Table Of ContentDitulis
oleh
:
Hajar
Abdullah
ISI
KANDUNGAN
PENGENALAN……………………………………………………………………………………1
APA
SEBAB
KITA
TAK
FAHAM
QURAN?.................................................2
7
TEKNIK
BERKOMUNIKASI
DENGAN
QURAN
#1
Perbaiki
Hati…………………………………………………………………………………6
#2
Tahu
Sebab
Baca
Al-‐Quran……………………………………………………………7
#3
Baca
Dalam
Solat………………………………………………………………………….8
#4
Mengulangi
Ayat…………………………………………………………………………..9
#5
Menghafal……………………………………………………………………………………10
#6
Kaitkan
Ayat
Dalam
Hidup……………………………………………………………11
#7
Baca
Secara
Tartil…………………………………………………………………………12
BONUS
:
7
TANDA
CAPAI
DARJAT
TADABBUR
AL-‐QURAN………………….13
BENGKEL
THOUGHT………………………………………………………………………….14
PENGENALAN
Para
sahabat,
tabi’in
dan
ulama
sering
membaca
Al-‐Quran
dan
melakukan
qiyamul
lail.
Mereka
tidak
pernah
meninggalkan
bacaan
Al-‐
Quran
walaupun
sehari.
Prinsip
mereka,
baca
Al-‐Quran
itu
mesti
supaya
dapat
memperoleh
ketetapan
hati
yang
bersifat
mutlak.
Berbanding
kita,
mereka
sangat
mementingkan
keperluan
hati
daripada
keperluan
fizikal.
Mereka
selalu
rasa
kekurangan
jika
keperluan
hati
tak
dipenuhi.
Umar
bin
al-‐Khattab
meriwayatkan,
Nabi
Muhammad
SAW
bersabda
:
“Barangsiapa
yang
tertidur
(sehingga
tidak
sempat
membaca)
satu
hizb
Al-‐Quran
atau
sebahagian
dari
itu,
lalu
ia
membacanya
di
antara
solat
subuh
dan
solat
zuhur,
maka
akan
ditulis
baginya
pahala
seakan-‐akan
ia
membacanya
di
malam
hari.”
Kita
selalu
bercakap
mengenai
kebahagiaan,
ketenangan,
kelapangan
dan
kejayaan
dan
sibuk
mencarinya
dalam
buku.
Banyak
buku
dihasilkan
untuk
memenuhi
keperluan
itu
di
mana
teknik-‐teknik
yang
ditulis
dalam
buku
dikatakan
berhasil
apabila
dipraktikkan.
Namun
begitu,
ianya
salah
apabila
hanya
ilmu
daripada
buku-‐buku
sahaja
yang
diamalkan
dan
tidak
mengutamakan
Al-‐Quran.
Seorang
manusia
yang
hatinya
tertarik
dengan
Quran,
dia
akan
selalu
yakin
bahawa
kunci
kejayaan,
keselamatan,
kekayaan,
kejayaan
dan
kekuatan
datangnya
dari
Al-‐Quran.
Kerana
Al-‐Quran
adalah
tunggak
apa-‐apa
sahaja
kebaikan
yang
kita
mahu
capai
dan
tangga
mendapat
kemenangan
di
dunia
dan
akhirat.
APA
SEBAB
KITA
TAK
FAHAM
QURAN?
Manusia
memiliki
pemahaman
dan
pengetahuan
terhadap
ayat
Quran
secara
bertingkat-‐tingkat.
Sama
juga
praktikalnya
dalam
kehidupan
kita.
Bermula
dari
tadika
ke
sekolah
rendah,
kemudian
ke
sekolah
menengah
dan
seterusnya
ke
universiti.
Boleh
jadi
kita
berjaya
faham
tentang
sesuatu
ayat
dan
terpengaruh
dengannya
pada
suatu
masa.
Namun
pada
waktu
yang
lain,
apabila
kita
kembali
pada
ayat
yang
dipelajari
sebelum
ini
sudah
tidak
faham.
Lalu
berkata,
“Dulu
aku
tersentuh
dengan
ayat
ini.
Kenapa
sekarang
tak
boleh
faham?
Mana
fahamanku
yang
dulu?”
Mengapa
terjadi
demikian?
“Walaupun
seorang
hamba
diberikan
seribu
pemahaman
setiap
huruf
Al-‐Quran,
maka
ia
tidak
akan
mencapai
akhir
apa
yang
Allah
simpan
dari
setiap
ayat
dalam
kitab-‐Nya.
