Table Of ContentKEFAHAMAN TERHADAP HADIS DAIF YANG MASYHUR DI KALANGAN
MAHASISWA JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Mohd Norzi bin Nasir1
Badrul Hisham bin Mahadzir2
Siti Mursyidah binti Mohd Zin 3
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected], [email protected]
Abstrak
Umumnya masyarakat mendapat maklumat tentang hadis-hadis masyhur di Malaysia
daripada pelbagai aspek. Namun sayangnya sumber-sumber hadis tersebut adalah dalam
katogeri hadis yang lemah. Kajian ini melihat kefahaman mahasiswa Jabatan al-Quran dan al-
Sunnah, FPPI KUIS terhadap hadis daif yang masyhur. Seramai 150 orang mahasiswa dipilih
sebagai responden untuk menjawab soal-selidik. Data yang diperolehi daripada borang soal-
selidik dianalisis menggunakan perisian program Statitical Packages For Social Science
(SPSS) versi 21.0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik
deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Analisa data melibatkan min dan
ujian-t. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item kefahaman hadis daif yang masyhur
ialah 0.94. Dapatan kajian mendapati kefahaman hadis daif yang masyhur dalam kalangan
responden berada pada tahap tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Namun terdapat
sebahagian kecil responden yang tidak mengenalpasti hadis daif yang masyhur. Implikasi
kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman terhadap hadis daif yang masyhur sangat penting
agar hadis-hadis yang disampaikan kepada masyarakat adalah bersumberkan hadis-hadis
yang maqbul iaitu sahih dan hasan.
Kata kunci: Kefahaman, Mahasiswa, al-Quran dan al-Sunnah, Daif, Masyhur.
Pengenalan.
Kepentingan pengajian hadis tidak dapat dipertikaikan lagi. Hal ini berikutan kedudukan
hadis sebagai sumber kedua syariat. Amat penting untuk dipelajari dan ditekuni oleh setiap
individu Muslim. Hal ini kerana bagi memahami dan menghayati ajaran Islam dengan betul
dan sempurna, seseorang Muslim itu hendaklah terlebih dahulu memahami al-Quran dan
hadis. Al-Quran tidak dapat difahami sepenuhnya melainkan dengan merujuk kepada huraian
dan penjelasan daripada hadis Rasulullah SAW.
Penyebaran hadis daif ke dalam masyarakat Islam semakin membimbangkan sejak
akhir-akhir ini. Kebanyakan hadis-hadis ini disebarkan melalui media elektronik seperti
televisyen, radio, internet dan media cetak seperti majalah, buku-buku agama dan sebagainya.
Kebanyakan para pendakwah tidak mengambil berat langsung tentang hadis yang
dikeluarkan. Bagi mereka sudah cukup apabila mereka berhujah dengan mengeluarkan hadis-
hadis tanpa perlu mengetahui taraf hadis tersebut. Mereka tidak tahu langsung tentang
persoalan kedabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis dan apa sahaja yang
1 Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS.
2 Pelajar, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS.
3 Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS.
dikatakan sebagai hadis diterima dan diamalkan dalam kehidupan harian dan disebarkan
tanpa meneliti terlebih dahulu kepada takhrij dan tahqiq para ulama hadis terhadap
kedudukannya.
Hal ini memberi kesan yang sangat merbahaya kepada orang awam dan juga para
pelajar yang tidak tahu asas-asas mengenai hadis dan mereka hanya menerima apa sahaja
yang disampaikan oleh media. Bagi mereka, semua yang disampaikan berkaitan dengan
agama Islam semuanya baik belaka dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
(Jamaliah Binti Jamil, 2011)
Apa yang menjadi permasalahan kajian ialah bagaimana amalan-amalan agama dari
hadis daif dan mauduk begitu berleluasa di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Persoalan ini perlu dititik beratkan agar kita tahu dari mana punca kesilapan itu berlaku dan
apakah faktor yang menyebabkan penyebaran hadis daif dan maudu begitu berleluasa di
Malaysia.
