Table Of ContentKANDUNGAN
Prakata
i. Pengarah Pendidikan Negeri Johor
ii. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor
iii. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik
Penghargaan
Ringkasan Eksekutif Standard Prestasi Sekolah PAK21
Senarai Sekolah PAK21
Kerangka Konsep PAK21
Tunjang 1 - Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Tunjang 2 - Pembelajaran Berkualiti
Tunjang 3 - Ekosistem Pembelajaran Kondusif
Tunjang 4 - Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Strategik
Garis Masa Showcase Sekolah PAK21
Glosari
Senarai Rujukan
“Johor Showcase
perlu menjadi legasi
kepada perubahan
landskap pendidikan
negeri Johor”
kata alu-aluan
Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Muafakat Johor
Agenda transformasi pendidikan negara telah mendorong Jabatan Pendidikan Negeri
Johor (JPNJ) merangka hala tuju pendidikan ke arah pembangunan modal insan yang
berdaya maju dan memenuhi keperluan global. Dalam menterjemahkan usaha ini
maka terhasillah program Johor Showcase yang memfokuskan kepada keberhasilan
murid; mencakupi semua aspek pembangunan potensi sejajar dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Showcase Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan salah satu inisiatif
yang dicetuskan bertepatan dengan kehendak dan keperluan memenuhi Aspirasi
Murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM, 2013 – 2025) iaitu, mempersiapkan generasi Malaysia untuk menghadapi
keperluan serta kehendak abad ke-21.
Penghasilan Standard Prestasi ini merupakan salah satu perkara yang terkandung
dalam pelan operasi Sekolah PAK21. Standard Prestasi ini disediakan agar semua
warga pendidikan Johor dapat membuat rujukan tentang peranan dan tanggungjawab
yang perlu digalas. Bersesuaian dengan Gelombang 2 PPPM (2016-2020), penerbitan
Standard Prestasi ini diharapkan dapat membantu institusi sekolah memacu kepada
perubahan sistem dan mengukuhkan peranan masing-masing dari segi kapasiti dan
keupayaan pelaksanaan.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Sektor Pengurusan Akademik dan pasukan pemikir iaitu wakil-wakil sektor, pegawai
akademik Pejabat Pendidikan Daerah, SIPartner+ dan SISC+ untuk menyedia dan
menerbitkan Standard Prestasi bagi Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ini.
Kerja Berkualiti , Ibadah Dihayati.
TUAN HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIF
Pengarah Pendidikan Negeri Johor
“Pengetahuan,
kemahiran, dan
nilai yang perlu ada
pada modal insan
berkualiti adalah
terbit daripada
usahasama semua
pihak”
kata alu-aluan
Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Muafakat Johor
Perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhannya
adalah bermatlamat untuk melonjakkan pencapaian murid. Diakui bahawa setiap proses
perubahan dalam transformasi ini memerlukan penghayatan dan pemahaman yang
mendalam supaya pendekatan dan strategi baharu dapat digerakkan serta memberi impak
kepada setiap murid agar mampu memiliki kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
Berasaskan kepada Model Hala Tuju Pendidikan Johor iaitu untuk melahirkan modal
insan berkualiti yang berstatus global player, semua pihak perlu memainkan peranan
masing-masing agar hasrat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bersandarkan
kepada matlamat strategik yang telah digariskan, ia sebenarnya telah memberikan
gambaran yang jelas bahawa penghasilan modal insan berkualiti adalah bermula daripada
sekolah kualiti dan barisan kepemimpinan yang berprestasi tinggi. Justeru, usaha yang
bersama-sama adalah diperlukan bagi memastikan perubahan yang merangkumi aspek
pendekatan pembelajaran murid khususnya dapat ditingkatkan selain latihan berterusan
kepada guru bagi memastikan tahap kompetensi berada pada tahap yang dibanggakan.
Oleh yang demikian, cita-cita tidak akan tercapai tanpa ada komitmen yang tinggi
daripada semua peringkat. Kita tidak boleh menidakkan bahawa ibu bapa dan
komuniti juga memberi impak kepada kemajuan murid dan institusi sekolah.
Kesepakatan yang dibentuk pastinya dapat mengukuh dan mengaktifkan lagi
segala bentuk agenda ke arah pencapaian pendidikan berkualiti. Justeru,
Standard Prestasi Sekolah PAK21 yang dibina ini bukan sahaja menjadi panduan
kepada JPN, PPD dan sekolah untuk meningkatkan keupayaan masing-masing
tetapi juga dapat mengukur sejauhmana pelaksanaan yang telah diusahakan.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan
setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sektor Pengurusan Akademik
dan pasukan pemikir yang terlibat untuk menyedia dan menerbitkan
Standard Prestasi bagi Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ini.
