundang kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam kalangan
mereka yang mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Setelah itu, ajaran ketuhanan telah diresapi pula oleh unsur falsafah yang
mengakibatkan berlakunya kecelaruan dalam pemikiran umat Islam dalam
memahami konsep ketuhanan yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan
situasi tersebut, ulama Islam telah mengambil inisiatif memurnikan ajaran
ketuhanan dengan membersihkannya daripada fahaman ahli falsafah yang
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT Analisis Pemikiran Tuan Minal 143
menyeleweng. Antara ulama tersebut ialah Imam al-Sanusi yang berusaha
mengharmonikan beberapa persoalan ketuhanan yang menjadi perdebatan
sebelumnya melalui karyanya yang terkenal Umm al-Barahin. Menerusi
karyanya al-Sanusi berusaha memberi panduan kepada umat Islam agar
tidak melampau dalam membincangkan isu ketuhanan, selain tidak terjebak
dalam perdebatan yang tiada kesudahannya sebagaimana yang berlaku
kepada ahli falsafah. Justeru, al-Sanusi telah memperkenalkan konsep sifat
dua puluh yang akhirnya pendekatan tersebut telah mendapat sambutan yang
baik daripada ulama Melayu yang menjadikan karyanya (Umm al-Barahin)
sebagai sumber rujukan penting dalam perbahasan akidah.
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu barn
dalam perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk
mengembangkan perbahasan ketuhanan yang berkisar dalam persoalan
sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh al-Sanusi. Oleh kerana
Allah SWT yang diimani oleh umat Islam itu tidak mungkin dilihat dengan
pancaindera mereka selama hidup di dunia ini, maka kaedah mengenal Allah
SWT melalui sifatnya telah diperkenalkan sebagai penyelesaian terhadap
keperluan mengenali Allah SWT oleh para ulama Islam. Antara kaedah dan
pendekatan itu ialah melalui pendekatan "Sifat Dua Puluh". Kaedah dan
pendekatan ini telah diterima pakai oleh ramai para ulama Islam termasuklah
ulama Melayu, sehingga kerangka pemikiran "al-Sanusi" menjadi begitu
popular dalam kalangan ulama Melayu dan menjadi sebagai bahagian
penting dalam perbahasan akidah. Hasil dan penerimaan yang meluas itu
kitab-kitab tauhid yang tersebar luas di Nusantara sekitar abad ke-18 dan 19
ini ditulis mengunakan kerangka Sifat Dua Puluh. Kitab-kitab tersebut seperti
Bidayah al-Hidayah (1757M), Al-Durr al-Thamin (1816 M), Siraj al-Huda
(1885-1886M), Zuhrah al-Murid fi 'Aqaid al-Tawhid (1892M), Faridah al-
Faraid fi 'Ilm al-Aqaid (1886M), Miftah al-Jannah oleh Muhammad Tayyib
bin Mas'ud al-Banjari, Faridah al-Fara 'id oleh Sheikh Ahmad al-Fatani,
Aqidah al-Najin karangan Sheikh Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal) dan
sebagainya dan banyak lagi telah dijadikan teks dalam pengajian ilmu tauhid
di kebanyakan pondok, masjid dan surau.
Sorotan Ringkas Perbahasan Sifat Allah SWT di Alam Melayu
Perbincangan yang mendalam mengenai sifat-sifat Allah SWT tidak berlaku
pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Islam pada zaman tersebut menerima
ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tanpa banyak persoalan. Sekiranya
timbul sebarang permasalahan dalam sesuatu perkara, para sahabat akan terus
merujuk kepada Rasulullah s.a.w bagi mendapatkan penjelasan mengenai
kekeliruan tersebut. Sebagai utusan Allah, baginda s.a.w sentiasa bersedia
untuk memberi penjelasan serta jawapan terhadap sebarang kemusykilan
yang dikemukakan. (Mahmud al-Khalidi, 1985: 27)
Justeru, dengan kekuatan iman yang tertanam dalam din umat Islam pada
waktu itu, telah mendorong mereka melebihkan pengamalan daripada
44 I 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
berbahas dalam permasalahan akidah ('Abd al-Mu'ti Muhammad Bayumi,
1982 : 5). Ketika kewafatan Rasulullah s.a.w para sahabat masih tetap
berpegang teguh dengan kebenaran akidah Islam sebagaimana yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. Apabila timbul sebarang kemusykilan mereka tidak
mudah hilang panduan, bahkan akan menjadikan al-Quran dan al-Hadith
sebagai sumber rujukan. Sekiranya tidak ditemui dalam dua rujukan
tersebut, mereka akan meminta pandangan daripada sahabat-sahabat lain
bagi menjawab segala permasalahan tersebut (Al-Asy' ari, 1990: 34).
