Table Of ContentPENGAJIAN AKIDAH DIINSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
DI MALAYSIA: ANALISIS TERHADAP
SILIBUS PENGAJIAN DI UM DAN UKM
Oleh:
Mohd Fauzi Hamat **
Abstrak
Pengajian akidah adalah antara bidang pengajian
periling di Malaysia, bukan sahaja dalam sistem
pendidikan formal, tetapi juga dalam sistem pen-
didikan informal seperti di institusi pendidikan
pondok tradisional. Di Malaysia, pengajian akidah
yang mula bertapak dalam sistem pendidikan
pondok di peringkat awal, akhirnya dimasukkan
dalam kurikulum pendidikan sekolah menengah dan
akhirnya pengajian tinggi, termasuk universiti dan
kolej. Artikel ini akan cuba menganalisis silibus
pengajian akidah yang terdapat dalam kurikulum
pengajian tinggi di universiti-universiti awam di Ma-
Artikel ini pada asalnya merupakan kertas kerja yang dikemukakan
untukpembentangandalamSeminarPengkajian Islam DIPergunum Tinggi
Islam:Malaysia-Indonesia, anjuranInstitutStudi IslamDarussalam (ISID)
Gontordengan kerjasamaAkademiPengajianIslamUniversiti Malaya,
Kuala Lumpur pada 6-7 Mei 2006 di ISID, Gontor, Ponorogo, Jawa
Timur, Indonesia. Beberapa perubahanminor dibuat lerhadap kertas
asal dengan tumpuan penulisan hanya difokuskan terhadap silibus
pengajianakidah diUM danUKM sahaja.
Mohd Fauzi Hamat, Ph.D, merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan
AkidahDanPemikiranIslam, Akademi PengajianIslam, Universiti Ma
laya, merangkap Penyelaras Program Pengajian Islam, APIUM.
157
AFKAR- BIL7/2006 |157-1%]
laysia yang menawarkan pengajian dalam bidang
tersebut. Analisis akan dibuat dengan membanding-
kan antara silibus pengajian akidah di peringkatIjazah
Pertama yang ditawarkan oleh dua buah universiti
awam terpilih di Malaysia iaitu Universiti Malaya
(UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tumpuan penelitian dan penilaian akan dibuat
terhadap kandungan silibus tersebut demi
menentukan sejauh mana ia sesuai diterapkan dalam
sistem pendidikan di peringkat pengajian tinggi
awam masa kini.
Katakunci: Akidah: Pengajian, Sukatan, Masalah,
Cabaran; Institusi Pengajian Tinggi Awam;
Universiti Malaya; Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
The study of aqidah is the most significant part in
the Islamic educational system, formal or informal.
In Malaysia, the study began in informal traditional
system especially in 'pondok institution.' In the later
development, this study was introduced into the
national educational system beginning from primary
school to institution of higher learning. This article
analyses the syllabi of aqidah in government
universities in Malaysia. The analysis is focused on
the undergraduate syllabi of Aqidah of The
University of Malaya (UM) and The National
University of Malaysia (UKM). The author uses
content analysis to study whether this syllabus is
relevant to our national educational system ofhigher
learning or not by taking into consideration factors
like the changing world, globalization challenges and
the reality of ummah especially in Malaysia. Some
recommendations are made to strengthen the
content of the syllabus.