Selain daripada itu, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa banyak amalan solat
orang Islam di Malaysia tidak mengikut sunnah sebenar, akan tetapi tidak ada rujukan khusus
yang mengumpulkan amalan solat masyarakat Islam di Malaysia yang bercanggah dengan
sunnah. (Khairul Bariyah Binti Rauf, 2008)
Namun hadis daif bukanlah tidak boleh diamalkan secara mutlak. Tetapi, hadis daif
boleh diamalkan sekiranya hadis yang ringan kelemahannya. Maka, setiap hadis yang ingin
digunakan sekalipun tujuan untuk beramal perlulah dirujuk kepada sumber asal dan disemak
darjatnya kerana sekiranya tidak dirujuk kepada sumber asal dan menyemak darjatnya, maka
tidak akan diketahui samaada kelemahannya ringan ataupun berat.
HADIS DA’IF DAN PEMBAHAGIANNYA
Definisi Hadis Da’if
Al-Da’if menurut Bahasa ialah kata lawan bagi al-Quwa (kuat). Hadis da’if beerti hadis yang
lemah atau hadis yang tidak kuat. Hadis daif menurut istilah pula ialah hadis yang tidak
berkumpul di dalamnya sifat-sifat hasan oleh sebab tidak mencukupi syarat-syaratnya.
Menurut Ibn Salah pula mentakrifkan hadis daif ialah setiap hadis yang tidak menepati
syarat-syarat hadis sahih dan juga syarat-syarat hadis hasan. Ia adalah hadis yang gugur satu
atau lebih syarat-syarat maqbul. Syarat hadis maqbul (yang dapat diterima) banyak,
sementara hadis daif adalah hadis yang kehilangan satu syarat daripadanya atau lebih. Hadis
daif terbahagi kepada macam-macam bahagian seperti syaz, mudtarib, maqlub, mu’allal,
munqati’,mu’dal dan lain-lain (Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi, 2011) (Manna Khalil
al-Qattan, 2006) (H. M. Noor Sulaiman, 2009) (Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2003).
Pembahagian Hadis Da’if
Secara khususnya, sebab-sebab hadis da’if dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar
iaitu:
1. Hadis da’if kerana tidak bersambung sanad.
2. Hadis da’if kerana terdapat perawi yang dipertikaikan daripada sudut dabt dalam
rangkaian sanad. (Arifin Omar & Zaini Nasohah, 2005).
Hukum Meriwayatkan Hadis Da’if
Hukum meriwayatkan hadis da’if adalah harus dengan dua syarat, iaitu hadis yang tidak ada
kaitan dengan aqidah dan tidak ada hubungan dengan hukum-hakam khususnya yang
berhubung dengan halal dan haram. Ini bermakna hadis daif hanya boleh diriwayatkan dalam
bab fadha’il al-A’mal, al-Qisas, nasihat dan seumpamanya. Semasa meriwayatkan hadis da’if
juga, tidak dibenarkan menggunakan perkataan yang pasti seperti ‘Rasulullah SAW
bersabda’. Sebaliknya, hendaklah menggunakan perkataan yang tidak pasti seperti
diriwayatkan, dikatakan dan seumpanya (Mohd Muhiden Abd Rahman, 2010) (Muhammad
Abu Laith al-Khair Abadi, 2011) (Mahmud Tahhan, 2000).
Hukum Beramal Dengan Hadis Da’if
Asal hukum daripada hadis da’if adalah mardud (ditolak) dan tidak boleh beramal
dengannya, berbeza dengan hadis sahih dan hadis hasan. Namun para ulama membahas
kemungkinan beramal dengan hadis da’if, alasan dan pendapat mereka berbeza-beza
mengenainya, antaranya :
a. Muhaqqiq daripada ulama hadis menyatakan bahawa hadis da’if tidak boleh beramal
dengannya secara mutlak, sama ada dalam urusan akidah atau dalam urusan fiqh atau dalam
urusan taghrib dan tarhib dan fadhail al-A’mal. Sepertimana yang dinukilkan oleh Yahya Bin
Mu’in, al-Bukhari dan Muslim, sebagaimana juga menurut pendapat Ibn al-‘Arabi ulama
fikah al-Syafi’iyah dan Ibn Hazm (Manna Khalil al-Qattan, 2006).
