Table Of ContentMarilah Berkenalan Dengan
Ahl al-Sunnah wa al-
Jama‘ah
Hafiz Firdaus Abdullah
Judul:
Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah
Penulis:
Hafiz Firdaus Abdullah
019-3848467
[email protected]
© Hafiz Firdaus Abdullah.
Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu. Tidak
dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk
tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis.
Cetakan Kedua: 2007
Penerbit:
Perniagaan Jahabersa
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.
Tel: 07-235 1602, 07-235 1605.
Fax: 07-235 1603
http://www.jahabersa.com.my
[email protected]
[email protected]
Pencetak:
Bin Halabi Press
12/21 Mo.1 Talubo Moung Pattani, Thailand 94000
Tel: 66-73-310296, 310339
Fax: 66-73-334863
2
Kandungan
Pendahuluan 5
Berkenalan Dengan Ciri-Ciri
Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah Dalam:
Mengambil Sumber Agama 15
Aqidah 69
Fiqh 157
Akhlak 169
Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar 209
Politik 259
Berinteraksi Dengan Kaum Bukan Islam 319
Penutup 327
3
4
ﻦﻣ ﷲاﺎﺑ ذﻮﻌﻧو ,هﺮﻔﻐﺘﺴﻧو ﮫﻨﯿﻌﺘﺴﻧو هﺪﻤﺤﻧ ﷲ ﺪﻤﺤﻟا نإ
ﻞﻀﻣ ﻼﻓ ﷲا هﺪﮭﯾ ﻦﻣ ,ﺎﻨﻟﺎﻤﻋا تﺎﺌﯿﺳ ﻦﻣو ﺎﻨﺴﻔﻧا روﺮﺷ
هﺪﺣو ﷲا ﻻا ﮫﻟإ ﻻ نأ ﺪﮭﺸﻧو .ﮫﻟ يدﺎھ ﻼﻓ ﻞﻠﻀﯾ ﻦﻣو ﮫﻟ
.ﮫﻟﻮﺳرو هﺪﺒﻋ اﺪﻤﺤﻣ نأ ﺪﮭﺸﻧو ﮫﻟ ﻚﯾﺮﺷﻻ
Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon
pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami
berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari
keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah
maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh
Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada
tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan
kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-
Nya.
Kenapa subjek Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah?
Agaknya itulah persoalan pertama yang timbul di fikiran
para pembaca sekalian terhadap buku saya ini. Persoalan ini sesuatu
yang saya jangkakan kerana jika diteliti buku-buku di pasaran, akan
ditemui sejumlah yang memberi tumpuan kepada subjek Ahl al-
Sunnah wa al-Jama'ah. Ada yang tebal, ada yang nipis. Ada yang
ringan, ada yang ilmiah. Justeru mengapa saya turut memberi
tumpuan kepada subjek ini? Bukankah lebih baik jika diberikan
tumpuan kepada subjek yang masih minimum diperbincangannya?
Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa saya memilih
untuk turut memberi tumpuan kepada subjek Ahl al-Sunnah wa al-
Jama'ah. Sebabnya boleh dibahagi kepada dua.
Pertama:
5
Apabila kita meneliti secara mendalam buku-buku yang
ada di pasaran dalam subjek Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, akan
ditemui bahawa ia hanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek:
1. Maksud Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dari sudut bahasa,
iaitu orang-orang Islam yang pakar tentang sunnah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berjamaah
dalam mengikutinya.
2. Siapakah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, dimana masing-
masing individu, aliran dan kelompok mendakwa
merekalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah manakala yang
lain bukan. Namun apabila ditanya apakah yang
dimaksudkan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah,
mereka gagal menerangkan ciri-cirinya. Kegagalan ini
menyebabkan pelbagai teori serta amalan yang aneh
membentuk ciri-ciri pemikiran serta perbuatan mereka.
Lebih memberatkan, semua yang aneh tersebut mereka
anggap berada dalam ruang lingkup Ahl al-Sunnah wa al-
Jama‘ah.