Keywords: Aqidah: Teaching, Syllabus, Problems,
Challenges; Public Higher Educational Institution;
University of Malaya; National University of
Malaysia
158
PENGAJIANAK1DAHDl IPTADlMALAYSIA:ANALISISSILIBUSDlUMDANUKM
Pendahuluan
Pengajian akidah adalah antara bidang pengajian penting di
Malaysia. Kepentingan akidah dalam kurikulum pengajian
Islam bukan sahaja dilihat dari sudut silibus pengajian atau
pokok perbincangan Usuiuddinnya yang mendasari seluruh
ajaran Islam, tetapi juga dari sudut kemampuannya untuk
rrtempertahankanjatidiri umat Islam dan membangun seluruh
potensi ummah sejak zaman berzaman. Pengajian yang
berpusat kepada persoalan ketuhanan ini terbukti telah
berjaya mencetuskan perubahan ketara dalam masyarakat
Melayu sejak zaman berzaman.1
Artikel ini akan cuba menganalisis silibus pengajian
akidah dalam kurikulum Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di
universiti awam di Malaysia. la menggunakan pendekatan
analisis kandungan (content analysis). Analisis akan dibuat
dengan membandingkan silibus pengajian akidah di pering-
kat Ijazah Pertama yang ditawarkan oleh dua buah universiti
awam terpilih di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) dan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penelitian dan
penilaian akan dibuat terhadap kandungan silibus dan
kesesuaian dalam sistem pendidikan di peringkat pengajian
tinggi awam. la juga akan menyentuh sejauh mana silibus,
termasuk pendekatan pengajaran pembelajaran (P&P) yang
diaplikasikan, berjaya menjadi pemangkin pencapaian
Falsafah Pendidikan Negara, falsafah ini sepatutnya menjadi
landasan bagi sistem pendidikan di Malaysia, bermula dari
sekolah rendah hinggalah ke pengajian tinggi sama ada di
universiti awam atau swasta.2 Falsafah tersebut berbunyi:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
LihatMohd Fauzi Hamat(2004), "SumbanganPengajianAkidahDalam
Membangun Minda Melayu:SuatuSorotanRingkas" dalamAFKAR, bil.
5, h. 26
MohdSallehLebar (2000), Pentadbiran Pendidiknndan PendidikandiMalay
sia. Kuala Lumpur: Addison Wesley Longman Malaysia, h. 83-84.
159
AFKAR-BIL7/2006 [157-196]
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu penge-
tahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertang-
gungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara."3
Di akhir perbincangan, beberapa saranan dikemukakan
bagi memantapkan silibus pengajian akidah di institusi
pengajian tinggi di Malaysia dan memperkukuhkan silibus
pengajian akidah di kalangan universitx-universiti pengajian
tinggi Islam peringkat serantau, khususnya Indonesia dan
Malaysia.
Pengajian Akidah Di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) Di Malaysia
Penyebaran Islam ke Alam Melayu termasuk Malaysia telah
menyumbang kelahiran beberapa institusi pengajian Islam
sama ada berbentuk formal atau informal. Merujuk kepada
pengajian akidah secara khusus, pusat-pusat pengajian ini
sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia amat
menekankan pengajian ini. Dalam sistem pendidikan
pesantren di Indonesia, subjek Usuluddin dikira sebagai
antara pelajaran utama yang diberikan dalam pengajaran
dogma keagamaan, selain dari Fikh.4 Umumnya pengajian ini
berlatarbelakangkan aliran al-Asya'irah. Ini dilihat ber-
dasarkan hampir keseluruhan karya akidah yang digunakan
sebagai teks pengajaran adalah terdiri daripada hasil-hasil
tulisan ulama berlatarbelakangkan aliran al-Asya'irah. Karya-
karya ini turut menggunakan metode akliah atau hujahan
dialektika yang berasaskan logik Aristotle dalam mem-
bahaskan isu-isu akidah.3 Kini, bentuk pengajian akidah di
Pusat Perkembangan Kurikulum (1989), Falsafah Pendidikan Negara.
Kuala Lumpur: KementerianPendidikanMalaysia.
LihatDepartmen Pendidikan Dan Kebudayaan (1986), Pendidikan diIn
donesia Darifaman keJaman.Jakarta: Balai Pustaka, h. 67.