b. Dikatakan bahawa ramai dari kalangan ulama fiqh boleh beramal dengan hadis da’if
apabila tidak ada hadis lain dalam bab tersebut yang menerangkannya, pendapat ini
dinukilkan daripada Abu Hanifah, al-Syafi’i, Malik dan Ahmad. Akan tetapi ma’ruf bahawa
hadis da’if bagi Ahmad adalah berlawanan dengan hadis sahih dalam istilah al-
Mutaqaddimin.
c. Sebahagian ulama lebih mengutamakan pendapat yang mengatakan boleh beramal dengan
hadis da’if, maka mereka membolehkan mengamalkannya dalam urusan taghrib dan tarhib
dan fadhail al-‘Amal, serta melarangnya dalam urusan aqidah dan hukum haram dan halal
(Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi, 2011) (Manna Khalil al-Qattan, 2006) .
Pendapat Ulama Beramal Dengan Hadis Da’if pada masa kini
Adapun hadis da’if ialah hadis yang tidak sampai tahap hadis yang boleh diterima. Ada
beberapa pendapat para ulama bersangkutan hukum beramal dengan hadis da’if:
Pendapat pertama mengatakan haram beramal secara mutlak. Ini pendapat Imam Al-
Bukhari, Imam Muslim, juga guru Imam Al-Bukhari – Ali Ibn Al-Madini. Pendapat ini juga
didokong oleh Abu Bakar Ibn Al-Arabi dan Imam Al-Syaukani.
Imam Muslim di dalam muqaddimahnya membuat satu bab khusus Haram Meriwayatkan
Sesuatu Yang Kamu Tidak Pasti Datang Daripada Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam. Kemudian beliau membawakan sebuah hadis, “Memadai seseorang itu dikatakan
pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” (Riwayat Muslim)
Ada yang mendakwa tiada perkataan Imam Bukhari yang mengatakan tidak boleh beramal
dengan hadis da’if. Sememangnya Imam Bukhari tidak pernah menyebut secara jelas. Tetapi
seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi, begitu juga Al-Imam Ash-
Shan’ani dan yang lain bahawasanya Imam Bukhari sangat tegas dalam mengambil sesuatu
hadis. Ketegasan beliau sehingga beliau berhati-hati untuk beramal dengan hadis hasan.
Apatah lagi hadis yang berstatus dhaif, seperti yang dinyatakan oleh Imam Ash-Shan’ani di
dalam kitabnya Taudhihu Al-Afkar. Ini fahaman ulama hadis tentang kenyataan Al-Imam Al-
Bukhari dalam kitab beliau.
Pendapat kedua mengatakan boleh beramal dengan hadis da’if secara mutlak.Ini dikatakan
sebagai pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi’i, juga Imam Ahmad bin Hanbal. Kita
harus faham bahawa ulama-ulama fuqaha sentiasa diminta fatwa. Mereka akan
mendahulukan hadis dhaif berbanding logik akal fikiran. Tetapi sekiranya terdapat hadis
sahih, mereka akan menggunakan hadis sahih dan menolak hadis da’if. Oleh itu disandarkan
kepada mereka kenyataan bahawa mereka membolehkan beramal dengan hadis da’if.
Pendapat ketiga adalah boleh beramal dengan hadis da’if berkaitan kelebihan amal (fadhail
amal) tetapi dengan syarat. Ini pendapat yang masyhur dari Al-Imam An-Nawawi dan diulas
oleh Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-Atsqalani. Orang yang menggunakan pandangan ini
hanya mengikut sebahagian syarat dan meninggalkan sebahagian yang lain. Mereka tidak
mengikut kesemua syarat yang digariskan. Ini kerana syarat-syaratnya amat ketat:
I. Hendaklah da’if itu bukan da’if yang bersangatan.
II. Hendaklah hadis da’if itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya
berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis da’if itu
membentuk satu hukum, ia tertolak.
III. Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam.
IV. Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya
menyebarkan hadis da’if dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya.
V. Hendaklah hadis da’if itu terhasil dari hukum yang asal yang telah sedia ada.
Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari Al-
Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibu bapa termasuk dalam
kelebihan beramal, at-targhib wat tarhib. Ia mestilah terhasil dari hukum asal
yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu
membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk membentuk
hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam Al-
Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana tiada
hadis Nabi SAW tentang solat Raghaib.
Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh Imam Al-Nawawi sebelum membolehkan
beramal dengan hadis da’if. Sedangkan adakah orang yang beramal dengan hadis dhaif
mengikuti semua syarat-syarat ini? Mereka menyeru orang beramal dengannya, bahkan orang
awam tidak mampu membezakan hadis yang kurang da’if atau bersangatan daifnya. Jadi jika
tidak mampu memenuhi syaratnya maka jangan beramal, tinggalkanlah yang dhaif kerana di
sana terdapat banyak hadis-hadis sahih yang belum diamalkan. Beramallah dengan hadis-
hadis sahih. (Dr. Fathul Bari Mat Jahya, 2014).
Boleh Beramal Dengan Hadis Da’if
Hadis-hadis da’if boleh diamalkan berdasarkan syarat-syarat di bawah :
1. Hendaklah tingkatan da’ifnya tidak terlalu rendah atau amat buruk.
2. Hadis tersebut ada dibawah kepada asal perbuatan yang boleh dikerjakan.
3. Orang yang beramal dengannya tidak boleh berkeyakinan thabit atasnya, akan tetapi
hendaklah berkeyakinan untuk berhati-hati (Manna Khalil al-Qattan, 2006).
Sumber-Sumber Yang Mengandungi Banyak Hadis-Hadis Da’if
1. Kitab-Kitab Yang Hanya Mengandungi Hadis Da’if Sahaja
i. Nawadir al-Usul fi Ahadis al-Rasul karanaga Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali bin
al-Hassan.
ii. Hilyat al-Auliya’ karangan Abu Nu’aim Ahmad bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Ishaq
al-Asfahani.
iii. Musnad al-Shihab fi al-Mawa’iz wa al-Adab karangan Syihab al-Din Abu ‘Abdillah
Muhmamad bin Salamah al-Qudaie.
iv. Musnad Firdaus al-Akhbar bi Ma’thur al-Khitab karangan al-Hafiz Abu Syuja’
Syairuyah bin Shahardar al-Dailami al-Hamdani.
Karangan yang telah dinyatakan di atas ialah kitab-kitab yang mengandungi pelbagai hadis-
hadis daif. Di kalangan ulama terkemudian, terdapat sebahagian daripada mereka menulis
kitab yang hanya menghimpunkan secara khusus hadis-hadis daif (Syed 'Abdul Majid
Ghouri, 2011). Antaranya :
i. Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah karanag al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani.
ii. Mausu’ah al-Ahadith wa al-Athar al-Da’ifah wa al-Maudu’ah karanagan al-Syeikh
‘Ali Hasan bin ‘Ali al-Halabi.
2. Kitab-Kitab Yang Menghimpunkan Secara Khusus Sebahagian Daripada Bahagian-
Bahagian Besar Hadis Daif
Kitab-kitab yang hanya mengandungi salah satu daripada jenis-jenis hadis daif seperti
mursal, ma’allal, mudraj, mu’dal, mudtarib dan lain-lain. Di sini dikemukakan kitab-kitab
yang dikarang secara khusus untuk menghimpunkan hadith-hadith mursal dan mu’allal,
antaranya:
i. Al-Marasil karangan Imam Abu Dawud Sulaiman bin al-Ash’ath al-Sijistani.
ii. Al-Marasil karangan Imam Ibn Abi Hatim.
iii. Al-‘Ilal karangan Ibn Abi Hatim al-Razi.
iv. Al-‘Ilal al-Kubra karangan Imam Abu Hasan ‘Ali bin ‘Amr al-Daraqutni.
