Table Of ContentBAB 2
TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN
2.0 Pendahuluan
Bab ini akan menghuraikan secara ringkas perkembangan sistem pelajaran
khususnya pelaksanaan sistem peperiksaan di Malaysia serta
membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pembelajaran
dan pengujian Matematik. Di samping itu, perbincangan juga akan
menyentuh aspek pengaruh bahasa kedua dalam pencapaian akademik
pelajar. Perbincangan kajian yang akan disentuh mencakupi kajian-kajian
yang dijalankan sama ada di Malaysia mahupun di luar yang berkaitan
topik kajian ini. Tinjauan kajian lalu ini memberikan gambaran awal
berhubung kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini dan kaitannya
dengan kajian yang dijalankan ini.
2.1 Perkembangan Ringkas Sistem Pelajaran Malaysia
Perkembangan sistem pelajaran di negara Malaysia melalui sejarah yang
panjang. Bermula sejak ratusan tahun dahulu dengan menumpukan kepada
pendidikan agama pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah
zaman penjajahan dan selepas kemerdekaan. Melalui zaman yang berbeza
itu, perkembangan demi perkembangan dan perubahan demi perubahan
telah berlaku mengikut peredaran dan keperluan masa yang berbeza.
42
Pelajaran yang diterima adalah berdasarkan dasar atau polisi yang
ditetapkan pada zaman berkenaan. Misalnya pada masa penjajahan British
penekanan lebih diberikan sekadar membaiki taraf ekonomi sedia ada
pada waktu itu untuk menjadikan orang Melayu bagi golongan petani dan
nelayan yang lebih baik daripada sebelumnya. Selepas merdeka, beberapa
polisi dan dasar digubal untuk memperbaiki pelajaran masyarakat yang
terdiri daripada pelbilang kaum. Dengan itu, tercetuslah Penyata Razak
(1956), Penyata Rahman Talib (1960), Jawatankuasa Kabinet 1979,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) yang mengisi keperluan pendidikan semasa.
Serentak dengan perkembangan tersebut, turut berkembang sistem
penilaian yang dijalankan pada peringkat persekolahan di Malaysia. Dari
sudut sejarah terdapat empat fasa perkembangan dalam sistem peperiksaan
negara ini, iaitu:
i. Pra-Merdeka. Pada waktu ini belum ada suatu dasar kebangsaan
mengenai pendidikan negara. Peperiksaan yang dijalankan adalah
mengikut keperluan sekolah atau mengikut peperiksaan luar negeri
seperti Overseas School Certificate.
ii. Semasa pelaksanaan Penyata Razak. Penyata Razak (1956)
melahirkan Dasar Pendidikan Negara yang ulung. Pelaksanaan dasar
tersebut telah melahirkan Lembaga Peperiksaan. Selain
43
mengendalikan peperiksaan Cambridge, pada peringkat awal
Lembaga Peperiksaan telah mengendalikan sendiri peperiksaan
seperti Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE)
dan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1957, pada
peringkat menengah rendah. Pada tahun 1960 pula, peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) telah diperkenalkan. Peperiksaan SRP
beransur-ansur menggantikan peperiksaan LCE mulai tahun 1978.
Pada tahun 1985, peperiksaan SRP digunakan sepenuhnya di seluruh
negara.
iii. Semasa pelaksanaan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib
(1960) antaranya memberi penekanan kepada melanjutkan usia
persekolahan kepada umur 15 tahun, sistem naik darjah secara
automatik dan seterusnya pendidikan bercorak aneka jurusan. Sistem
peperiksaan yang dilaksanakan seperti memperkenalkan mata
pelajaran elektif dalam peperiksaan LCE dan Sijil Rendah Pelajaran
(SRP), Peperiksaan Penilaian Darjah V (PPDL), Peperiksaan Sijil
Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Ujian Diagnostik Darjah
III (UDT) .
