Table Of ContentVaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah
GURU SEBAGAI PENDAKWAH
Nor Raudah Hj Siren, Norhana Mohamed Salleh,
Azrin Ab Majid
PENDAHULUAN
Guru merupakan insan yang sangat penting dan berperanan
besar di sekolah. Guru bukan sahaja bertanggungjawab
terhadap pendidikan kepada para pelajar sahaja tetapi juga
bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Perkataan
guru dalam Kamus Dewan membawa maksud orang yang
kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik. Guru sering
diumpamakan seperti lilin yang membakar diri demi untuk
menerangi dan menyebarkan ilmu kepada anak bangsa. Guru
dalam falsafah guru adalah berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu,
“Pendidikan di Malaysia ialah usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah usaha bagi melahirkan
warga Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”1
1 Tajul Ariffin Noordin dan Nor’ Aini Dan. Pendidikan &
Pembangunan Manusia Pendekatan Bersepadu. (Bangi: As-
Syabab Media¸2002)¸33
1
Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan
Oleh itu, berdasarkan FPK di atas, terbentuklah
Falsafah Pendidikan Guru yang akan menjadi arah haluan,
asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan
guru. Menurut Mok Soon Sang (2011), Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPG
menjelaskan peribadi guru yang diperlukan oleh negara kita
ialah,
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan
budaya negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin”2.
Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa guru sangatlah penting untuk negara kita. Institusi
pendidikan guru berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi
mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Terdapat beberapa implikasi FPG terhadap Sistem
Pendidikan Negara. Pertama, memang tidak dapat dinafikan
bahawa FPG menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan
untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru,
guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu
bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem
penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.
Kedua, guru disifatkan sebagai role model dan teladan bagi
golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai
sahsiah yang baik.
2 Mok Soon Sang (Ketua Sidang Pengarang). Falsafah Pendidikan,
Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. (Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd, 2011), 78
2
Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah
KONSEP DAN FALSAFAH GURU
Guru merupakan orang yang memberikan ilmu pengetahuan
kepada anak didik. Guru dalam pandangan masyarakat adalah
orang yang melaksanakan pendidikan di tempat-tempat
tertentu, bukan sahaja di institusi pendidikan formal, tetapi
juga di institusi tidak formal seperti di masjid, surau, di rumah
dan sebagainya.3
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi, guru berperanan
menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang
sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan
kepahitan.4 Prof. Hassan Langgulung menegaskan guru
adalah pengubah dan pemindah nilai-nilai kebudayaan kepada
setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses
tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi.5
Abdul Rahman Nahlawi pula berpendapat guru agama
terutamanya perlu bertanggungjawab menarik minat individu
dan masyarakatnya supaya memeluk Islam dan mengamalkan
ajarannya dalam seluruh kehidupannya.6 Guru agama juga
bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai akidah yang
mantap ke dalam diri murid-muridnya supaya menjadi hamba
Allah SWT yang soleh yang mempunyai pengaruh yang besar
terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan melalui
keperibadian dan etika kerja mereka.7
Peranan guru agama masa kini semakin mencabar
kerana mereka bukan sahaja sebagai penyampai ilmu
3 Syaiful Bahri Djamarah, Guru Dan Anak Didik Dalam Interaksi Deduktif
(Jakarta: Rineka Cipta, 2000), 31.
4 Yusuf al-Qardawi, Dawr Al-Qiyam Wa Al-Akhlak Fi Al-Iqtisad Al-Islami
(Kaherah: Maktabah Wahbah, 1995), 5.
5 Hassan Langgulung, “Pendidikan Sepadu Dan Paradigma Ilmu,” dalam
Abu Bakar Nordin (ed.) Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi
Cabaran 2020, (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1994), 115–130.
6 Abdul Rahman Nahlawi, Ushulut Tarbiyah Islamiyah Wa Asalibiha Fil
Baiti Wal Madrasati Wal Mujtama’ (Beirut, Labenon: Dar al-Fikr al-
Mu’asyir, 1983), 169-175.
7 Kamarul Azmi Jasmi dan Ab.Halim Tamuri, Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran (Johor Bahru: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia, 2007). 73.