3. Kitab-Kitab Tarajim (Biodata) Perawi-Perawi Da’if.
i. Kitab al-Du’afa’ al-Kabir karangan Muhammad bin ‘Amru al-‘Uqaili Abu Ja’far
ii. Ma’rifah al-Majruhin min al-Muhaddithin wa al-Du’afa’ al-Matrukin karangan al-
Imam Muhammad bin Abi Hatim al-Busti
iii. Al-Kamil fi al-Du’afa karangan Abu Ahmad ‘Abdullah bin ‘Adi al-Jurjani.
iv. Tarikh Baghdad karangan al-Khatib Ahmad bin ‘Ali bin Thabit al-Baghdadi (Syed
'Abdul Majid Ghouri, 2011).
v. Tarikh Dimasyq karangan al-Hafiz Ibn ‘Asakir Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hasan al-
Dimasyqi.
Mizan al-I’tidal karangan al-Hafiz Abu ‘Abdillah Syams al-Din al-Dhahabi.
vi. Lisan al-Mizan karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (Syed 'Abdul Majid Ghouri,
2011).
Hadis Masyur Dan Pembahagiannya.
Definisi Hadis Masyhur
Masyhur dari segi bahasa ialah tersebar atau terkenal manakala dari sudut istilah pula, hadis
masyhur ialah hadis yang telah dinukilkan oleh tiga orang perawi atau lebih tetapi tidak
sampai kepada tahap hadis mutawatir. Hadis ini juga dinamakan mustafid.
Pembahagian Hadis Masyhur
Hadis Masyhur dapat didefinisikan dengan beberapa definisi yang terkenal di antaranya,
dalam kalangan ahli-ahli hadis kebelakangan ini adalah definisi al-Hafiz Ibn Hajar, iaitu
hadis yang memiliki jalur-jalur terbatas lehih dari dua jalur periwayatan.
Hadis masyhur juga kadang-kadang dinamakan dengan al-Mustafid menurut pendapat
sekelompok ulama fiqh, usul, dan sebahagian ahli hadis. Akan tetapi di antara mereka ada
juga yang membezakan keduanva dengan mengatakan bahawa al-Mustafid adalah hadis yang
sanadnya sama, baik letak di awal, di tengah dan di akhir. Sementara masyhur lebih umum
daripada itu dengan merangkumi hadis yang awalnya dinukil dari satu orang. Di antara
mereka ada juga yang menjadikan al-Mustafid sama seperti Mutawatir. Maka, dengan
demikian al-Mustafid keluar dari perbahasan-perbahasan sanad. Lain dengan halnya dengan
hadis masyhur dimana yang dianalisa darinya adalah jumlah perawi-perawinya.
Kemasyhuran sebuah hadis sifatnya relatif. Apa yang masyhur dalam kalangan ahli
hadis kadang-kadang tidak masyhur dalam kalangan selain mereka dalam kalangan ulama
fiqh atau kaum awam. Kadang-kadang sebahagian hadis itu masyhur dalam kalangan yang
bukan ahli hadis, tetapi tidak masyhur dalam kalangan mereka. Sebagaimana ia bukan
menjadi syarat jika hadis-hadis tersebut masyhur di dalam kitab-kitab hadis yang Mu’tamad.
Demikian pula hadith-hadith di dalam kitab-kitab hadis yang Mutamad tidak bererti
masyhurnya dalam kalangan khusus (orang-orang tertentu) dan awam (orang-orang umum).
Hadis masyhur juga ada di antaranya yang menerima dan ada di antaranya yang menolak,
bergantung kepada sifat-sifat penerimaan dan penolakan padanya dari segi sifat-sifat para
perawinya dan gaya penyampaian mereka (Ibn Nashiruddin, al-Dimasyqi, 2008).