Pada penghujung zaman sahabat telah mula lahir bibit-bibit perpecahan
dalam kalangan umat Islam dengan kemunculan golongan-golongan yang
cuba mentakwilkan ayat-ayat suci al-Quran yang berhubung dengan masalah
sifat dengan sewenang-wenangnya, serta menimbulkan perkara-perkara yang
syubhat, sehingga sampai kepada peringkat mentasybih dan mentajsimkan
Allah SWT. Golongan yang menimbulkan permasalahan ini terdiri daripada
golongan-golongan yang melampau seperti al-Sab'iyyat (Abu al-Wafa al-
Ghinami al-Taftazani, 1979: 102), dan golongan Syi' ah yang ekstrim (ghulat
Syi'ah).
Individu yang berperanan besar dalam menyebarkan fahaman sifat ialah
Ghaylan al-Dimasyq. Ghaylan yang merupakan seorang hamba telah
menafikan sifat bagi Allah SWT, namun kemasyhuran beliau lebih terserlah
dalam permasalahan al-qadar, sehingga beliau digelar dengan "Ghaylan
al-Qadari" ('Ali Arsalan 'Aidin, 1987: 79). Selepas itu, muncul lelaki
bernama al-Ja' d Ibn Dirham yang memperkenal fahaman Jabariyyah. Al-
Ja' d dianggap antara individu pertama yang memperkenalkan fahaman al-
ta‘til (menafikan sifat bagi Allah SWT), dan mengatakan al-Qur'an adalah
makhluk dalam Islam ('Irfan 'Abd al-Hamid 1967: 129).
Pada akhir kurun pertama atau pada awal kurun kedua hijrah, muncul Jahm
Ibn Safwan di "Turmuz". Tokoh ini berusaha menanamkan rasa keraguan
dalam diri umat Islam dengan mengemukakan pelbagai ideologi yang
menyeleweng. Beliau yang terpengaruh dengan fahaman yang disebarkan
oleh Ja' d Ibn Dirham, turut menafikan sifat bagi Allah SWT (Al-Asy' ari,
1969: 14). Setelah itu, lahir pula golongan Mu'tazilah (al-Syahrastani,
1986: 43). Kumpulan yang muncul di zaman pemerintahan Bani Umaiyyah
ini, mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana memberi kebebasan
kepada akal tanpa terikat dengan nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Di samping
itu, golongan ini berusaha menyatukan antara akal dan nas, sehingga
mewujudkan banyak pentakwilan dalam al-Qur'an ('Ali Arsalan 'Aidin,
1987: 117). Antara tokoh ternama Mu'tazilah ialah Wasil Ibn 'Ata', Abi
Huzail al-' Allaf, al-Nizam, al-Jahiz dan sebagainya (Ahmad Amin, t.t: 50).
Setelah itu, ajaran ketuhanan yang terkandung dalamnya persoalan sifat
telah diresapi pula oleh unsur falsafah yang mengakibatkan berlakunya
kecelaruan dalam pemikiran umat Islam dalam memahami konsep ketuhanan
yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan situasi tersebut, ulama Islam telah
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT Analisis Pemikiran Tuan Minal 145
mengambil inisiatif memurnikan ajaran ketuhanan dengan membersihkannya
daripada fahaman ahli falsafah yang menyeleweng. Antara ulama tersebut
ialah Imam al-Sanusi yang berusaha mengharmonikan beberapa persoalan
ketuhanan yang menjadi perdebatan sebelumnya melalui karyanya yang
terkenal Umm al-Barahin(Al-Sheikh Ibrahim al-Baijuri, 1949: 10; Prof.
H.M. Asywadie Syukur LC,1994: v-vi; Ahmad 'Atiyyah Allah 1970: 531;
Abi 'Abd Allah Muhammad bin 'Umar bin Ibrahim al-Malali al-Tilmisani,
2003: 8-10).
