Table Of ContentD R A F
ANCANGAN KAWASAN KHAS
R Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN MELAKA
BANDARAYA WARISAN DUNIA
Bahagian ini menggariskan
cadangan-cadangan guna tanah,
profil guna bangunan, pengurusan
lalulintas dan cadangan sosio-
budaya.
4.1 Guna Tanah Kawasan
Kajian
4.1.1 Guna Tanah Semasa
Secara keseluruhannya, komponen
guna tanah di kawasan kajian yang
merangkumi tiga kawasan iaitu Zon
Utama, Zon Penampan dan
Kampung Warisan adalah terdiri
daripada Institusi dan Kemudahan
Masyarakat, Perniagaan dan
Perkhidmatan, Kediaman, Tanah
Lapang dan Rekreasi, Tanah
Kosong, Pengangkutan, Infrastruktur
dan Utiliti dan lain-lain (rujuk Rajah
4.1 dan Jadual 4.1).
4 - 1
BAB 4
D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S
Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan
B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h
Jadual 4.1 : Guna Tanah Semasa Kawasan Kajian
Komponen Guna Tanah Luas (Hektar) %
Kediaman 42.10 17.73
Perniagaan dan Perkhidmatan 53.88 22.69
Institusi dan Kemudahan Masyarakat 76.07 32.03
Pengangkutan 34.26 14.42
Tanah Lapang dan Rekreasi 10.01 4.21
Infrastruktur dan Utiliti 1.75 0.74
Tanah Kosong 17.52 7.38
Badan Air 1.89 0.80
Jumlah 237.48 100.00
Sumber : Kajian RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah, 2007.
Institusi dan Kemudahan Masyarakat adalah guna tanah yang paling tinggi dalam
kawasan kajian dengan keluasan 76.07 hektar iaitu 32.03 peratus.
Guna tanah perniagaan meliputi 53.88 hektar atau 22.69 peratus daripada keseluruhan
kawasan kajian. Kegiatan perniagaan banyak tertumpu di Jalan Masjid Kg. Hulu, Jalan
Kg. Pantai, Jalan Hang Jebat, Jalan Temenggung, Jalan Munsyi Abdullah dan Jalan
Bendahara.
Guna tanah kediaman adalah seluas 42.10 hektar (17.73 peratus). Ianya meliputi
kawasan perumahan terancang dan tidak terancang. Kawasan perumahan tidak
terancang adalah terdiri daripada perkampungan tradisi iaitu Kg. Chitty, Kg. Portugis, Kg.
Morten, Kg. Dua, Kg. Jawa dan Kg. Banda Kaba.
Analisis juga menunjukkan kawasan tanah lapang dan rekreasi meliputi kawasan seluas
10.01 hektar, tanah kosong seluas 17.52 hektar, pengangkutan (termasuk jalan, tempat
letak kereta dll.) seluas 34.26 hektar, infrastruktur dan utiliti luasnya 1.75 hektar dan badan
air (1.89 hektar).
4 - 2
D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S
Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan
B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h
4.1.2 Guna Tanah Komited
Pembangunan komited adalah permohonan yang telah diluluskan di peringkat
Mesyuarat Jawatankuasa Belah Bahagi dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Ekspres
Perumahan dan Industri.
Kawasan komited meliputi 7.4% daripada keseluruhan kawasan kajian. Ianya terdiri
daripada cadangan kediaman terancang Taman Kota Laksamana, cadangan
bangunan kedai pejabat berhampiran Jalan Kubu dan Jalan Temenggung, cadangan
lot tempat letak kereta di Jalan Munsyi Abdullah dan cadangan aktiviti perniagaan
berhampiran dengan Jalan Munsyi Abdullah. Perincian guna tanah komited ditunjukkan
dalam Jadual 4.2 dan Rajah 4.2.
Jadual 4.2 : Guna Tanah Komited Kawasan Kajian
Guna Tanah Luas (Hektar) %
7.26
Kediaman 16.06
0.02
Cadangan Lot Perniagaan 0.04
0.02
Lot Tempat Letak Kereta 0.05
0.10
Bangunan Kedai Pejabat 0.22
Jumlah 16.37 7.40
Sumber : Kajian RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah, 2007.
4 - 4
D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S
Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan
B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h
4.1.3 Cadangan Guna Tanah
Cadangan guna tanah bagi kawasan kajian diperincikan di Jadual 4.3 dan Rajah 4.3.