Mohd Norbin Ngah(1983),Kitabjawi: IslamicThoughtofVieMalayMus
lim Scholars, Research NotesandDiscussionsPaperno33, Singapore: Insti
tute of Southeast Asian Studies, h. 9; Mohd Fauzi Hamat (1997),
"PendekatanFalsafah DalamPerbincangan 'Ilmal-Kalam Menurutal-
MutakallimGn," Jurnal Usuluddin, bil. 7, Dis. 1997. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Islam, Uni. Malaya, h. 181-184.
160
PENGAJ1ANAKIDAHDI1PTADIMALAYSIA:ANAL1S1SSIL1BUSDIUMDANUKM
peringkat menengah dan tinggi (universiti) di rantau ini
telah dibuat beberapa perubahan dan penyesuaian dengan
dimasukkan pemikiran ulama beraliran salafiyyah, misalnya
Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah dan Iain-lain
lagi. Pengaruh konsep tauhid aliran salafiyyah Ibn Taymiyyah
di Indonesia menyerap melalui aliran salafiyyah Muhammad
'Abd al-Wahhab dari Arab Saudi dan aliran salafiyyah dari
Mesir. Aliran ini amat menekankan perjuangan mem-
bersihkan akidah dan ibadah kaum Muslimin dari bid'ah
dan khurafat dan membebaskan dari pemikiran tasawufyang
dilihat sebagai menyimpang dari asas-asas Islam. la juga
menyeru umat Islam kembali mengikuti ajaran Islam yang
suci dan murni.6
Hal yang sama juga berlaku di Malaysia, di mana
walaupun rata-rata pemikiran akidah umat Islam adaiah
mengikut akidah aliran al-Asy'ariyyah atau al-Asya'irah, di
Perlis, sebuah negeri terkecil di Utara Semenanjung Malay
sia, terdapat kalanganpengikut Ahl al-Sunnah yang beraliran
salafiyyah yang mendakwa mereka berpegang kepada akidah
aliran salafiyyah.7 Namun demikian, dalam konteks Malaysia,
aliran al-Asya'irah yang masih utuh dipertahankan oleh
ulama al-Azhar masih mendominasi silibus pengajian akidah
di Malaysia sama ada di peringkat menengah atau peringkat
tinggi. Di peringkat menengah, silibus Thdnawiyyah al-Azhar
digunakan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM). Di peringkat tinggi pula, pemikiran al-Asya'irah
masih mendominasi kerana lepasan pengajian di beberapa
institusi pengajian berbentuk informal dan formal dalam
bentuk klasik seperti madrasah, sistem pengajian pondok
tradisional dan para graduan lepasan al-Azhar masih
merupakan kelompok terbesar yang terlibat dalam pem-
buatan dasar dan menggubal kurikulum pengajian akidah
sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah
LihatAmal Fathuliah Zarkasyi (2005). 'Konsep Tauhid Ibn Taymiyyah
dan Pengaruhnya di Indonesia: Kajian Kes Terhadap Penggubalan
KurikulumPengajianAkidah Di Pondok Modern Darussalam Gontor
Ponorogo. Indonesia."Tesis Ph.D,Jabatan AkidahDan Pemikiran Islam,
Universiti Malaya. Kuala Lumpur, h. 380-381.
Zakaria ©Mahmod bin Daud (1997), "Pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-
Jama'ah Perlis" dalam Jttninl Usuhtddin, Bil. 6, h. 109.
161
AFKAR- BIL7/2006 [157-196]
Sarjana/Magister. Ini bermakna pemikiran akidah yang di
luar dari ijtihad ulama Asya'irah-Maturidiyyah tidak diberi
keutamaan walaupun ia turut diajar dalam silibus yang ada.
Untuk memudahkan kefahaman terhadap pengajian
akidah di IPTA, penulis akan menghuraikan berdasarkan
beberapa pecahan sub-sub topik seperti berikut; penawaran
bidang pengajian akidah secara ringkas di IPTA dan
kandungan silibus pengajian akidah di UM dan UKM yang
menjadi fokus penulisan, kemudian dijelaskan dari aspek
keupayaan atau kedudukan kursus dalam kerangka umum
pengajian Usuluddin di UM dan UKM.