Di Alam Melayu, perbahasan ketuhanan yang sering dibincangkan oleh
ulama Melayu ialah berkaitan sifat dua puluh. Pada dasarnya prinsip ajaran
Tauhid adalah berpandu kepada enam rukun Iman iaitu percaya kepada Allah
SWT, Malaikat, Nabi dan Rasul, kitab-kitab, hari kiamat dan qada' dan
qadar. Tetapi dalam konteks kepercayaan kepada Allah SWT, ajaran yang
dipegang oleh ulama Melayu adalah berpaksi kepada doktrin sifat dua puluh.
Menurut ulama tradisional, dua puluh sifat tersebut merupakan sifat-sifat
yang wajib bagi Allah SWT, yang turut dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu: sifat nafsiyyah, sifat salbiyyah, sifat ma'ani dan sifat ma'nawiyyah
(Abdul Rahman Haji Abdullah,1998: 39). Di samping sifat wajib, terdapat
dua puluh sifat yang mustahil serta satu sifat yang hams bagi Allah SWT.
Berdasarkan pembahagian sifat-sifat tersebut terdapat perbezaan dengan
pandangan yang dikemukakan oleh al-Asy' ari. Ini kerana beliau tidak pula
menyebut tentang sifat ma'nawiyyah, namun sifat tersebut diakui oleh al-
Razi (al-Baqilani (al-Baqilani, 1987: 48-49), Imam al-Haramain al-Juwayni
(Imam al-Haramain al-Juwayni,1995: 36-37), dan setengah kalangan
Maturidiyyah ( 'Abd al-Malik 'Abd al-Rahman al-Sa' di, 1999: 38-49)
dan golongan Mu' tazilah ('Abd al-Jabbar bin Ahmad, 1965: 195). Dengan
pengagihan seperti ini menggambarkan pembahagian tersebut bukanlah
bermula daripada al-Asy' ari, bahkan is datang daripada salah seorang ulama
al-Asya' irah iaitu Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi (Ahmad al-Fatani, t.t: 10-
11; Abdul Rahman Haji Abdullah, 1998: 40).
Orang pertama yang dikatakan terlibat dalam pengajaran sifat dua puluh
di Alam Melayu ialah Sheikh Abd Rauf Fansuri. Beliau telah mengupas
persoalan tersebut dalam karya tasawufnya yang berjudul 'Umdah al-
Muhtajin (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 108). Pada abad yang ke-
18, tokoh pertama yang mengembangkan Ilmu Kalam di Tanah Melayu
ialah Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Asyi. Antara usaha terpenting
beliau ialah menghasilkan sebuah karya tauhid bertajuk Bidayah al-Hidayah
(1757M) yang merupakan pengadaptasian dan komentar daripada kitab Umm
al-Barahin karangan al-Sanusi (Kamarul Bakri Abd. Aziz, 1999: 80-81).
Selepas itu, muncul beberapa karya akidah yang bersumberkan kitab Umm
al-Barahin seperti Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tawhid nukilan
Sheikh 'Abd al-Samad al-Falimbani pada tahun (1764M) di Makkah. Syeikh
Nawawi Bentani turut mensyarahkan kitab Umm al-Barahin dengan tajuk
Zari'at al-Yaqin. Demikian juga ajaran "Sifat Dua Puluh" terns berkembang
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
dengan kelahiran kitab Aqidah al-Bayan oleh Tok Syihab al-Din Palembang
(Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 110).
Pada abad yang ke-19, lahir beberapa karya yang membahaskan tentang "Sifat
Dua Puluh" . Antaranya ialah Ini Kitab Sifat Dua Puluh oleh Sayyid Uthman
Ibn Yahya al-Betawi pada tahun (1886M). Selepas daripada itu muncul
beberapa kitab yang diadaptasi daripada kitab Umm al-Barahin seperti kitab
Siraj al-Huda karangan Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi
al-Sambawi sekitar tahun (1885-1886M). Kemudian muncul pula kitab
Aqidah al-Najin yang dikarang oleh Sheikh Zainal 'Abidin ibn Muhammad
al-Fatani pada tahun (1890M) (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 111).
Pada abad ini juga telah muncul seorang ulama Melayu yang produktif
dalam bidang penulisan, beliau ialah Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani.
