Table Of ContentBAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Aktiviti perniagaan merupakan aktiviti yang berpengaruh besar dalam kehidupan
masyarakat sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik. Dalam sejarah
peradaban umat manusia telah tercatat betapa pentingnya perniagaan untuk
meningkatkan taraf ekonomi. Kekuatan ekonomi yang dibangun melalui perniagaan
boleh mempengaruhi kestabilan suatu negara. Jatuh bangunnya sesebuah kerajaan
sering diawali dengan krisis ekonomi di negara tersebut yang gagal ditangani dengan
baik. Hampir setiap manusia di dunia ini telah terlibat dalam urusan perniagaan dalam
pelbagai bentuk dan skalanya. Dalam agama juga amat digalakkan umatnya untuk
berusaha demi meningkatkan penghasilan dan salah satu cara untuk menaik taraf
ekonomi adalah berniaga sesuai dengan kehendak syariah.1
Perniagaan merupakan salah satu aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan
hidupnya, sama ada perniagaan besar mahupun kecil. Begitu juga halnya perniagaan
yang dipraktikkan oleh masyarakat Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majoriti masyarakat Aceh yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
bekerja sebagai peniaga, sama ada peniaga runcit, jamu dan sebagainya.2 Masyarakat
Aceh yang pertama memasuki Malaysia adalah Tengku Syed Hussain Al-Aidid iaitu
seorang kerabat diraja Aceh, beliau juga dikenali sebagai seorang peniaga yang berjaya
pada ketika itu, beliau telah membuka sebuah kawasan perkampungan masyarakat Islam
1Muhamamd Hanafi, Prinsip dan Etika Bisnis Dalam Islam, Suatu Sorotan Etika Bisnis Rasullah SAW
(Jakarta: Pustaka Antara, 1992), 9.
2Encik Nasir bin Ismail (Setiausaha DPAM), Temu bual dengan penulis, 26 Ogos 2013.
1
seluas 66,000 kaki persegi di Lebuh Aceh, Georgetown, Pulau Pinang. Tengku Syed
Hussain Al-Aidid adalah seorang pedagang Aceh yang kaya dan berjaya ketika Pulau
Pinang baru dibuka oleh Kapten Sir Francis Light pada akhir abad ke 18. Dengan
kekayaan yang dimilikinya, Tengku Syed Hussain Al-Aidid dengan kerjasama kaum
keluarga dan pengikutnya dari Aceh telah membuka dan memajukan sebuah
penempatan di Lebuh Aceh dengan mendirikan sebuah masjid, menara, rumah
kediaman, deretan rumah kedai, Madrasah Al-Quran dan pejabat perdagangan.3
Hasil usahanya ini secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pusat
pengajian agama Islam dan pusat perdagangan antarabangsa yang bukan sahaja terkenal
pada ketika itu tetapi yang terulung dan terawal di Pulau Pinang. Bilangan penduduk
dan masyarakat di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah berkembang pesat,
dengan kedatangannya ramai pedagang-pedagang baru berdatangan dari negeri-negeri
di Tanah Melayu, Tanah Arab dan India.Selepas kematian Tengku Syed Hussain Al-
Aidid pada pertengahan abad ke 19, perkampungan ini terus berkembang maju dan telah
mencapai tahap kegemilangannya sehingga akhir abad ke 19 dan awal abad ke
20.Beliau telah disemadikan di sebuah makam yang bersebelahan dengan Masjid
Melayu Lebuh Aceh.Di kawasan makam ini juga dijumpai beberapa kubur ahli keluarga
Tengku Syed Hussain Al-Aidid.4
Manakala Abdul Razak Ab. Karim menyebutkan bahawa peniaga Aceh
memasuki Tanah Melayu sekitar tahun 1601, hal tersebut ialah berdasarkan surat
kebenaran berniaga yang diberikan oleh kerajaan Aceh kepada Kapitan Inggeris.
3 A. Ghafar Ahmad, “Pemuliharaan Masjid Masjid Melayu Lebuh Acheh, Goergtowm, Pulau Pinang”,
dalam "Penang Past & Present," Disember 1998, 27-29.
4Ibid.
2
Keaadaan ini menunjukkan bahawa peniaga Aceh telah lama sekali memasuki Tanah
Melayu untuk melakukan perniagaan.5
Bermula daripada kedatangan Tengku Syed Hussain al-Aidid ke Pulau Penang,
Malaysia, maka masyarakat Aceh pun terus datang ke Malaysia sampai sekarang
dengan pelbagai tujuan.
