Table Of ContentA P A K A H
J I H A D D I J A L A N A L L A H ?
Buku 1:
Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad.
Hafiz Firdaus Abdullah
Judul:
Apakah Jihad Di Jalan Allah ?
Buku 1: Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad.
Penulis:
Hafiz Firdaus Abdullah
www.al-firdaus.com
[email protected]
© Hafiz Firdaus Abdullah.
Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu.
Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan
apa cara jua untuk tujuan komersil tanpa keizinan bertulis
daripada penulis.
Penerbit:
Perniagaan Jahabersa
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.
Tel: 07-235 1602 Fax: 07-235 1603
www.jahabersa.com.my
[email protected]
Cetakan Pertama: 2003
ISBN:
Dicetak oleh:
2
Kata Pengantar. 7
Bab Pertama
1 Definisi jihad di jalan Allah 17
1.1 Definisi istilah jihad dari sudut bahasa 17
1.2 Beberapa contoh penggunaan istilah jihad
di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah 19
1.3 Definisi jihad dari sudut Syari‘at 23
1.4 Definisi istilah Di Jalan Allah 27
1.5 Beberapa istilah lain yang berkaitan
dengan jihad 31
1.5.1 Siyar ((cid:4)(cid:5)(cid:6)(cid:7)ا) 31
1.5.2 Qital (ل(cid:10)(cid:11)(cid:12)(cid:7)ا) 32
1.5.3 Ribath (ط(cid:10)(cid:14)(cid:4)(cid:7)ا) 33
1.5.4 Ghazwah (ةو(cid:17)(cid:18)(cid:7)ا) 33
1.5.5 Sariyyah ((cid:19)(cid:20)(cid:4)(cid:6)(cid:7)ا) 33
1.5.6 Jaisy ((cid:21)(cid:5)(cid:22)(cid:7)ا) 34
1.5.7 Jahfal ((cid:23)(cid:24)(cid:25)(cid:22)(cid:7)ا) 34
1.5.8 Khamis ((cid:26)(cid:5)(cid:27)(cid:28)(cid:7)ا) 34
1.5.9 Ba’ts ((cid:29)(cid:30)(cid:31)(cid:7)ا) 34
3
Bab Kedua
2 Kepentingan jihad di dalam Islam 36
2.1 Kepentingan Jihad Defensif di dalam Islam 40
2.2 Kepentingan Jihad Ofensif di dalam Islam 44
2.3 Antara Jihad Defensif dan Jihad Ofensif 52
2.4 Kedudukan jihad di kalangan umat Islam
masa kini 54
Bab Ketiga
3 Keutamaan jihad dan kemuliaan para
mujahid 64
3.1 Keutamaan jihad dan kemuliaan para
mujahid di dalam al-Qur’an 67
3.1.1 Jihad adalah perniagaan yang
menguntungkan 67
3.1.2 Allah Mencintai para mujahid 68
3.1.3 Para mujahid mendapat perto-
longan Allah yang istimewa di
medan jihad 68
3.1.4 Para mujahid diampunkan dosa-
dosa mereka dan diberi ganjaran
syurga 73
3.1.5 Para mujahid yang gugur syahid
sentiasa hidup di sisi Allah 76
4
3.1.6 Para mujahid bergerak bebas di
dalam syurga 78
3.2 Keutamaan jihad dan kemuliaan para
mujahid di dalam al-Sunnah 80
3.2.1 Jihad adalah amalan terpenting
di dalam Islam 80
3.2.2 Jihad adalah amalan yang tiada
tandingannya 82
3.2.3 Jihad menjanjikan pengamalnya
darjat syurga yang tertinggi 84
3.2.4 Amalan lain yang bersangkutan
dengan jihad dianugerahkan gan-
jaran yang berlipat ganda 86
3.2.5 Allah Tertawa dan Kagum kepada
para mujahid 89
3.2.6 Doa para mujahid didengar
oleh Allah 92
3.2.7 Para mujahid mendapat ganjaran
yang berlipat ganda dalam
tempoh yang singkat 93
3.2.8 Amalan para mujahid terus
berkembang 93
3.2.9 Para mujahid terpelihara daripada
api neraka 94
3.2.10 Dipermudahkan sakaratul maut
bagi para mujahid 96
3.2.11 Para mujahid dapat memberi
syafaat kepada ahli keluarganya 97
3.2.12 Para mujahid yang gugur syahid
ingin dikembalikan ke dunia 98
5
Bab Keempat
4 Membetulkan beberapa salah
faham tentang amalan jihad 102
4.1 Salah faham di dalam definisi jihad 102
4.2 Hadis “Kita kembali dari jihad kecil
kepada jihad besar.” 107
4.3 Salah faham bahawa jihad adalah
amalan aliran tertentu sahaja 112
Penutup 122
6
(cid:1)(cid:2)(cid:3)(cid:4)(cid:5)(cid:6) (cid:8)(cid:9)(cid:4)(cid:5)(cid:6) (cid:10)(cid:6) (cid:1)(cid:11)(cid:12)
(cid:29)(cid:18)(cid:4)(cid:30) (cid:8)(cid:31) (cid:10)(cid:6) (cid:12) !"(cid:21)(cid:17)(cid:18) ,(cid:13)(cid:4)(cid:14)(cid:15)(cid:16)(cid:11)(cid:17)(cid:18) (cid:19)(cid:20)(cid:2)(cid:21)(cid:16)(cid:11)(cid:17)(cid:18) (cid:13)(cid:22)(cid:23)(cid:24) (cid:10) (cid:22)(cid:23)(cid:25)(cid:6) (cid:26)(cid:27)
'()* (cid:8)(cid:31)(cid:18) (cid:19)(cid:5) ')(cid:31) +, (cid:10)(cid:6) (cid:13)(cid:22)-* (cid:8)(cid:31) , (cid:20)(cid:5) (cid:23)#(cid:6) $ %(cid:2)& (cid:8)(cid:31)(cid:18) (cid:20)(cid:11)(cid:14)(cid:17)(cid:6)
(cid:22)-2(cid:17)(cid:18) (cid:19)(cid:5) 3*(cid:4)(cid:30)4 (cid:13)(cid:22)(cid:3)(cid:18) (cid:10)(cid:6) 4(cid:6) (cid:19)(cid:5)(cid:27) 4 (cid:26)5 (cid:22)-2(cid:17)(cid:18) .(cid:19)(cid:5) ./ 0 +,
.(cid:19)(cid:5)"&(cid:29)(cid:18) (cid:13)(cid:22)6# (cid:6)(cid:22)(cid:23)7 (cid:26)5
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan
kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon
keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari
keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah
kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah
maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa
tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu
bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah
hamba-Nya dan Rasul-Nya.