Beliau turut membincangkan ajaran sifat dua puluh dalam karyanya al-Durr
al-Thamin dan Sifat Dua Puluh. Di Kelantan muncul Haji Abdul Samad bin
Muhammad Salih yang terkenal dengan Tuan Tabal turut membincangkan
persoalan sifat dua puluh dalam karyanya Bi Kifayah al-Awam. Sementara
itu, di Kedah lahir Muhammad Tayyib bin Mas'ud al-Banjari yang turut
menyentuh tentang ajaran sifat dua puluh dalam karyanya Miftah al-Jannah
(Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 111).
Perbahasan mengenai sifat dua puluh turut dibincang secara ringkas oleh
Uthman bin Abdullah bin Yahya al-Batawi dalam karyanya yang bertajuk
Kitab Sifat Dua Puluh pada tahun (1304H/1886M). Selain itu, Tok Wan
Ali Kutan atau nama sebenarnya Sheikh Abd Rahman al-Kelantani turut
memuatkan perbahasan sifat dua puluh dalam karyanya Zuhrah al-Murid
fi Aqaid al-Tawhid yang selesai dikarang pada tahun1310H (Mohd Nor
Ngah,1983: 7).
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu barn
dalam perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk
mengembangkan perbahasan ketuhanan yang berkisar dalam persoalan
sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh Imam al-Sanusi. Keyakinan
terhadap al-Sanusi yang dianggap sebagai wali Allah SWT oleh kebanyakan
ulama Melayu menjadikan mereka begitu kagum dengan pemikiran sifat
dua puluh yang diketengahkan oleh beliau. Kekaguman tersebut terpancar
melalui kata-kata ulama Melayu berikut:
" bahawa muqaddimah Sheikh Sanusi itu, dan jika adalah
ia kecil jirimnya sekalipun sangat besar ilmunya lagi yang
mengandung atas sekelian 'aqaid serta dilebih beberapa fawaid
dan kerana demikian itu adalah ia terlebih elok daripada segala
yang dita'lijkan pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa,
dan to'gid ictimewa pula orang yang mengarang akan dia itu wall
Allah dengan tiada syak dan namanya Muhammad anak Yusuf al-
Sanusi al-Husni ..."( Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 2)
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT. Analisis Pemikiran Tuan Minal 47
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sheikh Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal)
tentang keistimewaan teks Umm al-Barahin karangan al-Sanusi meskipun
kecil dan segi saiznya, namun tidak ternilai dan faedah dan manfaatnya.
Kekaguman bukan hanya terletak kepada pengarangnya yang dianggap
sebagai wali Allah, malah karya tersebut dianggap antara karya terbaik
tauhid yang pernah dihasilkan (Wan Suhaimi Wan Abdullah, 2001: 111).
Pujian terhadap Umm al-Barahin turut diutarakan Sheikh Zayn bin Faqih
Jalaluddin melalui karyanya Bidayah al-Hidayah dengan katanya,
maka aku kehendak aku terjemahkan akan karangan Imam
...
yang lebih lagi warak yaitu Abu 'Abdullah kunyahnya Muhammad
anaknya Yusuf Sanusi, nama negerinya Husni bangsanya yang
redha Allah daripadanya, dan dinamai karangannya yaitu Umm al-
Barahin...."(Muhammad Zain Ibn Faqih Jalaluddin, t.t: 2)
Kekaguman yang sama turut diutarakan oleh pengarang Siraj al-Huda,
sebagaimana katanya,
"... hal keadaan menjadi syarah atas main Umm al-Barahin,
dikerana bahawasanya ia memberi faedah padanya. (Adapun) ia
memberi faedah, maka iaitu bahawasanya ialah kitab yang kecil
pada bicara 'aqa 'id yang terlebih masyhur pada segala orang
Arab dan Jawi dan Turki dan Hindi dan lainnya membaca segala
mereka itu akan dia, serta diamalkan segala barang yang tersebut
didalamnya, dan tersebut pada satu citra daripada orang yang soleh
bahawasa Sayyidina Ibrahim a.s mengajar akan Umm al-Barahin
bagi segala kanak-kanak yang mati dahulu daripada baligh dengan
sebagai pada langit yang ketujuh" (al-Sambawi, t.t: 2).
Kenyataan di atas mendedahkan tentang kepentingan kitab Umm al-Barahin
kepada ulama Melayu. Bagi mereka keterangan yang dikemukakan oleh
al-Sanusi tentang sifat dua puluh tetap releven dikembangkan kepada
masyarakat Islam di Nusantara.