Selepas terjadi gempa bumi dan tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004,
masyarakat Aceh mulai bertambah ramai datang ke Malaysia, khususnya di Wilayah
Persekutuan. Ada yang datang untuk sementara waktu dan ada juga yang menetap di
Malaysia. 6 Menurut maklumat yang pengkaji perolehi dari pengurus Dewan
Perdagangan Aceh Malaysia, ada sebanyak 500 orang masyarakat Aceh berniaga di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 316 sudah mendaftar menjadi ahli Dewan
Perdagangan Aceh Malaysia.7 Penubuhan Dewan Perdagangan Aceh Malaysia (DPAM)
dilakukan untuk mengumpulkan dan menyatukan peniaga Aceh yang ada di Malaysia.
Apabila disebut etika perniagaan Islam, ia memberi erti peraturan-peraturan,
nilai, akhlak atau moral yang membatasi perbuatan atau tindakan manusia dalam
kegiatan perniagaan. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap peniaga yang
menceburi bidang perniagaan dapat mengelakkan diri daripada segala sifat yang keji
dan menjalankan dengan sifat terpuji.
Menurut penulis, ini penting bagi menjamin kepentingan ummah dapat
terpelihara daripada segala unsur yang boleh mencetuskan perbalahan,
5Abdul Razak Ab. Karim, Manuskrip Surat Kebenaran Berniaga oleh Raja Aceh kepada Kapitan Inggeris
1601: satu Analisis Linguistik, Jurnal Filologi Melayu 3 (1994), 49-61.
6 Datuk Muhammad Feisol bin Hassan (Pengurus Dewan Peniaga Aceh Malaysia), dalam temu bual
dengan penulis, 26 Ogos 2012.
7Daftar peniaga Aceh (Dewan Perdagangan Aceh Malaysia), Kuala Lumpur (2011), 16.
3
ketidakadilan dalam pasaran, penindasan dan rasa ketidakpuasan hati dapat dihalang. Di
samping itu, masyarakat dapat melindungi hak kedua-dua pihak iaitu di antara peniaga
sebagai penjual dan pengguna sebagai pelanggan.
Hak kedua-dua pihak ini perlu dijaga bagi memastikan setiap perniagaan yang
dijalankan berlangsung dengan baik dan dapat menjauhi semua unsur penipuan. Dalam
al-Quran berulang kali mengingatkan peniaga supaya bersikap jujur dan melarang keras
melakukan penipuan serta penyelewengan dalam perniagaan.
Peringatan yang berulang kali ini menggambarkan bahawa penipuan dalam
bentuk dan kadar yang pelbagai adalah sesuatu yang sering terjadi dalam dunia
perniagaan. Dalam al-Quran Allah berfirman:
Maksudnya: "… dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan
dengan adil ".
(Surah al-An„am (6):152)
Dalam ayat yang lain Allah juga menegaskan dalam firmanNya:
Maksudnya: “… janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan”.
(Surah Hud (11):84)
Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa penipuan daripada segala segi adalah
haram dalam etika perniagaan Islam. Dengan melakukan penipuan, akan merosaklah
hubungan antara pembeli dan penjual, malah boleh mencetuskan perbalahan dan
4
pergaduhan yang berpanjangan. Oleh itu, sifat jujur peniaga dapat menghindari kesan
negatif terhadap perhubungan antara peniaga dan pelanggan mereka. Begitu juga
sebagai peniaga Muslim dianjurkan supaya menitik beratkan kualiti kerja atau kualiti
barangan yang diniagakan. Islam menegah peniaga mengeksploitasi pelanggan dengan
menjual barangan yang berkualiti rendah pada harga yang tinggi semata-mata kerana
tidak ada orang lain yang menawarkan barangan yang serupa.
Kualiti produk yang rendah tidak dapat menjamin pembelian pada masa hadapan
dan tidak dapat menjamin kesetiaan pelanggan kepada barangan berkenaan.
Implikasinya akan membawa kepada kegagalan perniagaan. Barangan yang berkualiti
dengan harga yang berpatutan bukan saja dapat meningkatkan jualan tetapi juga dapat
menjaga reputasi perniagaan.8
Selain itu, sebagai peniaga Muslim, mereka perlu amanah. Islam melarang keras
peniaga yang tidak amanah. Peniaga tidak boleh membohongi dan mengkhianati
pelanggan, menjual barangan dengan harga terlalu tinggi dan melengahkan pembayaran.
Oleh kerana yang demikian, kajian ini akan menyentuh dan menganalisis tentang etika
perniagaan yang diamalkan oleh peniaga Aceh yang melakukan aktiviti perniagaan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
1.2 Pernyataan Masalah Kajian
Islam memberi galakan kepada umat Islam untuk menceburkan diri dalam
perniagaan. Al-Quran sebagai sumber hukum dalam segala bidang termasuk dalam
perniagaan menetapkan beberapa peraturan dan etika yang mesti dipatuhi oleh umat
8Ibid.