3
Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan
pengetahuan, malah bertanggungjawab menyuburkan minat,
memperkembangkan bakat dan kebolehan murid-murid8
serta membina sikap dan keterampilan mereka. Usaha ini
dapat dilakukan melalui pelbagai proses pengajaran dan
pembelajaran, latihan dan indoktrinasi bagi melahirkan
individu yang mempunyai kekuatan akidah dan penghayatan
syariat serta keluhuran budi pekerti untuk berhadapan dengan
masyarakat. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran
3:164, yang bermaksud;
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan
(rahmat-Nya) kepada orang yang beriman,
setelah ia mengutuskan dalam kalangan
mereka seorang Rasul dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang
membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-
Nya), dan membersihkan mereka (dari iktikad
yang sesat), serta mengajar mereka Kitab
Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan
yang mendalam mengenai hukum-hukum
Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum
(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah
dalam kesesatan yang nyata.
Ayat di atas menerangkan dua tugas utama guru agama
iaitu pertama sebagai pembersih diri, pemelihara diri,
pengembang serta pemelihara fitrah manusia. Tugas yang
kedua adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan
berbagai-bagai keyakinan kepada manusia agar mereka
dapat menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan
seharian.
8 Muhammed Sani Ibrahim, “Kompetensi Guru Di Malaysia Bagi
Pembangunan Modal Insan Berkualiti,” dalam Pemerkasaan Sistem
Pendidikan: Pembangunan Modal Insan Dan Jati Diri Kebangsaan, ed.
Juriah Long et. al, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2013), 102.
4
Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah
PERANAN GURU DALAM ISLAM
Guru merupakan insan yang memainkan peranan penting dan
menjadi watak utama di sekolah. Hal ini kerana guru
berperanan dalam menyediakan persekitaran sekolah yang
selesa dan kondusif untuk belajar hinggalah kepada mendidik
pelajar menjadi anggota masyarakat yang berjaya dan berguna
di masa hadapan. Guru adalah pekerja yang melahirkan
produk iaitu manusia. Peranan guru adalah sangat penting
dalam membina manusia, peradaban, pemikiran, peranan,
tanggungjawab dan hala tuju yang perlu dilalui oleh manusia9.
Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam
menyampaikan ilmu dan kemahiran, guru perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan terkini.
Perkembangan ilmu yang berlaku hari ini memerlukan guru
untuk mengambil peluang dan ruang yang ada agar tidak
ketinggalan dalam aspek keilmuan. Selain tanggungjawab
asas yang perlu dilaksanakan oleh guru, terdapat juga
tanggunjawab lain yang diamanahkan kepada guru seperti
dalam jadual di bawah:
Jadual 1: Jenis-Jenis Tanggungjawab Guru
Terhadap Pelajar
Jenis Tanggungjawab Keterangan
Prestasi Pelajar Keupayaan kognitif
Tumpuan latihan
Pengalaman
Kandungan pengetahuan
Keselamatan pelajar Keselamatan misalnya semasa
lawatan sambil belajar
Keselamatan pelajar Tidak boleh meninggalkan kelas
dalam kelas sesuka hati
9 Mya Marja, Guru arkitek bangsa : Menyusuri Kerjaya Bidang Perguruan
(Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing, 2008) , 20
5
Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan
Keselamatan daripada kes buli oleh
rakan sekolah atau siapa sahaja yang
berada di kawasan sekolah
Penyelidikan yang Meninjau permasalahan di dalam
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
pengajaran dan Mencuba sesuatu strategi untuk
pembelajaran menyelesaikan masalah
Mencadangkan penambahbaikan
Namun, Islam melihat peranan guru lebih daripada apa
yang telah disebut oleh para sarjana. Istilah atau perkataan
yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang berkaitan
tugas dan peranan pendidik iaitu sebagai mudarris, muaddib,
murabbi, mursyid dan muallim seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di bawah10:
Rajah 2: Peranan Guru dalam Islam
Muallim Mudarris
GURU Muaddib
Mursyid Murabbi
10 Ab Halim Tamuri “Towering Personality: Masa Depan Pembangunan
Profesionalisme Guru Sekolah Agama Rakyat”, [Kertas Kerja
Konvensyen Pengurusan Guru Sekolah Agama Rakyat Peringkat
Kebangsaan, Anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Negeri Selangor,
bertarikh 18-19 Disember 2013]
6
Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah
1. Mudarris
Perkataan mudarris memberi maksud pengajar daripada kata
kerja darrasa, yudarrisu, tadris11yang memberi maksud
mengajarkan sesuatu perkara. Proses mengajar berkait rapat
dengan proses belajar atau mempelajari sesuatu sebagaimana
Firman Allah SWT dalam Surah al-Qalam ayat 36-37 yang
bermaksud, Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana
kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang
kamu baca dan pelajari?