Biografi Than Minal
Tuan Minal tergolong dalam kalangan tokoh ulama Melayu Patani yang
terkenal selepas daripada Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Ahmad al-Fatani
dan Sheikh Nik Dir al-Fatani. Nama penuh beliau ialah Zainal 'Abidin bin
Muhammad bin Muhammad Dahhan bin Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh
Jaafar, namun beliau lebih terkenal dengan gelaran "Tuan Minal". Gelaran
ini dikatakan mempunyai kaitan dengan peristiwa Tuan Minal dengan
muridnya, di mana apabila beliau merasa marah atau rungsing terhadap
murid-muridya beliau akan membaca surah al-Nas. Apabila sampai kepada
ayat min al-jinnati wa al-nas beliau meninggikan suaranya. Semakin kuat
rasa marahnya, semakin tinggilah tekanan suaranya terhadap ayat tersebut.
Ekoran seringkali menyebut ayat tersebut, maka lama kelamaan melekatlah
48 I 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
kalimah min al-jinnah menjadi gelarannya. Kemudian kalimah tersebut
disingkatkan menjadi "minal" (Wan Muhamad Shaghir Abdullah, 1991:
16; Ahmad Fathy al-Fatani, 2002: 71). Tuan Minal dilahirkan di Kampung
Bendang Badang, iaitu sebuah kampung yang terletak di lembangan Sungai
Patani, berdekatan dengan Pekan Binjai Lama yang terletak di tengah-tengah
perjalanan antara Bandar Patani dengan Bandar Yala, Thailand (Ahmad
Fathy al-Fatani, 2002: 64).
Tuan Minal mendapat pendidikan secara informal di madrasah kampung
beliau sendiri. Pada zaman tersebut pusat pengajian pondok menjadi pilihan
utama muda-mudi yang berminat terhadap pendidikan agama. Berbekalkan
keazaman dan kesedaran yang tinggi untuk mempertingkatkan lagi ilmu
pengetahuan agama, beliau telah mengambil inisiatif untuk meneruskan
lagi pengajian di pusat pengajian pondok. Pusat pengajian yang menjadi
pilihan beliau ialah pondok Bendang Daya. Semasa berada di pondok ini,
beliau berkesempatan belajar dengan beberapa tokoh ulama pondok yang
terkenal pada waktu itu. Antara guru-guru beliau ialah Sheikh Wan Mustafa
bin Muhammad Faqih al-Patani@Tok Wan Pa yang merupakan pengasas
pondok tersebut (Wan Muhamad Shaghir Abdullah, 1991: 16; Ahmad Fathy
al-Fatani, 2002: 71), dan Sheikh Abdul Rashid al-Fatani yang terkenal
dengan gelaran "Keramat Pulau Bidan". Tuan Minal juga berkesempatan
belajar ilmu usuluddin dengan Syaikh Muhammad Thayyib bin Mas'ud al-
Banjari al-Qadhi (Kedah) (Wan Mohd Saghir Abdullah, 2007: 137).
Berbekalkan keazaman yang tinggi untuk menambah ilmu pengetahuan,
Tuan Minal sekali lagi menyambung pelajaran ke luar negeri. Kali ini pusat
pengajian yang menjadi pilihan beliau ialah di Masjid al-Haram, Mekah.
Pada waktu itu, pengajian di Masjid al-Haram lebih terkenal sebagai pusat
pendidikan sama ada secara formal atau tidak, dan telah dikunjungi oleh
ramai bangsa Melayu bagi menimba ilmu agama untuk dunia dan akhirat (Che
Zarrina Sa'ari, 2001: 62). Ketika berada di Mekah beliau sempat menimba
ilmu dengan beberapa tokoh ulama Arab dan Patani yang terkenal pada
waktu itu, antaranya seperti Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasb Allah
al-Makki, Sheikh Wan Ali bin Ishak al-Fatani, Sheikh Abdullah bin Abd al-
Rahim al-Fatani dan lain-lain lagi (Mohd Zamberi A. Malik, 1994: 120).
Di samping turut berguru dengan Sheikh Daud al-Fatani (Wan Muhamad
Saghir Abdullah, 2007: 137-138). Tuan Minal tidak bermastautin lama di
Mekah seperti rakan-rakannya yang lain yang terus bermukim di sana. Ini
kerana setelah selesai menuntut ilmu beliau tidak menetap lebih lama di
sana, bahkan terus pulang ke tanah air (Ahmad Fathy al-Fatani, 2002: 64).