Hukum Meriwayatkan Hadis Masyhur
Sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini hadis masyhur kadangkala boleh dihukumkan
sebagai hadis sahih, hadis hasan atau hadis da’if. Keadaan sesuatu hadis itu masyhur tidak
semestinya menjadikan ia sebagai hadis sahih. Kesahihan hadis bergantung pada sanad yang
muttasil, keadaan perawi- perawi yang thiqah dan syarat-syarat lain (Syed 'Abdul Majid
Ghouri, 2011).
Sumber- Sumber Hadis Masyhur
1. Al-Maqasid al- Hasanah fi Bayani Kathirin min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala al-
Althinah karangan al- Hafiz Syams al- Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al- Sakhawi.
2. Kashf al- Khafa’ wa Muzil al-Albas ‘amma Ushtuhira Min al-Ahadith ‘Ala Althinah Al-
Nas karangan al- Syeikh Isma’il bin Muhammad al- Ajluni.
3. Tamyiz al- Tayyib Min al- Khabith fi Ma Yaduru Ala Althinah al-Nas Min al-Hadith
karangan Abu al- Diya' ‘Abdul Rahman bin Daiba' al- Syaibani (Syed 'Abdul Majid Ghouri,
2011).
Kefahaman Terhadap Hadis Daif Yang Masyhur Di Kalangan Mahasiswa Jabatan Al-
Quran Dan Al-Sunnah
Berdasarkan penemuan kajian, dapatan yang diperolehi dapat dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu Bahagian A- Demografi responden, Bahagian B- Pengetahuan Am Tentang
Ilmu Hadis, Bahagian C- Pengetahuan Mengenai Perkembangan dan Metodologi Hadis
Bahagian D – Pengetahuan Responden Mengenai Status Hadis. Responden dalam kajian ini
terdiri daripada 150 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di KUIS.
Demografi Responden
Demografi responden pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini terdiri daripada jantina,
agama asal, umur, semester terkini. Demografi responden adalah penting untuk mengetahui
beberapa maklumat penting berhubung dengan kajian.
Jantina
Dari segi jantina, hasil kajian menunjukkan sebahagian besar responden pelajar kursus Quran
Sunnah di KUIS yang terdiri daripada lelaki iaitu sebanyak 44.0%. Manakala jumlah
responden pelajar perempuan di KUIS adalah sebanyak 56.0%. Ini menunjukkan responden
pelajar perempuan di KUIS merupakan majoriti dalam hasil kajian iaitu berjumlah 84 orang
daripada 150 orang responden pelajar di IPDAS. Taburan jantina responden boleh di rujuk di
jadual 1
Jadual 4.1 Taburan jantina responden pelajar di KUIS
Kategori jantina responden Kekerapan (F) Peratus (%)
Lelaki 66 44.0
Perempuan 84 56.0
Jumlah 150 100.0
Sumber: Soal Selidik, 2017
Umur
Maklumat mengenai umur responden pelajar dipaparkan dalam Jadual 2 Umur responden
dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu 17-20 tahun, 21-25 tahun, 26-30 tahun. Hasil kajian
menunjukkan daripada jumlah 150 responden, paling banyak ditunjukkan oleh responden
yang berada dalam kumpulan umur 21 hingga 25 tahun sebanyak 60.0% (90 orang) diikuti
dengan kumpulan 17 hingga 20 tahun tahun ke atas iaitu sebanyak 35.3% (53 orang).
Manakala responden yang paling kecil bilangannya ialah kumpulan 26 hingga 30 tahun iaitu
sebanyak 4.7% (7 orang). Kajian menunjukkan pelajar dalam kumpulan 21 hingga 25 tahun
paling ramai belajar di kawasan kajian. Manakala yang paling sedikit ialah dalam kumpulan
26 hingga 30 tahun.