5
Islam dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Ini bertujuan supaya tidak
berlakunya penipuan, ketidakadilan, penganiayaan dan sebagainya yang akhirnya akan
membawa kepada keruntuhan ekonomi dan mengancam kesejahteraan masyarakat
seluruhnya. Antara peraturan-peraturan dan etika penting yang terpancar daripada
pengajaran al-Quran ini adalah seperti berikut:
1. Niat Ikhlas9
2. Tidak Terlibat dengan Amalan Riba10
3. Saling Redha-Meredhai11
4. Menjauhi Semua Unsur Penipuan12
5. Keadilan13
6. Amanah14
7. Istiqamah15
8. Menjauhi Pembaziran16
9. Mengamalkan Sifat Saling Menolong17
10. Tidak mengeluarkan produk / menyediakan perkhidmatan yang haram yang
bertentangan dengan tujuan syariat18
11. Menepati Masa19
Oleh yang demikian, pengkaji ingin menjalankan sebuah kajian tentang etika
perniagaan yang di sebut di atas di kalangan peniaga Aceh yang berada di Wilayah
9Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Kathir dari Sufyan, telah bercerita kepada kami Yahya bin
Sa‟id dari Muhammad bin Ibrahim al-Taimiy dari Alqamah bin Waqqas al-Laythiy berkata: “Saya
mendengar Umar bin al-Khattab r.a dari Nabi SAW bersabda: „(Sesungguhnya) amal-amal itu tergantung
dengan niatnya, dan bagi seseorang adalah apa yang diniatkannya” (Riwayat Bukhari)
10Al-Quran surah al-Baqarah (2): 278-279.
11Al-Qur‟an surah al-Nisa, (4): ayat 29.
12Al-Qur‟an surah al-Nisa, (4): ayat 50.
13Al-Qur‟an surah al-Nahl (16): ayat 90.
14Al-Qur‟an surah al-Nisa, (4): ayat 58.
15Al-Qurnan surah al-Syu ra (42): ayat 15.
16Al-Qur‟an surah al-Isra‟ (17): ayat 26-27.
17Al-Qur‟an surah al-Maidah (5): ayat 2.
18Al-Qur‟an surah al-Baqarah (2): ayat 172.
19Al-Qur‟an surah al-Maidah (5): ayat 1.
6
Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis dengan mendalam
tentang kefahaman peniaga Aceh serta amalan dalam aktiviti perniagaan mereka.
Kajian ini dijalankan kerana ramainya peniaga Aceh yang melaksanakan
perniagaan mereka di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Dalam sudut lain, aktiviti
perniagaan adalah salah satu aktiviti yang berkait rapat dengan hubungan manusia
sesama manusia, dengan demikian, etika akan memberi kesan yang mendalam dalam
kehidupan seharian.
Dalam observasi awal yang pengkaji lakukan, masih mendapati bahawa
sesetengah peniaga Aceh secara langsung atau tidak langsung melakukan amalan-
amalan perniagaan yang bertentangan dengan prinsip etika perniagaan dalam perspektif
Islam. Contohnya peniaga yang berniaga produk kosmetik dan jamu tradisional, mereka
masih terdapat yang menjual produk yang diimport dari luar negara dan tidak mendapat
kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Begitu juga dengan
peniaga runcit, sebahagian mereka ada yang menjual barang yang tidak dibenarkan oleh
kerajaan Malaysia. Contohnya menjual rokok yang diimport dari luar negara secara
tidak sah dan tidak membayar cukai. Hal yang sama juga berlaku dalam kalangan
perniaga buah. Contohnya buah yang lama dicampurkan dengan buah yang baru dan
dijual dengan harga sama tinggi dan buah yang masam dicampurkan dengan buah yang
manis dan dijual dengar harga yang sama. Begitu juga peniaga restoran yang tidak
memaparkan harga setiap makanan dan minuman. Ini semua bertentangan dengan
undang-undang kerajaan Malaysia dan dengan etika perniagaan dalam perspektif Islam.
Ini berlaku kerana sebahagian peniaga Aceh tersebut beranggapan bahawa dalam
menjalankan perniagaan semua boleh diniagakan asalkan barang tersebut halal tanpa
mengira sah dalam hukum dan undang-undang kerajaan malaysia. Mereka juga kurang
memahami etika perniagaan yang sesuai dengan etika perniagaan Islam. Maka terdapat
7
juga peniaga yang ingin mendapat keuntungan tanpa mengira sama ada halal atau haram
barang yang dijual dari sudut syarak atau undang-undang Kerajaan Malaysia. Perbuatan
ini dilakukan kerana kurangnya pendedahan dan pendidikan yang mendalam tentang
cara berniaga yang dibolehkan dalam Islam dan berniaga yang tidak dibolehkan dalam
Islam. Rentetan itu, penyelidikan ini dijalankan bagi melihat amalan sebenar etika
perniagaan dalam kalangan peniaga Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(WPKL).