iv. Semasa pelaksanaan Laporan Kabinet (1979). Pelaksanaan Laporan
Kabinet (1979) telah mewujudkan perkembangan sistem pendidikan
yang terkini, khususnya memperkenalkan KBSR dan KBSM. Ini
telah menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam sistem
peperiksaan bagi memenuhi hasrat dan kehendak kurikulum dan
44
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Perubahan dan
penyesuaian yang dibuat dalam sistem peperiksaan termasuklah
mewujudkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
bagi menggantikan PPDL serta memperkenalkan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menggantikan SRP. Sistem
peperiksaan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga
mengalami pengubahsuaian supaya selaras dengan kehendak KBSM.
Sementara itu, perkembangan pendidikan turut mewarnai perkembangan
Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan 1957. Mata pelajaran wajib
sekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan kepada murid-murid
dalam sistem persekolahan negara. Berikut ialah perkembangan bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia.
- 1970 - Bahasa pengantar darjah 1
- 1975- Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi
Sekolah Rendah Kebangsaan.
- 1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
- 1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
- 1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
- 1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
- 1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
- 1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti
45
Sistem peperiksaan sekolah rendah pula adalah seperti berikut:
- 1957 - MSSEE (Malayan Secondry School Entrance Exam)
diperkenalkan
- 1963 - MSSEE dimansuhkan
- 1967 - PPDL (Penilaian Darjah 5) diperkenalkan
- 1973 - UDT (Ujian Darjah 3) diperkenalkan
- 1982 - UDT dimansuhkan
- 1988 - PDL dimansuhkan
- 1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) diperkenalkan
Sistem peperiksaan sekolah menengah:
- 1957 - LCE (Lower Certificate of Education) diperkenalkan
- 1957 - OSC (Overseas Cambridge School Certificate)
diperkenalkan
- 1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) diperkenalkan
- 1957 - QT ( Qualifying Test) diperkenalkan
- 1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) diperkenalkan
- 1961 - UK (Ujian Kelayakan) diperkenalkan
- 1962 - SPPTM (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu)
diperkenalkan
- 1964 - SPPTM dimansuhkan
- 1964 - FMC dimansuhkan
46
- 1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) diperkenalkan
- 1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) diperkenalkan
- 1967 - SRP/LCE soalan objektif mula diperkenalkan
- 1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
- 1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) diperkenalkan
- 1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) diperkenalkan
- 1976 - MCE diambil alih oleh Lembaga Peperiksaan
- 1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
- 1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambil alih
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
- 1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
- 1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
- 1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
- 1987 - SPM di seluruh Malaysia diperkenalkan
- 1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP
diperkenalkan
- 1992 - Tahun terakhir bagi SRP
- 1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) diperkenalkan
- 1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sekolah
Menengah) diperkenalkan
Namun pada tahun 2002 melalui Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2002 kerajaan
mengubah dasar bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik dan
47
sains di semua Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam daripada
Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris mulai tahun 2003. Dari aspek
penilaian pula mulai tahun 2003 hingga 2007 bahasa pengantar
peperiksaan adalah seperti berikut:
i Sekolah Kebangsaan – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
ii Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – Bahasa Tamil dan Bahasa
Inggeris
iii Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam – Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
Dalam tempoh ini (2003 – 2007), murid-murid diberi kebebasan untuk
menjawab sama ada dalam salah satu daripada dua bahasa berkenaan atau
dalam kedua-dua bahasa tersebut. Mulai tahun 2008 semua kertas soalan
dalam mata pelajaran Matematik dan Sains akan menggunakan Bahasa
Inggeris sahaja. Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2002 dan jadual pelaksanaan
Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains seperti di
Lampiran C.