Pemikiran Than Minal Tentang Sifat Allah SWT
Tuan Minal termasuk di kalangan ulama Melayu yang menyokong
kewujudan sifat bagi Allah SWT. Buktinya beliau mengiktiraf dan mengakui
pembahagian sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat. Sekiranya Tuan Minal
menentang perkara tersebut, pastinya beliau tidak akan membincangkan
persoalan tersebut dalam kebanyakan karyanya. Ini kerana dalam beberapa
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT. Analisis Pemikiran Tuan Minal 49
karyanya seperti 'Aqidah al-Najin dan Miftah al-Murid, beliau menghuraikan
secara terperinci tentang persoalan sifat dua puluh.
Sifat menurut pentakrifan Tuan Minal ialah "sesuatu yang ada (wujudi) yang
terdapat kepada pihak yang disifatkan (mawsuf), yang dinamakan kepada
selain daripada dhat Isa bin 'Abd Allah Mani' al-Humairi, 1998: 43; Zainal
Abidin al-Fatani, t.t: 15). Berdasarkan penta'rifan tersebut, Tuan Minal
ingin menjelaskan bahawa sifat adalah benar-benar ada, dan bertempat,
namun sifat dan dhat merupakan dua elemen yang berbeza. Justeru, kalaulah
dikatakan sifat dan dhat adalah sesuatu yang berbeza bagaimana pula dengan
sifat Allah SWT, adakah ia juga terpisah daripada dhat?
Berhubung persoalan ini Tuan Minal menegaskan bahawa Allah SWT
berbeza dengan makhluk yang sangat berhajat kepada sesuatu termasuk
kepada sifat, sedangkan Allah SWT adalah berlainan daripada itu, kerana Dia
tidak memerlukan kepada sifat dan juga kepada pencipta sifatNya. Meskipun
begitu Tuan Minal tidak dapat mengelak daripada menyatakan bahawa sifat
Allah SWT adalah bertempat (mahal) iaitu berada pada dhat. Menurut
beliau, yang tidak bermahal hanyalah dhat Allah SWT sahaja, manakala
sifat sama ada yang qadim maupun baharu (hadith) semuanya mempunyai
mahal (Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 20). Pandangan Tuan Minal ini seolah-
olah menyamakan sifat Allah SWT dengan makhluk kerana menganggap
sifat adalah bertempat iaitu berada pada dhat. Namun pandangan ini ditolak
kerana bagi Tuan Minal semua perkara yang berada bersama Allah SWT
adalah qadim termasuk sifat, tetapi menggambarkan sifat berdiri sendiri
tanpa dhat adalah bertentangan dengan logik akal.
Meskipun mengakui sifat Allah SWT berada pada dhatNya atau bermahal,
namun Tuan Minal menolak pandangan yang menyifatkan sifat Allah SWT
amat memerlukan kepada dhatNya. Oleh itu, beliau tidak bersetuju dengan
pandangan Fakhr al-Din al-Razi yang menyifatkan mustahil sifat Allah SWT
berdiri dengan sendiri, bahkan wajib berdiri dengan dhatNya. Kenyataan
"jahat adab" ini ditujukan kepada al-Razi yang berpendapat bahawa sifat
Allah SWT tidak berdiri dengan sendiri, bahkan memerlukan tempat iaitu
dhat. Pendapat ini seolah-olah menganggap sifat sangat berhajat kepada dhat
yang merupakan sesuatu yang bertentangan dengan pandangan Asya' irah.
Hujah al-Razi tentang keberhajatan sifat kepada dhat ialah pertamanya alam
adalah baharu, dan Allah SWT adalah pencipta alam sejak azali, kerana
pencipta (fa'il) tanpa perbuatan (fi '1) adalah mustahil. Maka jadilah pencipta
dan perbuatanNya (fi sebagai suatu yang berkait antara satu sama lain.
Justeru, benarlah sifat berada pada dhat Allah SWT (Al-Razi, 1991: 366-
367). Menurut Tuan Minal, tidak layak menyifatkan Allah SWT berkehendak
kepada dhat, kerana ia boleh menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap
Allah SWT seolah-olah Dia berhajat kepada sesuatu. Sedangkan wajib
ber'itiqad bahawa sifat Allah SWT adalah qadim dan maha sempurna
daripada bergantung kepada sesuatu, bahkan sesuatu yang sangat berhajat
kepadaNya (Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 20).