3. SejarahAhl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, dimana ciri-ciri Ahl
al-Sunnah wa al-Jama‘ah dikupas dengan cara memandang
ke belakang pada zaman generasi awal umat Islam. Jarang-
jarang ciri-ciri ini dikupas dengan metod yang berpijak
pada realiti masa kini dengan pandangan ke arah masa
depan. Hasilnya umat Islam hanya mengetahui ciri-ciri Ahl
al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan aliran-aliran yang
menyimpang pada zaman awal Islam. Mereka tidak
mengetahui bagaimana mempraktikkan ciri-ciri tersebut
pada masa kini, juga bagaimana menangani aliran-aliran
yang menyimpang pada masa kini.
4. Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dimana tumpuan
6
hanya diberi kepada subjek aqidah, khasnya berkenaan
nama-nama dan sifat-sifat Allah. Ini memberi gambaran
seolah-olah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah hanya
menyentuh isu aqidah dan tidak selainnya.
Empat sebab di atas menyebabkan saya merasa perlu
menyusun sebuah buku yang memberi pengenalan tentang ciri-ciri
Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dalam aspek yang lebih luas, iaitu:
1. Menerangkan apakah dan bukan siapakah Ahl al-Sunnah
wa al-Jama‘ah. Dengan menerangkan apakah ciri-ciri Ahl
al-Sunnah wa al-Jama‘ah, kita sama-sama dapat menjadi
Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah berdasarkan dalil, hujah dan
kefahaman, bukan dakwaan semata-mata.
2. Berdasarkan dalil, hujah dan kefahaman, kita dengan
sendirinya dapat membasmi dan menangkis apa-apa
pemikiran, ucapan dan perbuatan yang tidak menepati ciri-
ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Kita tidak lagi perlu
mengikut secara membuta kepada sekian-sekian individu
yang cenderung kepada mencipta pemikiran, ucapan dan
perbuatan yang tersendiri lalu cuba menjustifikasikannya di
atas nama Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
3. Mengupas ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah
berdasarkan realiti masa kini dengan pandangan ke
hadapan, agar para pembaca mengetahui cara berpegang
dan mempraktikannya. Oleh itu perbincangan tentang
aliran Khawarij, Murji’ah dan sebagainya tidak akan
disertakan. Metod ini bukanlah bererti menafikan
kepentingan sejarah zaman awal umat Islam, tetapi lebih
kepada membawa manhaj generasi awal umat Islam, iaitu
generasi al-Salaf al-Shalih, kepada realiti masa kini.
Seolah-olah, jika generasi al-Salaf al-Shalih hidup pada
7
zaman kita, apa dan bagaimanakah sikap mereka dalam
membela Islam yang tulen dan membawa umatnya ke arah
kejayaan yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
4. Pengenalan kepada ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
tidak dihadkan kepada aqidah sahaja, tetapi diluaskan
kepada fiqh, akhlak, politik dan sebagainya.
Kedua:
Dalam kerjaya saya sebagai seorang juruterbang, ada
sesuatu yang digelar Standard Operating Procedures. Ia adalah
beberapa buah buku yang memuatkan ciri-ciri bagaimana untuk
“memandu” kapalterbang dengan selamat, sama ada dalam suasana
kebiasaan atau kecemasan. Saya yakin para pembaca sekalian,
dalam bidang kerjaya masing-masing sama ada doktor, jurutera,
peguam, guru dan sebagainya, juga memiliki sesuatu seumpama
yang disediakan oleh pihak majikan. Standard Operating
Procedures ini membolehkan semua kakitangan dalam sesebuah
firma atau jurusan bekerja dengan cara yang teratur dan terarah
untuk mencapai matlamat.
Tidak ketinggalan adalah para pelajar dimana masing-
masing memiliki silibus bagi jurusan pengajian masing-masing.
Silibus ini menentukan ciri-ciri yang perlu dipelajari dalam jurusan
tersebut untuk melengkapkan kursus pengajian. Silibus ini tidak
jauh berbeza dengan Standard Operating Procedures yang saya
sebut di perenggan sebelumnya.
Maka saya terfikir, apakah mungkin dibuat satu Standard
Operating Procedures atau silibus bagi umat Islam? Tentu mungkin
dan tentu patut. Sebenarnya sesuatu yang mirip kepada Standard
Operating Procedures atau silibus sudah ada di kalangan umat
Islam. Standard Operating Procedures atau silibus ini dikenali
8
dengan nama Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Ia memuatkan ciri-ciri
yang sepatutnya diketahui dan dipraktikkan oleh umat Islam dalam
beragama.