Jadual 4.2 Taburan Umur Responden Pelajar di KUIS
Kategori umur responden Kekerapan (F) Peratus (%)
17-20 tahun 53 35.3
21-25 tahun 90 60.0
26-30 tahun 7 4.7
Jumlah 150 100.0
Sumber: Soal Selidik, 2017
Semester Responden
Maklumat mengenai bangsa responden pelajar dipaparkan dalam Jadual 3 hasil kajian
menunjukkan daripada jumlah 150 responden, jumlah responden yang paling tinggi adalah
dari semester 8 seramai 13.3 % (20 orang) dan responden yang paling sedikit jumlahnya ialah
dari semester 1 iaitu seramai 10.7% (16 orang). Manakala responden dari semester 2 hingga 7
mempunyai jumlah responden yang sama iaitu sebanyak 12.7% (19 orang).
Jadual 4.3 Taburan semester responden di KUIS
Kategori bangsa responden Kekerapan (F) Peratus (%)
Semester 1 16 10.7
Semester 2 19 12.7
Semester 3 19 12.7
Semester 4 19 12.7
Semester 5 19 12.7
Semester 6 19 12.7
Semester 7 19 12.7
Semester 8 20 13.3
Jumlah 150 100.0
Sumber: Soal Selidik, 2017
Pengetahuan Am Tentang Ilmu Hadis
Jadual 4.4 di bawah menunjukkan hasil kajian daripada jawapan responden terhadap soalan–
soalan yang berkaitan dengan Pengetahuan Am Tentang Ilmu Hadis Pelajar Quran Sunnah
KUIS. Terdapat dua item yang mempunyai jumlah responden yang sama menyatakan setuju
dengan item tersebut iaitu “pernah belajar ilmu hadis” dan juga item “ memahami apa yang
dimaksudkan dengan hadis daif” iaitu seramai 149 orang (99.3%).
Manakala bagi item “hadis daif boleh dijadikan sumber rujukan dalam menentukan
hukum hakam dan aqidah” majoriti responden menyatakan tidak setuju iaitu seramai 110
orang (73.3%) dan hanya 40 orang (26.7%) sahaja yang menyatakan setuju dengan item
tersebut.
Seterusnya bagi item “hadis daif yang masyur tidak sama sekali boleh diamallkan dan
dijadikan rujukan” mempunyai bilangan respoden yang hanya 74 orang (49.3) menyatakan
setuju serta 76 orang (50.7%) mengutarakan tidak setuju dengan item tersebut.Secara
keseluruhannya, justifikasi yang dapat ditonjolkan dalam pengetahuan am tentag ilmu hadis
bagi pelajar quran sunnah KUIS ialah majoriti pelajar pernah belajar ilmu hadis dan
memahami maksud hadis daif menunjukkan bahawa ilmu hadis daif yang masyhur telah
disebarkan dalam kalangan pelajar melalui subjek yang terdapat dalam kursus mereka akan
tetapi masih terdapat lagi pelajar yang tidak memahami sepenuhnya berkaitan dengan hadis
daif yang masyhur perkara ini mungkin disebabkan oleh perbezaan tahap kefahaman pelajar.
Perkara ini dapat dibuktikan dalam jadual 4.4 di bawah.
Jadual 4.4 Pengetahuan Am Tentang Ilmu Hadis Bagi Pelajar Quran Sunnah KUIS
NO PERKARA YA % TIDAK %
1 Anda pernah belajar ilmu hadis 149 99.3 1 0.7
142 94.7 8 5.3
Anda mengetahui ilmu mustalah
2
hadis
149 99.3 1 0.7
3 Anda memahami apa yang
dimaksudkan dengan hadis daif
40 26.7 110 73.3
Hadith daif boleh dijadikan
4
sumber rujukan dalam menentukan
hukum hakam dan aqidah
Hadis daif benar-benar 47 31.3 103 68.7
bersumberkan daripada Rasulullah
5 SAW mengikut pengkajian para
ulama hadis
6 Punca penyebaran hadis : 109 72.7 41 27.3
i) Sikap para
pendakwah yang
menyebarkan hadis-
hadis tanpa ususl
periksa
ii) Kurang
publisiti (tulisan
,rancangan televisyen,
radio dan seminar)
yang
mengetengahkan isu
ini.