7
Firman Allah ‘Azza wa Jalla
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad)
pada jalan Allah (untuk membela Islam dari
pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain
daripada kewajipanmu sendiri.
Dan berilah perangsang kepada orang-orang
yang beriman. Mudah-mudahan Allah menahan
bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan
(ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan
amatlah berat azab seksaNya. [al-Nisa’ 4:84]
Amma Ba’du.
Pengenalan ringkas.
Buku ini diusahakan khas bagi menerangkan satu
bab yang tersangat penting di dalam syari ‘at Islam yang
telah dilupa atau disalah ertikan, iaitu: Jihad Di Jalan Allah
? Insya-Allah akan diberikan penjelasan serta perbahasan
yang mendalam tentang Definisi, Kepentingan,
Kemuliaan, Hukum dan Syarat-syarat yang berkaitan
dengan amalan Jihad Di Jalan Allah berdasarkan nas al-
Qur’an dan al-Sunnah yang sahih serta diikuti dengan
penjelasan para ulama’ Islam yang muktabar. Buku
pertama ini menumpukan perhatian kepada Definisi,
Kepentingan, dan Kemuliaan amalan jihad di jalan Allah.
Insya-Allah akan diusahakan buku kedua yang akan
menumpukan perbahasan kepada Hukum dan Syarat-
8
syarat amalan jihad di jalan Allah pula.
Faktor-faktor yang menyebabkan penulisan buku
ini.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan penulis
memilih subjek jihad sebagai sumber kajian dan
penulisan. Faktor-faktor tersebut adalah:
Pertama:
Amalan jihad di jalan Allah pada asalnya
merupakan salah satu daripada tuntutan syari‘at Islam
yang memiliki dasar yang jelas di dalam al-Qur’an dan al-
Sunnah yang sahih. Ia menjadi pegangan generasi umat
Islam seluruhnya dari zaman baginda Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah ke zaman
kemuncak kegemilangan Islam. Setelah itu ia semakin
“menghilang” sehinggalah ke hari ini di mana ia hilang
terus daripada pengetahuan umat Islam. Di dalam kelas-
kelas pengajian sekolah mahupun universiti, buku-buku
teks, ceramah “live” di masjid, dewan atau radio, subjek
jihad tidak dibahas langsung. Jika ada sekalipun, ia adalah
perbahasan yang bertujuan untuk melencongkannya
daripada maksud yang asal.
Padahal subjek jihad mewakili sebahagian besar
daripada ayat-ayat al-Qur’an yang suci serta hadis-hadis
Nabawiyyah yang mulia. Bahkan di dalam al-Qur’an
terdapat beberapa surah yang khusus membahas subjek
jihad seperti surah al-Anfal dan surah al-Taubah.
Pengkhususan seperti ini tidak berlaku ke atas lain-
lain amalan atau subjek di dalam syari‘at Islam.
Manakala di dalam kitab-kitab hadis pula, para imam yang
menyusunnya telah mengkhususkan bab yang khas
tentang subjek jihad di mana dihimpun di dalamnya
9
hadis-hadis yang berkaitan dengan amalan jihad dan
segala yang berkaitan dengannya. Ini diikuti dengan para
ulama’ kita daripada kesemua empat mazhab yang telah
mengkhususkan sebuah bab di dalam kitab mereka
masing-masing untuk membahas subjek jihad ini.
Oleh itu perlu dikembalikan perhatian umat Islam
kepada ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan subjek
jihad kerana ia termasuk salah satu daripada kewajipan
(fardhu) syari‘at Islam.
Kedua:
Jihad bukanlah sekadar satu kewajipan daripada
kewajipan-kewajipan syari‘at Islam. Ia memiliki
kedudukan yang lebih tinggi daripada itu, yakni ia adalah
kewajipan yang memelihara kewajipan-kewajipan
syari‘at Islam yang lain. Jihad bertindak sebagai perisai
yang melindungi syari‘at Islam. Apabila perisai ini berdiri
tegak, syari‘at Islam akan terpelihara manakala apabila
perisai ini lemah atau runtuh, syari‘at Islam akan jatuh
dan musnah.
Ketiga:
Jika dianalisa nasib yang menimpa negara-negara
Islam yang diserang musuh sepertimana di Palestin,
Bosnia, Ambon, Afghanistan dan Iraq, kita tidak boleh
menolak kemungkinan bahawa nasib yang sama akan
juga menimpa negara-negara Islam yang lain termasuk
Malaysia.
Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat,
Britain dan Australia bertindak bebas menyerang mana-
mana negara Islam tanpa perlu menunggu mandat
daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
10
Description:jihad seperti surah al-Anfal dan surah al-Taubah. Pengkhususan seperti ini tidak berlaku ke atas lain- lain amalan atau subjek di dalam syari'at Islam.