Sorotan Tentang Penawaran Bidang Pengajian Akidah
Di IPTA
Pengajian akidah adalah antara bidang pengajian yang
terawal.dimasukkan dalam kurikulum pendidikan tinggi
pengajian/perguruan Islam di Malaysia. Ia ditawarkan
serentak dengan penubuhan fakulti, jabatan atau akademi
Islam di universiti-universiti tempatan. Secara formalnya
pendidikan Islam peringkat tinggi di Malaysia bermula pada
tahun 1955, iaitu dengan didirikan Kolej Islam Malaya (KIM)
bertempat di Kelang, Selangor. Kolej ini kemudiannya
dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1971.
Pelajar-pelajar KIM kemudiannya menyelesaikan pengajian
mereka di Fakulti Pengajian Islam, UKM.8
Di Universiti Malaya, Jabatan Pengajian Islam 0PI) telah
ditubuhkan pada tahun 1957 dan menawarkan pengajian
pada sesi pengajian 1959/60 dengan pengambilan pelajar
seramai 27 orang.9 Jabatan ini dibangunkan di UM sebagai
hasil daripada kerjasama UM dengan Kolej Islam Malaya.
Kerjasama antara Kolej Islam Malaya ini berakhir pada tahun
1970 apabila institusi tersebut digabungkan ke dalam UKM
sebagai Fakulti Pengajian Islam.10 la kemudiannya beroperasi
Abdul Halim Hj. Mat Diah (1989), Pendidikan Islam DiMalaysia. Kuala
Lumpur: ABIM, h. 19.
Abdullah @Alwi Haji Hassan (1993), "PendidikanIslam di Universiti
Malaya" dalamJurnal Usuluddin:Bil. 1, h. 91 dan 93 (nota kaki).
Abdul Halim (1989), op.cit., h. 19-20.
162
PENGAJIANAK1DAHDl [PTAD]MALAYSIA:ANALISISSIL1BUSD[UMDANUKM
untuk suatu tempoh yang lama sehinggalah ia digabungkan
dengan Akademi Islam (AI), Universiti Malaya dengan
dikenali kini sebagai Akademi Pengajian Islam.
JPI ditubuhkan dengan tujuan untuk:11
1. Melahirkan siswazah-siswazah yang dilengkapi
dengan pengetahuan Bahasa Arab, melalui pengajian
buku-buku teks klasik, terutamanya di dalam tahun-
tahun kedua dan ketiga;
2. Melahirkan siswazah yang dilengkapi dengan latar
belakang pengetahuan tentang kebudayaan dan
tamadun Islam;
3. Mendorong siswazah, dengan kebolehan akademik,
bebas dan kritikal, menilai apa sahaja yang dikaji
tentang Islam, dan dengan satu keyakinan melalui
pengkajian secara objektif dan adil demikian, akan
menjadikan ia sedar bahawa Islam adalah ber-
sesuaian dengan fikiran dan meminta supaya meng-
gunakan fikiran; dan
4. Memperkenalkan seseorang siswazah dengan buku-
buku rujukan atau sumber utama, dan melatihnya
mengguna buku-buku itu, bagi melengkapkan mereka
untuk meneruskan pengajian kesarjanaan mereka
selanjutnya.
Pengajian akidah di Universiti Malaya juga ditawarkan
oleh Akademi Islam, Universiti Malaya yang ditubuhkan
secara rasmi pada 1 hb. April 1981 hasil pengambialihan
Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam
Puri12 yang ditubuhkan oleh kerajaan Kelantan pada 1
Oktober 1965.13 Akademi Islam ialah badan induk pentad-
biran, perancangan dan perkembangan pengajian ilmu-ilmu
Islam, yang mana Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan
Ibid, h. 93.
Sebelum 1 Julai 1969, ia dikenali sebagai PusatPengajian Tinggi Islam
Kelantan(PPTTK). Untuk ketcrangan lanjut tentangpenubuhan YPTIK
dan penggabungannya denganUM, lihat Abdul Halim (1989),op.cit., h.