Al-‐Quran
adalah
perkataan
Allah
dan
perkataan
adalah
sifat-‐Nya.
Sebagaimana
Allah
tiada
akhirnya,
begitu
juga
dalam
memahami
perkataan-‐Nya.
Firman
Allah
yang
difahami
oleh
seseorang
sesuai
dengan
apa
yang
Allah
berikan
petunjuk
untuknya.”
-‐
Sahl
bin
Abdillah
at-‐Tusturi
-‐
Kemampuan
untuk
fahami
dan
tadabbur
Quran
adalah
anugerah
Allah
yang
diberikan
kepada
orang
yang
bersungguh-‐sungguh
dan
sanggup
menempuh
jalan
untuk
memahaminya.
Jika
ada
yang
bersantai
saja
namun
ingin
memahami
Quran,
maka
itu
adalah
impian
yang
mustahil.
Kerana
untuk
kita
faham
Quran,
kita
perlu
melalui
proses
ilmiah
yang
bertingkat
dan
berulang-‐ulang
supaya
dapat
memetik
hasilnya
kemudian.
Sepertimana
kata
Tsabit
al-‐Banani,
“Aku
menyibukkan
diri
dengan
Al-‐Quran
selama
20
tahun,
barulah
aku
menikmati
hasilnya
20
tahun
kemudian.”
7
TEKNIK
BERKOMUNIKASI
DENGAN
AL-‐QURAN
#1
PERBAIKI
HATI
Hati
adalah
alat
untuk
kita
faham,
fikir
dan
tahu
tentang
sesuatu
perkara.
Hati
itu
berada
di
tangan
Allah.
Dia
yang
Maha
membolak-‐
balikkan
hati
sesuai
dengan
kehendak-‐Nya.
Allah
SWT
mampu
membuka
dan
menutup
hati
sesiapa
sahaja
yang
Dia
kehendaki
pada
bila-‐bila
masa
sekali
pun.
Bagaimana
mahu
perbaiki
hati?
Iaitu
dengan
memohon
pada
Allah
supaya
membukakan
hati
kita
terhadap
Al-‐Quran.
Keterbukaan
hati
biasanya
berlaku
disebabkan
oleh
2
perkara
:
+
Sikap
selalu
tunduk
dan
selalu
berdoa
kepada-‐Nya.
+
Sentiasa
memahami
keagungan
dan
kepentingan
Al-‐Quran
serta
mencari
cara
bagaimana
umat
terdahulu
berinteraksi
dengan
Al-‐Quran.
Hati
yang
mencintai
Al-‐Quran
akan
menikmati
bacaannya.
Akan
timbullah
kesedaran
dalam
diri
pembaca
hingga
tercapai
pemahaman
yang
mendalam.
Jika
tiada
rasa
cinta,
maka
hati
pun
sukar
menerima
aL-‐
Quran.
Hati
terasa
berat
untuk
tunduk
padanya
melainkan
usaha
yang
sangat
kuat.
#2
TAHU
SEBAB
BACA
AL-‐QURAN
Kebanyakan
kita
sudah
tahu
nilai,
manfaat,
keagungan
dan
kepentingan
membaca
Al-‐Quran.
Namun,
apabila
sudah
tahu
sukar
pula
mahu
mengamalkannya.
WHY”
itu
sangat
penting
yang
menjadi
asbab
untuk
kita
bertindak.
Tiada
“WHY”
yang
kukuh,
maka
kita
pun
tak
bertindak.
Dalam
menimbulkan
keseronokan
membaca
Al-‐Quran,
mulakan
dengan
niat
dan
selalu
tanya
pada
diri
kita
sendiri
soalan
utama
ini
:
mengapa
kita
perlu
baca
Quran?
Jawapan
dari
soalan
ini
mesti
jelas
dan
terperinci.
Jika
ditulis
dan
ditampal
pada
tempat
yang
kita
selalu
lihat,
ini
adalah
lebih
baik.
Pastikan
kita
tahu
5
tujuan
membaca
Al-‐Quran
iaitu
:
i)
Mengetahuinya.
ii)
Mengamalkannya.
iii)
Berdialong
dengan
Allah.
v)
Mendapat
pahala.
vi)
Memperoleh
faedah
atau
kesembuhan.