2.2 Sukatan Pelajaran Matematik KBSM
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan bahawa pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
48
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani dengan berpusatkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Seiring dengan falsafah yang digariskan, pendidikan
matematik dijadikan satu mata pelajaran teras pada peringkat sekolah
menengah dengan tujuan melahirkan individu yang berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara
berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
Kandungan sukatan pelajaran Matematik KBSM merangkumi pengetahuan
dan kemahiran daripada tiga bidang utama yang saling berkaitan, iaitu
Nombor, Bentuk dan Ruang, serta Perkaitan. Aspek nombor menumpukan
kepada mengembangkan kebolehan pelajar dalam membuat kiraan,
anggaran dan penghampiran, analisis dan seterusnya menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan mengambil kira kesinambungan daripada
kurikulum KBSR. Aspek bentuk dan ruang pula mendedahkan pelajar
kepada pengetahuan seharian yang berguna dengan meningkatkan
kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
geometri serta mengembangkan pemikiran secara visual dan menghayati
nilai estetika yang terdapat pada bentuk dan ruang. Sementara aspek
perkaitan pula melibatkan beberapa kuantiti yang sering terdapat dalam
kehidupan harian seperti mengenali rumus serta hukum dan membuat
generalisasi sesuatu situasi. Keadaan ini memperlihatkan bahawa cakupan
49
kandungan kurikulum matematik KBSM meliputi beberapa bidang diskret
seperti penghitungan, pengukuran, geometri, algebra dan penyelesaian
masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).
Mata pelajaran matematik menjadi jentera penggerak kepada pembangunan
dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, pelajar
perlu menguasai dan mempertingkatkan ilmu matematik dari semasa ke
semasa sebagai persediaan melahirkan tenaga kerja yang sesuai dengan
keperluan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Mata pelajaran ini juga berfungsi sebagai bidang ilmu yang dapat
melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2000). Keadaan ini memperlihatkan bahawa
mata pelajaran matematik dapat menyumbang ke arah pembinaan insan.
Kurikulum matematik telah diolah dan disusun dengan mengambil kira
keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik
kepada pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan
keupayaan. Penggunaan teknologi yang bersesuaian telah diaplikasikan
dalam kurikulum matematik bagi membantu meningkatkan penguasaan
dan pencapaian pembelajaran yang dikehendaki. Contohnya, penggunaan
mesin kira atau kalkulator dalam topik pembelajaran tertentu yang dapat
membantu merangsang pembelajaran dengan lebih berkesan.
50
Kesimpulannya, kurikulum matematik KBSM bertujuan membentuk
individu pelajar agar berpemikiran matematik dan berketrampilan dalam
mengaplikasikan pengetahuan matematik yang dimiliki dengan berkesan
dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang
dihadapi serta membuat keputusan yang tepat seiring dengan cabaran yang
dihadapi saban hari sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi.
2.3 Prinsip Pengujian dan Penilaian
Bagi memastikan sesuatu instrumen pengujian berkenaan benar-benar baik
dan berkesan, maka aspek kesahan, kebolehpercayaan, praktikal dan
ketunggalan dimensi perlu diberikan perhatian oleh penggubal item (Abu
Bakar Nordin, 1996).
Kesahan adalah antara aspek utama yang perlu diberikan perhatian dalam
ujian kerana aspek kesahan adalah berkait secara langsung dengan skor
ujian. Messick (1989) berpendapat kesahan tidak sahaja berkait dengan
ujian semata-mata tetapi juga berkait dengan interpretasi terhadap skor
ujian untuk tujuan tertentu. Beliau berpendapat, skor ujian menyumbang
kepada tindakan selanjutnya yang mesti diberikan perhatian bagi kegunaan
membuat sebarang keputusan berikutnya. Messick mendefinisikan
kesahan sebagai kesatuan konsep yang memiliki pelbagai aspek:
51
Description:Page 1 Perkembangan sistem pelajaran di negara Malaysia melalui sejarah
yang Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Ujian Diagnostik Darjah
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera Mulai tahun 2008 semua
kertas soalan . Ia adalah luar biasa untuk mendapatkan set item yang secara.