20-23.
Abdullah (1993), op.cit, h. 94.
163
AFKAR- BIL7/2006[157-196]
Program Pendidikan Islam adalah di bawah payungannya.14
Pengajian akidah dimasukkan dalam program Ijazah Sarjana
Muda Usuluddin yang mula ditawarkan pada sesi 1981/82.15
Sejak dari sesi pengajian tersebut sehingga tahun 2005,
Akademi Islam (sekarang Akademi Pengajian Islam) telah
menge-luarkan seramai 2,359 orang pemegang Ijazah Sarjana
Muda Usuluddin dan seramai 270 orang pemegang Ijazah
Sarjana Usuluddin.16
Tujuan penubuhan Akademi Islam adalah:17
1. Member! peluang kepada pelajar yang berminat
mendapat pelajaran lanjut dalam bidang pengajian
Islam
2. Melengkapkan siswazah Akademi ini bagi mem-
bolehkan mereka menyebarkan Islam kepada orang
ramai. Untuk tujuan ini, Akademi Islam bersedia
memberi pelajaran dalam bidang pendidikan,
undang-undang, ekonomi, pentadbiran dan Iain-lain,
selain daripada mata pelajaran agama Islam.
3. Mengeluarkan siswazah berpengetahuan danberjiwa
Islam
4. Menggalakkan usaha penyelidikan mengenai semua
bidang pengajian Islam
Setelah itu, Akademi Islam distruktur semula organisasi
pentadbiran akademiknya pada tahun 1996. la terus
berkembang dengan penubuhan 9 buah Jabatan18 iaitu; (1)
Jabatan Akidah Dan Pemikiran; (2) Jabatan al-Qur'an Dan
14 UniversitiMalaya (1994), Lnpornn Kegiatnn Tnhunan 1994 UniversitiMa-
loya, h. 1.
ls Ibid, h. 96.Selain Program ini, Akademi Islamjuga menawarkan Ijazah
Sarjana Syariah dan bermula sesi 1982/83, ia menawarkan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Islam yang ditawarkan dengan kerjasama
Fakulti Pendidikan, PusatBahasa dan FakultiSastera DanSainsSosial,
UniversitiMalaya.
lh Lihat Universiti Malaya (2005), Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Pro-
CanselorsertaIstiadatKonvokesyen UniversitiMalaya2005, 9-14Ogos2005,
h. 24-25.
17 Ibid, h. 96. Lihatjuga Akademi Islam (1989), Buku Panduan AkademiIs
lam, UniversitiMalayaTahunAkademik1989/90, Kuala Lumpur: Akademi
Islam, h. 1-2.
18 Akademi Pengajian Islam (2005a), op.cit., h. 11.
164
PENCAJIANAK1DAH DI IPTA DI MALAYSIA:ANALISISSIL1BUSDlUMDANUKM
al-Hadith; (3) Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam; (4)
Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan; (5) Jabatan Fiqh
Dan Usul; (6) Jabatan Syariah Dan Ekonomi; (7) Jabatan
Syariah Dan Undang-Undang; (8) Jabatan Syariah Dan
Pengurusan dan (9) Jabatan Siasah Syar'iyyah. Selain
daripada itu, terdapat 3 program pengajian yang besar iaitu
(1) Program Pengajian Islam; (2) Program Pendidikan Islam
dan (3) Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam.
Penubuhan APIUM mempunyai objektifnya yang ter-
sendiri iaitu:19
1. Mengeluarkan siswazah pengajian Islam yang memi-
liki ilmu yang bersepadu bagi memenuhi keperluan
masyarakat masa kini.
2. Menghasilkan penyelidikan mengenai Islam yang
bermutu tinggi bagi tujuan peningkatan ilmu dan
pembangunan masyarakat.
3. Menghasilkan penerbitan yang berkualiti dalam
bidang keislaman yang diterima di peringkat negara
dan antarabangsa.