#3
BACA
DALAM
SOLAT
Siapa
yang
diberi
Al-‐Quran
namun
tidak
membacanya
dalam
solat,
dia
diibaratkan
seperti
orang
yang
diberi
harta
lalu
tidak
menginfakkannya.
Hal
ini
dikukuhkan
dengan
hadits
Abu
Hurairah
r.a,
Nabi
SAW
bersabda
:
“Pelajarilah
Al-‐Quran,
bacalah
dan
bacakanlah
(pada
orang
lain).
Kerana
perumpamaan
Al-‐Quran
bagi
orang
yang
mempelajarinya
lalu
membaca
dan
mengamalkannya
bagaikan
sebuah
kantung
berisi
minyak
wangi
yang
semerbak
aromanya
ke
setiap
tempat.
Dan
perumpaan
orang
yang
mempelajarinya
tapi
ia
melalaikannya
padahal
Al-‐Quran
berada
dalam
hatinya,
bagaikan
kantung
minyak
wangi
yang
tertutup
rapat.”
Bacaan
Al-‐Quran
dengan
solat
itu
dapat
diumpamakan
sebagai
gabungan
oksigen
dan
hidrogen
yang
menghasilkan
air
yang
dapat
menyihatkan
badan.
Mereka
yang
membaca
ayat
Al-‐quran
dalam
solat
akan
selalu
aman
dan
tenang
dalam
apa
keadaan
sekalipun.
#4
MENGULANGI
AYAT
Al-‐Quran
itu
diturunkan
untuk
kita
amalkan.
Untuk
kita
mudah
mengamalkan,
kita
perlu
tahu
terlebih
dahulu.
Tahu
adalah
dengan
membacanya.
Semakin
banyak
kita
membaca
Al-‐Quran
dan
faham,
semakin
kuat
makna
Al-‐Quran
tertanam
dalam
jiwa
kita.
Sebab
itu
para
sahabat,
tabi’in
dan
ulama
sering
konsisten
membaca
Quran.
Mereka
berusaha
baca
sebanyak
mungkin
dan
sentiasa
mengulang
ayat.
Formula
yang
kita
boleh
praktiskan
untuk
mengulang
ayat
Al-‐
Quran
adalah
dengan
fokus
dan
bersungguh-‐sungguh.
Tuliskan
matlamat
atau
target
ayat
yang
hendak
diulang
dan
mesti
dicapai
pada
setiap
hari
supaya
kita
mudah
untuk
menghafal.
Jika
kita
tak
mencapai
target
ayat
ulangan
harian,
maka
kita
hendaklah
denda
diri
dengan
menggandakan
bacaan.
Secara
tak
langsung,
kita
jadi
bersemangat
untuk
sentiasa
mengulangi
bacaan.
Saat
Allah
tahu
kesungguhan
dan
semangat
kita
untuk
mendapatkan
kelazatan
dalam
membaca
Al-‐Quran,
Dia
akan
memberkati
dan
menghadirkan
kecukupan
dalam
kehidupan
kita.
#5
MENGHAFAL
Apa
sebab
kita
mesti
hafal
Quran?
Hafalan
merupakan
satu
kunci
untuk
tadabbur
Al-‐Quran.
Ayat
yang
dihafal
akan
selalu
hadir
sehingga
mudah
digunakan
dalam
situasi
kehidupan
harian
kita
secara
cepat
dan
langsung.
Kita
menghafal
ayat
Quran
supaya
dapat
menjaga
kandungannya
yang
mempunyai
ilmu
tentang
Allah
dan
hari
kiamat.
Ilmu
tersebut
yang
dapat
mewujudkan
kebahagiaan,
kehidupan
yang
baik,
keteguhan
dalam
menghadapi
musibah
dan
memberikan
kekuatan
bagi
umat
dalam
menghadapi
musuh.
Teknik
hafal
Al-‐Quran
boleh
dimulai
dari
Surah
An-‐Nas,
kemudian
Al-‐Falaq
seterusnya
kebalikan
urutan
Al-‐Quran.
Teknik
ini
digunakan
sesuai
dengan
tahap
dan
kemudahan
dalam
latihan
hafalan
tidak
kira
seorang
pelajar,
belia
mahupun
orang
dewasa.
Description:Kemampuan untuk fahami dan tadabbur Quran adalah anugerah. Allah yang diberikan kepada orang yang bersungguh-‐sungguh dan sanggup