Table Of ContentSiri Rujukan Cepat Tarbiyah
(Bab 1 hingga Bab 7)
Diringkas & disaring daripada
Kitab Himpunan Hadis Al-Adab
HADIS
Siri #1
Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKAD PEMBELIAN
1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK
INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN
ISI KANDUNGAN EBOOK.
2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK
INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:
RM4.50 SAHAJA KEPADA
AKAUN MAYBANK 164799081505
(AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected]
Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website
EbookTarbiyah.Com
3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK
INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.
4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI
SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG
KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN
BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.
5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,
AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD
PEMBELIAN INI.
SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT.
Tarbiyah Made Easy!! 2
KATA PENGANTAR
ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ
Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu
para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas
ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.
Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-
Nya jua ebook “Kitab al-Adab: Bab 1 hingga Bab 7” ini
berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca.
Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertama
daripada beberapa lagi siri ringkasan dan saringan
terhadap Kitab Al-Adab.
Kitab Al-Adab
Kitab Al-Adab ini merupakan himpunan
hadis-hadis adab dalam Islam yang
dipetik dan disusun daripada Kitab
Muntakhab Min as-Sunnah, Juzuk ke-11.
Kitab ini sangat sesuai untuk dijadikan
rujukan dalam membentuk budi pekerti
dan adab mulia di peringkat awal proses
Tarbiyah Islamiyah.
Tarbiyah Made Easy!! 3
Kitab Al-Adab ini mempunyai 26 Bab. Dalam siri pertama
ebook ini, kita akan membahaskan 7 bab daripadanya.
Menurut pengarang kitab ini, Adab didefinisikan sebagai:
1. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia, atau
2. Menggunakan percakapan dan perbuatan yang
terpuji, atau
3. Menurut perkara-perkara yang dikira baik dan elok.
Di antara contoh-contoh Adab termasuklah:
1. Memuliakan orang yang lebih tinggi daripada kita
(usia, ilmu dsb.)
2. Berlemah lembut dengan orang yang lebih rendah
daripada kita (usia, ilmu dsb.)
Kenapa Ebook ini Ditulis?
Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Al-Adab
yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama
dengan membaca ringkasan.
Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di
sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan
tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai
rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!! 4
Konsep Istimewa Ebook Ini
Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini:
• Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di
komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini
memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada
bila-bila masa sahaja.
• Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin
agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan
konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan
kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas
hati, barulah anda membuat pembayaran.
• Meringkaskan Perbahasan. Dalam ebook ini, kami
membuang hadis-hadis yang digunakan secara berulang
di dalam pendahuluan bab dan huraian bab. Begitu juga
dengan huraian tentang tanda-tanda bacaan kalimah,
disebabkan semua kalimah arab telah diberikan baris.
• Objektif Bab dan Hadis. Di awal setiap tema, dijelaskan
objektif-objektif (biasanya aspek kognitif) bagi setiap
bab dan hadis.
• Pengajaran dan Saranan Tarbawi. Di akhir setiap tajuk,
diletakkan pengajaran hadis dan beberapa saranan
tarbawi. Ia sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai
objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor.
Tarbiyah Made Easy!! 5
• Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna
untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil,
soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan
sebagainya.
Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan
ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh
daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan
sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada
pembaca.
Semoga Allah redha. Wallahua’lam.
EbookTarbiyah.Com
Mac 2015
Tarbiyah Made Easy!! 6
ISI KANDUNGAN
Akad Pembelian (#2)
Kata Pengantar (#3)
Isi Kandungan (#7)
1. Bab 1: Berbakti kepada Ibubapa (#8)
2. Bab 2: Larangan Berjihad Tanpa Izin Ibubapa (#19)
3. Bab 3: Larangan Melaknat Kedua Ibubapa (#25)
4. Bab 4: Penerimaan Doa Orang Berbakti pada Ibubapa (#32)
5. Bab 5: Derhaka Ibubapa antara Dosa-dosa Besar (#44)
6. Bab 6: Silaturrahim (#63)
7. Bab 7: Silaturrahim (II) (#76)
Sekian (#100)
Akad Pembelian (#101)
p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!! 7
BAB 1:
“BERBAKTI KEPADA IBUBAPA”
Objektif Hadis:
Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:
1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan
dalam hadis yang mulia ini.