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah
mempersoalkan kenapakah manusia boleh menyamakan
kedudukan orang Islam dengan orang yang berdosa
sedangkan Allah SWT telah menurunkan kitab kepada mereka
untuk dipelajari dan dihafal.12
Dari segi pemakaian istilah kata kerja yadrusu
(mempelajari) lebih memberi penekanan kepada aspek atau
hal-hal yang sudah jelas cara-cara memahami atau
melaksanakan arahan-arahan. Lagi sekali dalam hal ini Allah
SWT yang menyatakan bahawa Dialah yang mengajarkan
umat (Muhammad) al-Quran. Dalam hal ini, samalah juga
dengan penjelasan kita terdahulu bahawa tugas pengajaran ini
adalah tugas suci dalam erti kata ia adalah suatu ibadah yang
dibekalkan ganjaran pahala.13
Mudarris adalah konsep yang diasaskan kepada guru
cemerlang yang berkesan. Umumnya, ia dinilai daripada lima
aspek utama, iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-
kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan
iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai
11 Al-Munjid Fi Al-Lugatu Wa Al-A’lam, cet. ke-32 (Beirut: Dar Al-
Masyriq, 1992), 211.
12 Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 8, terj. Abdul Ghoffar E.M. et al, 260.
13Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi
(Brunei: Pusat Penerbitan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan, 2012), 79.
7
Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan
kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan
membuat keputusan profesional.14
2. Muaddib 15
Perkataan muaddib dapat dikaitkan dengan sebuah hadis
Nabawi yang berbunyi:
بييدتأ نسحأف بىر نيبدأ
Bermaksud, Allah sendiri yang telah
mendidikku, oleh kerana itulah aku mendapat
pendidikan yang paling sempurna.16
Kenyataan hadis Abu Hurairah adalah penjelasan
Rasulullah SAW bagi menjawab pertanyaan siapakah yang
mendidik baginda? Baginda tidak menggunakannya dengan
perkataan ‘allama seperti yang berlaku kepada Nabi Adam
a.s. sebelum Allah menempatkan Nabi Adam a.s ke dunia,
tetapi baginda menghubungkannya dengan istilah yang
merujuk kepada maksud memberi adab atau pendidikan
adab/akhlak. Di sini jelaslah bahawa penekanan yang diberi
ialah mengenai akhlak. Pendidikan akhlak menjadi keutamaan
kerana umat Muhammad, umat akhir zaman ini amat
berhajatkan bimbingan akhlak.
14Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abd. Razak, “Pengajaran Akhlak Di
Sekolah Menengah: Persepsi Pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam,” dalam Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi
Dan Inovasi, Siri 3 (Seremban: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2003).100
15 Ab.Halim Tamuri et.al, Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar (No.
Kod 00002/2004), (Bangi, 2004). Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam
(Selangor: Fajar Bakti, 2004).122-123. Kementerian Pendidikan Malaysia,
Sukatan Pelajaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLl) Pengajian
Islam (Pengkhususan) (Kuala Lumpur, 2001).
16 Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Kitab Ismah al-Rasul
sallahu ‘alaihi wasallam, Bab Ismah al-Rasul sallahu ‘alaihi
wasallam, Juzukk 12, 406.