Jadual 4.3 : Cadangan Guna Tanah Kawasan Kajian
Komponen Guna Tanah Luas (Hektar) %
Kediaman 38.74 16.31
Perniagaan dan Perkhidmatan 76.99 32.42
Institusi dan Kemudahan
Masyarakat 73.68 31.02
Pengangkutan 34.26 14.43
Industri 3.94 1.66
Infrastruktur dan Utiliti 0.30 0.13
Tanah Lapang 7.67 3.23
Badan Air 1.90 0.80
Jumlah 237.48 100.00
Sumber : Kajian RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah, 2007.
Perniagaan dan perkhidmatan adalah cadangan guna tanah yang paling tinggi dalam
kawasan kajian dengan keluasan 76.99 hektar iaitu 32.42 peratus. Cadangan perniagaan
banyak tertumpu di Jalan Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Kuli, Jalan
Tukang Besi, Jalan Tengkera dan Taman Kota Laksamana.
Guna tanah institusi dan kemudahan masyarakat mencatat keluasan yang kedua
tertinggi selepas perniagaan iaitu 73.68 hektar atau 31.02 peratus.
Guna tanah kediaman adalah seluas 38.74 hektar (16.31 peratus). Ianya meliputi
kawasan perumahan terancang dan tidak terancang. Kawasan perumahan tidak
terancang adalah terdiri daripada perkampungan tradisi iaitu Kg. Chitty, Kg. Portugis, Kg.
Morten, Kg. Dua, Kg. Jawa, Kg. Ketek dan Kg. Banda Kaba.
Kawasan tanah lapang dan rekreasi meliputi kawasan seluas 7.67 hektar, kawasan industri
berjumlah 3.94 hektar, pengangkutan (termasuk jalan, tempat letak kereta dll.) seluas
34.26 hektar, infrastruktur dan utiliti luasnya 0.30 hektar dan badan air (1.90 hektar).
4.1.4 Cadangan Pembangunan Zon Utama
Cadangan pembangunan di Zon Utama dibahagikan kepada 7 zon kecil iaitu Zon 1 -
Bukit St. Paul, Zon 2 - Jalan Tun Tan Cheng Lock, Zon 3 - Jalan Hang Jebat, Zon 4 - Lorong
Hang Jebat, Zon 5 - Jalan Tokong, Jalan Tukang Besi dan Jalan Tukang Emas, Zon 6 –
Jalan Kg. Pantai dan Zon 7 – Sungai Melaka. Rajah 4.4 menunjukkan gunatanah semasa
dan Rajah 4.5 pula menunjukkan cadangan gunatanah bagi Zon Utama.
4 - 6
D R A F R A N C A N G A N K A W A S A N K H A S
Pelan Pengurusan Kawasan Pemel iharaan
B a n d a r a y a M e l a k a B e r s e j a r a h
4.2 Pembangunan Guna Tanah Zon 1
Zon 1 iaitu kawasan Bukit St. Paul mempunyai keluasan 13.65 hektar. Perincian guna
tanah semasa dan cadangan guna tanah bagi Zon 1 seperti di Jadual 4.4 bersama Rajah
4.6 dan Jadual 4.5 bersama Rajah 4.7. Bahagian ini juga menggariskan cadangan projek
pembangunan dan program yang akan dilaksanakan, pelaksanaan cadangan utama
dan fasa pelaksanaan di Zon 1.
4.2.1 Guna Tanah Semasa
Jadual 4.4 : Guna Tanah Semasa Zon 1
Komponen Guna Tanah Luas (Hektar) %
Perniagaan dan Perkhidmatan 1.18 8.65
Institusi dan Kemudahan Masyarakat 8.45 61.86
Pengangkutan 2.32 17.00
Tanah Lapang dan Rekreasi 1.68 12.34
Infrastruktur dan Utiliti 0.01 0.07
Badan Air 0.01 0.07
Jumlah 13.65 100.00
Sumber : Kajian RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah, 2007.
4.2.2 Cadangan Guna Tanah
Jadual 4.5 : Cadangan Guna Tanah Zon 1
Komponen Guna Tanah Luas (Hektar) %
Perniagaan dan Perkhidmatan 1.80 13.19
Institusi dan Kemudahan Masyarakat 8.18 59.89
Tanah Lapang dan Rekreasi 1.29 9.42
Pengangkutan 2.32 17.00
Infrastruktur dan Utiliti 0.05 0.40
Badan Air 0.01 0.10
Jumlah 13.65 100.00
Sumber : Kajian RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah, 2007.
4 - 10