1.3 Objektif Kajian
1. Untuk mengetahui konsep etika perniagaan menurut perspektif Islam.
2. Untuk meneliti tentang kefahaman etika perniagaan Islam di kalangan peniaga
Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Untuk menganalisis amalan perniagaan para peniaga Aceh di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur sama ada telah memenuhi etika perniagaan menurut perspektif Islam
atau tidak.
4. Untuk meneliti bentuk-bentuk amalan perniagaan yang bertentangan dengan etika
perniagaan Islam serta faktor penyebabnya.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam pengkajian ini dirumuskanbeberapa persoalan kajiansebagai berikut:
1. Apakah konsep etika perniagaan menurut perspektif Islam?
2. Bagaimanakah kefahaman peniaga Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
tentang konsep etika perniagaan dalam perspektif Islam?
8
3. Adakah amalan perniagaan yang dilakukan oleh peniaga Aceh di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur telah memenuhi etika perniagaan menurut perspektif
Islam?
4. Apakah bentuk-bentuk amalan perniagaan yang bertentangan dengan etika
perniagaan Islam serta faktor penyebabnya?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat menambah khazanah intelektual untuk
memperkayakan rujukan akademik serta dapat menambah literatur yang membahaskan
tentang etika perniagaan Islam, sekaligus memberikan sumbangan idea kepada peniaga
untuk dapat melakukan aktiviti perniagaannya mengikut etika perniagaan Islam.
Kajian ini juga diharapkan dapat menambah pengetahuan peniaga Aceh di
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur agar menjadi panduan bagi mereka dalam
menjalankan perniagaan yang menepati etika perniagaan Islam. Dengan demikian,
diharapkan peniaga Aceh yang berada di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dimasa
hadapan boleh lebih memahami dan mengerti konsep-konsep etika perniagaan dalam
Islam serta menjadikannya sebagai amalan dalam dunia perniagaan mereka.
1.6 Skop Kajian
Dalam kajian ini, agar tidak terlalu luas dalam pembahasannya, maka pengkaji
mengkaji mengenai amalan etika perniagaan yang diamalkan oleh peniaga Aceh dan
membatasi skop kajian ini kepada peniaga-peniaga Aceh terpilih yang berada di
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sahaja dan khususnya di Chowkit, Kg Keramat
9
dan Kg Pandan Mewah. Alasan pengkaji mengambil tempat kajian di kawasan tersebut,
disebabkan ramai daripada orang Aceh yang berniaga di kawasan tersebut berbanding
kawasan lain. 20 Walau bagaimanapun, kajian ini hanya menitikberatkan kepada
peniaga-peniaga Aceh yang melakukan aktiviti-aktiviti perniagaan. Peniaga Aceh yang
dimaksudkan adalah pemilik perniagaan yang terpilih.
1.7 Huraian Istilah
Pengkaji menjelaskan takrif atau definisi tajuk dan aspek-aspeknya sebagai
berikut:
a. Etika
Etika secara praktikal bererti nilai-nilai dan norma-norma moral yang diamalkan
atau yang tidak diamalkan, walaupun seharusnya ia diamalkan. Etika sebagai refleksi
adalah pemikiran moral. Menurut Kamus Dewan, etika merujuk kepada prinsip moral
atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan bagi individu ataupun sesuatu
kumpulan.21
Dalam etika, ia sebagai refleksi kita berfikir tentang apa yang dilakukan, dan
khususnya tentang apa yang harus dilakukan atau tidak boleh dilakukan. Secara
falsafah, etika mempunyai erti yang luas sebagai kajian moral. Terdapat tiga bidang
dengan fungsi dan kewujudannya, iaitu etika deskriptif (descriptive ethics). Dalam
konteks ini secara normatif, etika menjelaskan pengalaman moral secara deskriptif
berusaha untuk mengetahui motivasi, kemahuan dan tujuan sesuatu tindakan dalam
20Ibid.,13.
21Kamus Dewan, ed. Ke-3 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002), 345, entri “etika”.
10
Description:Latar Belakang Kajian. Aktiviti perniagaan merupakan aktiviti yang berpengaruh besar dalam kehidupan masyarakat sama ada dari segi ekonomi,