8
Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah
Salah satu peranan utama guru adalah bertindak
sebagai muaddib.17 Berhubung perkara ini, Rasulullah SAW
mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik
baginda dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad
Naquib aI-Attas lebih menekankan peranan guru sebagai
muaddib berbanding murabbi dan muallim. Beliau
menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti
pendidikan. Menurut beliau, pendidikan Islam adalah lebih
tepat berorientasikan kepada istilah ta’dib. Ini kerana peranan
guru yang paling menonjol menurut beliau adalah sebagai
muaddib.
Perkataan adab telah pun difahami dan diguna pakai
oleh orang Melayu. Perkataan muaddib yang memberi
maksud sama kepada seorang pendidik atau guru dalam
konteks ini mempunyai tugas khusus dan istimewa iaitu
memberi atau menerapkan adab (disiplin dalam pemikiran,
fizikal dan rohani).18 Tugas utama pendidik ialah untuk
memastikan penyuburan sahsiah dan perilaku setiap anak
didik itu diberi motivasi dan galakan yang konduktif ke arah
pembinaan kebiasaan perilaku melakukan perkara-perkara
yang terpuji dari segi pertuturan, gerak-geri dan tingkahlaku.19
Guru-guru dalam kategori ta'dib perlu sedar dan insaf
bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teladan
pelajar.20 Oleh kerana itu, mereka perlu menanam dalam
dirinya dan juga pelajarnya rasa cinta dan taat kepada Allah
serta kepercayaan yang benar di dalam jiwa pelajar. Mereka
17 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Konsep Pendidikan Islam (Haidar
Baqir, terj.), (Bandung, Indonesia: Mizan, 1986). 30, dan dalam Zawawi
Hj. Ahmad, Pendidikan Islam: Kaedah Dan Teknik Pengajaran (Petaling
Jaya, Selangor: International, 1984), 60
18 Rosnani Hashim, “The Construction Of An Islamic-Based Teacher
Education Programme,” Muslim Education Quartely 14(2), (1997), 57–68.
19 Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi.
2012, 80-81
20 Abdul Raof Dalip, “Peranan Pendidikan Sepadu Membentuk Ummah
Dan Masyarakat: Teras KBSM,” dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Pandangan Dan Maklum Balas, ed. Adnan Kamis (Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993) dan , 143
9
Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan
juga perlu mendedahkan dan memahamkan pelajar mengenai
jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan dan menaikkan
semangat pelajar untuk mempraktikkan ajaran agama Islam.
Sebagai muaddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat
terpuji.21 Sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam
proses mendidik, bukan kerana inginkan balasan kebendaan
dan penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan
untuk mendapat keredhaan Allah.
Ini tidak bermakna guru tidak boleh menerima
ganjaran daripada usaha mereka.22 Apa yang perlu difahami
di sini ialah guru-guru tidak boleh menjadikan ganjaran
kebendaan sebagai matlamat di dalam pengajaran sebaliknya
melaksanakan tanggungjawabnya ikhlas kerana Allah SWT.
Para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri
mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan
dengan menjaga peribadi, bersikap merendah diri dan tahu
mengambil hati orang lain. Guru juga tidak boleh melibatkan
diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama
ada dalam cara berpakaian, perbuatan atau percakapan.23
21 Hussain Mazhahiri, Awamil as-Sayttharah “Ala-Ghara”izfi Hayat Al-
Insan. (Beirut: Dar Al-Mahajjah, 1993), 56 dan dalam Ibrahim Amini,
Selfbuilding: An Islamic Guide/or Spiritual Migration. (Qum, Iran:
Ansariyan, 1997), 63
22 Hussain Mazhahiri, Awamil as-Sayttharah “Ala-Ghara”izfi Hayat Al-
Insan. Ibrahim Amini, Selfbuilding: An Islamic Guide/or Spiritual
Migration, 63
23 Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi Dan
Metodologi (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1997). 57
10
Description:keperibadian dan etika kerja mereka.7. Peranan guru 7 Kamarul Azmi Jasmi dan Ab.Halim Tamuri, Pendidikan Islam: Kaedah . merujuk kepada maksud memberi adab atau pendidikan . mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan akhlak, iaitu .. “The Construction Of An Islamic-Based.