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 201Z
Kenyataan Tuan Minal tentang kedudukan sifat Allah SWT menepati
pandangan beberapa ulama Asya' irah seperti al-Asy' ari, al-Baghdadi, al-
Baqilani dan al-Ghazzali yang turut mengakui bahawa sifat bukanlah dhat,
bahkan merupakan tambahan bagi dhat, namun sifat tersebut adalah qadim
sebagaimana dhat. Ini kerana Allah SWT mengetahui dengan ilmu, hidup
dengan hayah dan sebagainya (Al-Ghazzali, 1983: 84; Al-Baghdadi, 1928:
90; Al-Asy' ari, 1975: 30). Pandangan ini bertujuan menjawab fahaman
Mu'tazilah (Al-Ghazzali, 1983: 84 ; Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah, t.t:
127; Dr. 'Abd Al-Mun' im al-Hufni, 1993: op.cit, h. 358; Al-Taftazani, 1989:
78) dan ahli falsafah (Al-Taftazani, 1989: 78-79) yang menafikan kewujudan
dua yang qadim iaitu dhat dan sifat, sehingga menafikan sifat bagi Allah
SWT. Menurut Mu'tazilah Allah SWT mengetahui, berkuasa, dan hidup
dengan dhatNya, bukan dengan qudrah dan hayah ('Abd al-Jabbar
Ahmad, 1965: 197-200). Ahli Falsafah pula mempunyai pandangan yang
sama dengan Mu'tazilah yang menafikan sifat ma'ani seperti qudrah
dan iradah. Tetapi penolakan Ahli Falsafah adalah sangat melampau kerana
menafikan keseluruhan sifat Allah SWT. Menurut ahli Falsafah, sekiranya
Allah SWT mempunyai sifat, maka pastinya Dia amat memerlukan kepada
sifat tersebut. Berhajat kepada sifat dengan sendirinya menafikan Allah SWT
dengan Wajib al-Wujud (Al-Ghazzali, 1962: 170-171).
Pandangan Tuan Minal tentang persoalan sifat ini turut disepakati oleh
kebanyakan pengarang kitab jawi yang menyifatkan sifat sebagai sesuatu
yang lain daripada dhat, antara mereka ialah Sheikh Muhammad Zin Faqih
Jalaluddin, Pak Da'el, Sheikh Muhammad Zainuddin al-Sambawi dan
sebagainya. Menurut Sheikh Muhammad Zin Faqih Jalaluddin, sifat Allah
SWT ialah suatu makna yang lain daripada dhat, tetapi berdiri pada dhat
(Muhammad Zin Ibn al-Faqih Jalaluddin, t.t: 7). Pak Da'el pula berpendapat,
sifat Allah SWT ialah perkara yang bersangkutan atau perkara yang berkaitan
dengan dhat (Ismail Abdul Kadir al-Fatani, t.t: 5). Sheikh Muhammad
Zainuddin al-Sambawi pula berpendapat, sifat Allah SWT ialah sesuatu
yang berada pada sesuatu yang disifatkan (mawsun, namun is bukanlah
dhat (al-Sambawi, t.t: 8). Berdasarkan kenyataan tersebut menggambarkan
bahawa kebanyakan pengarang tersebut sebagaimana Tuan Minal berusaha
menghindarkan sifat Allah SWT daripada menyerupai sesuatu yang baharu,
namun tidak dapat mengelak daripada menyifatkannya berada pada dhat.
Bilangan Sifat Allah SWT
Tuan Minal dalam karyanya seperti 'Aqidah al-Najin menerangkan secara
terperinci bilangan sifat Allah SWT. Berkaitan persoalan ini Tuan Minal
lebih cenderung kepada pandangan Imam al-Sanusi yang membahagikan
sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat. Terpengaruh dengan pandangan
al- Sanusi, bukanlah bererti Tuan Minal bertaqlid buta terhadap pandangan
tersebut, bahkan beliau mempunyai hujah bagi membuktikan kerelevenan
bilangan tersebut. Sebagaimana al-Sanusi, Tuan Minal juga tidak menghadkan
sifat tersebut kepada dua puluh sifat sahaja, kerana sifat kesempurnaan Allah
Description:Kitab akidah beliau bertajuk Aqidah al-Najin menjadi bukti .. Aqidah al-Najin yang dikarang oleh Sheikh Zainal 'Abidin ibn Muhammad al-Fatani