Secara lebih terperinci, sejarah kelahiran Ahl al-Sunnah wa
al-Jama'ah dapat diringkaskan seperti berikut. Beberapa dekad
selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
sebahagian umat Islam berpecah daripada aliran yang utama
(mainstream) dan membentuk beberapa aliran, setiapnya memiliki
beberapa ciri baru yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut ada yang
mereka ambil daripada agama lain atau pemikiran luar dan ada
yang mereka cipta sendiri. Setiap aliran menonjolkan ciri-ciri yang
tersendiri dan mereka menggelar diri mereka dengan nama-nama
tertentu seperti Syi‘ah, Khawarij, Jahmiyah dan sebagainya.
Kelahiran aliran-aliran ini menyebabkan umat Islam,
khasnya para sahabat, merasa perlu untuk membuat satu nama
untuk diri mereka sendiri, agar kedudukan mereka sebagai aliran
yang benar lagi utama (mainstream) dapat dibezakan daripada
aliran yang berpecah tersebut. Nama yang mereka pilih adalah Ahl
al-Sunnah wa al-Jama'ah. Di sebalik nama tersebut terdapat
sejumlah ciri yang perlu dipegang dan dipraktikkan oleh umat
Islam agar mereka tetap berada di atas jalan kebenaran, jalan yang
dibawa oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Ringkasnya, Ahl al-Sunnah
wa al-Jama'ah adalah Standard Operating Procedures atau silibus
bagi umat Islam.
Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah tidak memilih nama Islam
untuk diri mereka sendiri kerana mereka tidak menghukum aliran-
aliran yang berpecah itu sebagai kafir atau telah keluar dari Islam.
Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sangat berhati-hati dalam
menghukum sesuatu aliran. Mereka sekadar menghukum aliran-
aliran tersebut sebagai aliran bid‘ah atau puak yang berpecah
9
(firqah) tanpa berlebih-lebihan sehingga menghukum mereka
sebagai keluar dari Islam.
Seterusnya dengan nama tersebut, Ahl al-Sunnah wa al-
Jama'ah berusaha keras untuk membetulkan aliran-aliran yang
berpecah, menerangkan kesalahan-kesalahan mereka dan
memperingatkan umat Islam daripada kesalahan tersebut. Justeru
akan didapati salah satu ciri utama Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
ialah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, dimana apa
yang ma’ruf adalah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
manakala apa yang mungkar adalah bid‘ah yang meyelisihi sunnah
tersebut. Maka Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah di sepanjang zaman
dapat dikenali sebagai mereka yang sentiasa menyuruh ke arah
sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan melarang
daripada bid‘ah. Sebaliknya jika ditemui mereka yang membela
bid‘ah dan membenci sunnah, maka ketahui bahawa itu bukan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama'ah.1
1 Penjelasan yang lengkap dalam persoalan ini boleh dirujuk dalam
buku Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah: Ma‘alim al-Intilaqat al-Kubra oleh
Muhammad ‘Abd al-Hadi al-Misri yang telah diterjemah oleh Baharuddin
Ayudin atas judul Mercu-Mercu Kegemilangan Ahl al-Sunnah wa al-
Jama'ah; diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Perlis, 1998). Ini adalah sebuah buku yang amat bermanfaat dan telah
menjadi rujukan utama oleh para pengkaji, penulis, pensyarah dan
penceramah dalam subjek Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.
Wujud salah faham di kalangan ramai, termasuk para ilmuan,
kononnya Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah diasaskan oleh Abu al-Hasan al-
Asya‘ari rahimahullah (324H). Ini adalah satu kesalahan. Yang benar,
Abu al-Hasan al-Asya‘ari adalah salah seorang tokoh yang mewarisi ciri-
ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang telah wujud sejak zaman para
sahabat radhiallahu 'anhum. Beliau meneruskan perjuangan Ahl al-
Sunnah wa al-Jama'ah dalam menjelaskan apa yang sunnah dan apa yang
bid‘ah kepada masyarakat pada zamannya. al-Baihaqi rahimahullah
(458H) menjelaskan hakikat ini:
10
Description:Penjelasan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Kewajipan. Untuk Mengikutinya (edisi terjemahan oleh Farid Bathothi & Imam. Mudzakkir; Pustaka as-Sunnah, Surabaya, 2003), ms. 67-68. Ada pun berkenaan hak ilmuan tersebut sebagai seorang muslim, rujuk buku Huquq al-Ikhwah oleh Shalih