7 52 34.7 98 65.3
Hadis masyhur semuanya sahih
Hadis daif yang masyhur tidak 74 49.3 76 50.7
8 sama sekali boleh diamalkan dan
dijadikan rujukan
144 96.0 6 4.0
Anda mengetahui definisi ilmu
9
hadis
85 56.7 65 43.3
10 Anda benar-benar memahami hadis
masyhur
Sumber: Soal selidik 2017
Pengetahuan Mengenai Perkembangan Dan Metodologi Hadis
Bagi penentuan parameter tahap pengukuran min terhadap cabaran tersebut dijelaskan seperti
dalam jadual 4.5.
Jadual 4.5 Interpretasi skor min bagi dapatan deskriptif statistik
Skor min Interpretasi
1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00 Sederhana
3.01-4.00 Tinggi
4.01-5.00 Sangat tinggi
Sumber: Azhar Ahmad, 2006
Hasil kajian seperti yang terdapat dalam Jadual 4.6 menunjukkan bahawa setiap item dalam
Pengetahuan Mengenai Perkembangan Dan Metodologi Hadis menunjukkan berada pada
tahap yang tinggi dan sangat tinggi.. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah
“Pengetahuan mengenai ilmu mustalah hadis amat penting bagi mengenal pasti ciri-ciri hadis
daif” (min = 4.50 dan sp = 0.78) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan
menunjukkan bahawa seramai 93 orang (62.0%) pelajar menyatakan sangat setuju, seramai
46 orang (30.7%) pelajar menyatakan setuju, seramai 8 orang (5.3%) pelajar menyatakan
tidak pasti, manakala seramai 3 orang (2.0%) sangat tidak setuju .
Seterusnya bagi item yang mempunyai min yang paling rendah ialah “Hadis-hadis
yang terdapat dalam buku-buku bacaan, majalah dan suratkhabar yang dinyatakan sumbernya
telah mencukupi untuk membuktikan kesahihan hadis tersebut” (min = 3.17 dan sp = 1.23)
berada pada tahap sederhana. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa
seramai 50 orang (33.3%) pelajar menyatakan setuju, seramai 38 orang (25.3%) responden
tidak pasti, diikuti dengan 23 orang responden (15.3%) tidak setuju, 20 orang responden
(13.3%) menyatakan sangat tidak setuju manakala seramai 19 orang responden (12.0%)
menyatakan sangat setuju. Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan
responden mempunyai pengetahuan yang baik mengenai perkembangan dan metodologi
hadis. Oleh kerana, majoriti item mempunyai tahap yang tinggi dan sangat tinggi. Perkara ini
dapat dibuktikan dalam jadual 4.6 di bawah.
Jadual 4.6 Taburan Pengetahuan Mengenai Perkembangan Dan Metodologi Hadis
NO PERKARA STS TS TP S SS Min SP Interpretasi
F (%) F (%) F(%) F (%) F (%)
1 Pengetahuan 3(2.0 0(0.0%) 8(23.0 30(5. 93(62 4.50 0.78 Sangat tinggi
mengenai ilmu %) %) 3%) .0%)
mustalah hadis
amat penting bagi
mengenal pasti
ciri-ciri hadis
daif.
2 Penyebaran 0(0.0 1(0.7%) 8(5.3 63(42 78(52 4.45 0.63 Sangat tinggi
hadis-hadis daif %) %) .0%) .0%)
dalam kalangan
pelajar
disebabkan
Description:apakah faktor yang menyebabkan penyebaran hadis daif dan maudu begitu 2. Hadis da'if kerana terdapat perawi yang dipertikaikan daripada sudut . Silsilah al-Ahadith al-Da'ifah karanag al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani. ii. Kitab Takrij Hadis Ihya Ulum Addin. Riyadh: Dar Al-Asmaa Cet 7. Jilid.6.