Selamat Maju Jaya.
AZMAN BIN ADNAN
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor
“Kejayaan
pembelajaran abad
ke-21 adalah bermula
di sekolah dan untuk
sekolah”
kata alu-aluan
Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Johor
Semua menyedari bahawa kejayaan dan keberhasilan murid bermula dengan gaya
kepemimpinan sekolah serta aspek pembelajaran dan pengajaran (PdP). Maksudnya,
keupayaan institusi sekolah menyediakan ekosistem pembelajaran memberi
rangsangan yang dapat memberi impak kepada peningkatan penguasaan murid.
Standard Prestasi ini disediakan bagi menyokong kepada pelaksanaan program
Johor Showcase bagi Sekolah PAK21. Elemen penting yang terkandung di dalamnya
diharapkan dapat memberi suntikan dan panduan kepada warga sekolah untuk
meningkatkan prestasi kemajuan sekolah dengan semua pihak yang berkepentingan.
Justeru, adalah baik institusi sekolah dapat membuat penarafan kendiri dengan
berpandukan Standard Prestasi ini.
Semoga kita semua sebagai warga pendidikan Johor dapat berganding bahu
membawa inisiatif masing-masing secara muafakat bagi memastikan hasrat dan
aspirasi Johor Showcase dapat dicapai dengan jayanya.
Syabas dan tahniah.
SALLINA BTE HUSSAIN
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
penghargaan
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pasukan pembina Standard Prestasi yang telah berganding bahu bersama-
sama membangunkan kandungan Standard Prestasi ini.
Nama Jawatan Institusi
Ketua Sektor,
Puan Sallina bte Hussain JPN Johor
Sektor Pengurusan Akademik
Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia,
Tn Hj Kamarudzaman bin Abdul Mubin JPN Johor
Sektor Pengurusan Akademik
Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam,
Encik Azman bin Mohd Yunos JPN Johor
Sektor Pendidikan Islam
Ketua Unit Pendidikan Swasta
Encik Ahmad Faidzul bin Mat Yazid JPN Johor
Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Timbalan Ketua Sektor,
Encik Mustaffa bin Ibrahim JPN Johor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Encik Mohamad Khairul Nizam bin Abu Ketua Unit Pengurusan Maklumat,
JPN Johor
Hassan Sektor Pengurusan Maklumat
Penolong Pengarah Prasekolah,
Cik Musleha bte Mohd Ghozali JPN Johor
Sektor Pengurusan Akademik
Penolong Pengarah Pendidikan Swasta,
Encik Syahidan bin Zainal Abidin JPN Johor
Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Penyelia Unit Perhubungan dan Pendaftaran,
Encik Azhari bin Samsuri JPN Johor
Sektor Pengurusan Sekolah
Encik Wan Nadzri bin Wan A Rahman Ketua Unit Akademik PPD Mersing
Encik Ayob bin Ibrahim Ketua Unit Akademik PPD Kluang
Encik Nor Fazli bin Jalani Penolong PPD Teknik & Vokasional PPD Pasir Gudang
Puan Norita bte Ahmad Alwi Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) PPD Johor Bahru
SMK Kompleks Sultan
Haji Abd Rahman Abd Rahim Pengetua
Abu Bakar
Encik Fuad bin Yusof Guru Besar SK Taman Kota Jaya
Puan Siti Hajar bte Mahpol SIPartner+ PPD Johor Bahru
Encik Azman bin Abu Bakar SIPartner+ PPD Kota Tinggi
Encik Azman bin Safii SIPartner+ PPD Kulai
Dr Muhammad Kassim bin Basir SISC+ PPD Muar
Puan Hamidah bte Haduri SISC+ PPD Kluang
Puan Fuziana bte Ali SISC+ PPD Kluang
Encik Zainal Ariffin bin Abd. Kadir SISC+ PPD Segamat
Description:pembelajaran abad ke-21 berasaskan kurikulum yang membangunkan perkembangan kognitif murid harus diintegrasikan . Matlamat. Membentuk. Karektor Murid. Johor –KMJ). Laporan. Pencapaian. Sekolah Semasa. (TOV/Baseline). Task Force/Think. Tank/ AJK. Takwim/Jadual. Minit mesyuarat.