2. Menyatakan amalan-amalan mulia yang
disebutkan oleh hadis ini.
3. Menjawab persoalan tentang perbezaan
riwayat berkenaan amalan terbaik.
4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi
daripada hadis ini.
Teks Hadis
ِ ٍ ِ ِ
: لَ ﺎَﻗ ﻪﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر دﻮﻌﺴﻣ ﻦِ ﺑ ﷲا ﺪﺒﻋ ﻦﻋ
ُ َْ ُ َ َ ُْ ْ َ ْ َْ ْ َ
Daripada Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu,
beliau berkata:
ﱠ ِ ﱠ ﱠ ِ
: ﻢﻠﺳو ﻪﻴَﻠﻋ ﻪﻠﻟا ﻰﻠﺻ ﻲﺒﱠﻨﻟا ﺖْﻟَﺄﺳ
َ َ َ ْ َ ُ َ ﱠ ُ َ
Aku telah bertanya kepada Nabi SAW:
ِ ِﱠ ِ
.ﺎﻬَﺘْﻗوَ ﻰَﻠﻋَ ُةَﻼﺼﱠ ﻟا : لَ ﺎَﻗ ؟ﻪﻠﻟا ﻰَﻟإ ﺐﱡ ﺣَ َأ ﻞِ ﻤَ ﻌَْﻟا يﱡ َأ
“Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?”
Baginda menjawab, “Solat pada waktunya.”
ِ ِ
. ﻦِ ْﻳﺪَ ﻟاﻮَْﻟا ﺮﱡﺑ : لَ ﺎَﻗ ؟يﱞ َأ ﻢﱠُﺛ : لَ ﺎَﻗ
Beliau bertanya lagi, “Kemudian amalan apa pula?”
Baginda menjawab, “Berbakti kepada ibubapa.”
ِﱠ ِ ِ ِ
. ﻪﻠﻟا ﻞِ ﻴﺒﺳَ ﻲﻓ دُ ﺎﻬَﺠْﻟا : لَ ﺎَﻗ ؟يﱞ َأ ﻢﱠُﺛ : لَ ﺎَﻗ
Beliau bertanya lagi, “Kemudian apa?”
Baginda bersabda, “Berjihad di jalan Allah.”
.ﻲِﻧدَ اﺰََﻟ ُﻪُﺗدْﺰَـَﺘﺳْ ا ﻮَِﻟوَ ﻦﱠ ﻬِِﺑ ﻲِﻨَﺛﺪﱠ ﺣَ : لَ ﺎَﻗ
Beliau berkata lagi, “Baginda telah berbicara kepadaku
tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambah
lagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku.”
يﱡ رِﺎﺨَ ُﺒْﻟا ُﻩاوَرَ
(Riwayat Bukhari).
Periwayat Hadis:
Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu merupakan
seorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat.
Beliau menyertai Perang Badar dan semua perang
bersama Rasulullah SAW.
Huraian Hadis:
1. Solat pada Waktunya
Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunya
secara tunai, bukan secara qadha’ di luar waktu.
Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baik
dan lebih mulia.
Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwah
radhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ِ ِ ِ ِ
ﺎﻬَﺘْﻗوَ لوﱠَأ ﻲﻓ ُة ﻼَﺼﱠ ﻟا لﺎﻤَ ﻋْ َﻷْا ﻞُ ﻀَ ْﻓَأ
“Amalan yang terbaik ialah solat pada awal
waktunya.”
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Al-Hakim)
Description:Kitab Al-Adab ini merupakan himpunan hadis-hadis adab dalam Islam yang dipetik dan disusun daripada Kitab. Muntakhab Min as-Sunnah, Juzuk