4. Memberi khidmat perundingan dan kepakaran
kepada institusi-institusi dan masyarakat umum
dalam hal-hal keislaman.
5. Menggalakkan perbincangan dan polemik ilmiahbagi
mewujudkan rangkaian danjaringan intelektual Islam
yang maju di peringkat kebangsaan dan antara
bangsa.
6. Memberi khidmat kepada masyarakat umum melalui
berbagai-bagai aktiviti yang munasabah.
Sementara itu, UKM juga merupakan antara IPTA
terawal yang menawarkan pengajian dalam bidang akidah/
usuludin, iaitu setelah ditubuhkan Fakulti Pengajian Islam,
UKM serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970.
Ini adalah susulan dari langkah Kementerian Pendidikan
menaik taraf Kolej Islam Malaya ke taraf universiti kolej, dan
apabila UKM ditubuh, ia diserapkan ke dalam UKM sebagai
Ibid, h. 7.
165
AFKAR- B1L7/3006 [157-196]
salah sebuah fakulti, bersama dua fakulti lain pada masa itu
iaitu Fakulti Sains dan Fakulti Sastera.20 Kini Fakulti Pengajian
Islam mempunyai lima buah jabatan iaitu Jabatan Syariah,
Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Jabatan
Usuluddin Dan Falsafah, Jabatan Pengajian Dakwah Dan
Kepimpinan dan Jabatan Pengajian al-Quran Dan Sunnah.21
Pengajian akidah di UKM ditawarkan olehJabatan Pengajian
Usuluddin dan Falsafah.
Kursus-kursus pengajian berkait dengan bidang
Usuluddin dan Falsafah peringkat Sarjana Muda di UKM
ditawarkan oleh Jabatan Usuluddin Dan Falsafah (JUF)22
dalam program Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan
Kepujian (Usuluddin dan Falsafah). Tujuan penubuhan JUF
adalah untuk memberi pengajaran dalam bidang ilmu al-
Qur'an dan al-Hadith serta akidah, akhlak, falsafah dan
pengajian agama berdasarkan kedua-dua sumber tersebut
dengan tujuan mengeluarkan siswazah yang matang dalam
bidang-bidang berkenaan dan menghayati Islam dalam
kehidupan mereka. Penubuhan JUF juga bertujuan meme-
lihara dan memperkembangkan ilmu-ilmu dalam bidang
Usuluddin dan Falsafah dan memberi khidmat kepada
masyarakat dan negara. Selain itu, ia juga bertujuan
melahirkan siswazah yang berfikiran luas dan mendalam
yang dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam
masyarakat, dan melahirkan tenaga kerja yang berke-
trampilan yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta
dalam masyarakat Malaysia.23
Selain daripada di UM dan UKM, pengajian akidah/
usuluddin juga ditawarkan oleh Universiti Islam Antara-
20 UKM (2005), Pandttcin Siswazah Fakulti Pengajian Islam Ses't Akndemik
2005-2006, Bangi: FakultiPengajian Islam, h. 22.
21 Ibid.
21 Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM terdiri dari 5 buah jabatan dan
sebuahpusat iaitu:JabatanSyariah,JabatanUsuluddinDan Falsafah,
Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Jabatan Pengajian
DakwahDanKepimpinan,Jabatan Pengajianal-QuranDan al-Sunnah
dan Pusat Islam (Pusat Islam tidak menawarkan sebarang bentuk
kursus pengajaran). LihatUKM (2003), Panduan Pra Siswazah Fakulti
Pengnjian Islam SesiAkndemik2003-2004, Bangi: PenerbitUKM, h. 23.
" Ibid, h. 70.
166
Description:PENGAJIAN AK1DAH Dl IPTA Dl MALAYSIA: ANALISIS SILIBUS Dl UM DAN UKM .. As'ad, Yusuf Mikhail (t.t.), Mu'taqadat wa Khurafat. Kaherah: