Table Of ContentPELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
KOLEKSI AKTIVITI TERPILIH SIRI 2
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
2011
Cetakan Pertama
First Printing, 2011
Hak Cipta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Copyright Ministry of Higher Education 2011
Hak cipta terpelihara. Tiada sebahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval
system, without permission in writing from Ministry of Higher Education.
Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by
Kementerian Pengajian Tinggi,
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.
Tel : 03-8870 5050
Laman web : www.mohe.gov.my
Dicetak di Malaysia oleh/Printed in Malaysia by
Nur Niaga Sdn. Bhd.
3260, Jalan 18/37, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Cataloguing-in-Publication Data
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Koleksi Aktiviti Terpilih Siri 2
Kementerian Pengajian Tinggi
ISBN 978-983-3663-90-3
Kandungan
Kata Alu-Aluan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
i
Menteri Pengajian Tinggi
Kata Alu-Aluan YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor
ii
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi
Prakata Prof. Madya Dr. Harshita Aini Haroon
Pengarah, Pejabat Pengurusan Program (PMO)
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
iii
Kementerian Pengajian Tinggi
1
Pengenalan
Akademia 3
Anugerah Pengajaran Putra (UPM) 5
Latihan Pembangunan Kendiri dan Profesionalisme di Kalangan Staf Akademik (UiTM) 9
High Impact Visit Programme (UTM) 11
Pelaksanaan Academic Performance Target (SAPT) (UM) 14
e-Pembelajaran 17
e-Learn@USM (USM) 19
Sistem Pembelajaran Elektronik (MyGuru2) (UPSI) 22
Pelaksanaan e-Pembelajaran (UKM) 25
Industri-Akademia 29
Creating Sustainable Income From Perpetual Endowment Property Fund (Azman Hashim
31
Complex) (IIUM)
Hari Terbuka Bersama Pakar Pertanian (HTBPP) UPM (UPM) 33
Meningkatkan Nilai Projek Perundingan Daripada Industri (UiTM) 36
Meningkatkan Pembangunan Industri dan Akademia (UTM) 40
Projek Akuaponik di Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu (UMT) 42
Kebolehpasaran Siswazah 47
Job Camp UniMAP dan Industri (UniMAP) 49
The Alumni Mentorship Program dan Alumni Mentoring Network UPM (AluMNet UPM) (UPM) 52
Alumni Lecture Series (UPM) 55
Kajian Pengesanan Graduan dan Program Kebolehpasaran Graduan (USM) 58
Kepemimpinan 61
Membentuk Pangkalan Data Bakal Pemimpin (UiTM) 63
Keusahawanan 65
Bengkel Enterpris Sosial untuk Pembangunan Ekonomi (UMK) 67
Menawarkan Kursus Keusahawanan Berstruktur Kepada Pelajar (UiTM) 70
Program Keusahawanan Siswa (UUM) 73
MyBrain15 77
Menawarkan Insentif Kepada Pelajar Yang Menamatkan PhD Dalam Tempoh 3-4 Tahun (UM) 79
Pencarian Calon Tenaga Akademik Berpotensi Melalui Program Bright Sparks (UM) 82
Pemantauan Pengajian di Bawah Hadiah Latihan Cuti Belajar (HLCB)/Skim Latihan Akademik
84
Bumiputera (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI) (UM)
Mengenal Pasti Dan Menawarkan Jawatan Fellow SLAB/SLAI dan Anugerah Kecemerlangan.
87
(UniMAP)
Inisiatif MyBrain15 di USM (USM) 89
Meningkatkan Bilangan Staf dan Pelajar UTM Untuk Mendaftar PhD Dengan Pengurangan
93
Birokrasi Proses Kemasukan dan Penyediaan Pembiayaan Pengajian (UTM)
Pembangunan Holistik Pelajar 97
The Offering of Credited Co-curricular Courses Under the Volunteerism Thrust (IIUM) 99
Program Pembangunan Kursus Kokurikulum Berkredit di Universiti Utara Malaysia (UUM) 102
Hari Tunas Wira (UPNM) 105
Pemantapan Pembangunan Sahsiah Pelajar Melalui Ekuestrian (UniSZA) 109
Pembelajaran dan Pengajaran 113
Pelaksanaan Student Centred Learning (UKM) 115
Program Diploma Pasca-Siswazah (UNIMAS) 117
Pelaksanaan OBE-SCL di Seluruh Sistem UiTM (UiTM) 120
Menginstitusikan Pembelajaran dan Pengajaran Berteraskan Kaedah SCL (UTHM) 123
Sistem MyCPD (Continuous Professional Development) Sebagai Inovasi Dalam Membangun
126
Kompetensi Modal Insan Universiti (USM)
Pengantarabangsaan 129
Increasing The Number of International Students Enrolment Via Appointment of Recruitment
131
Agents (IIUM)
Pengiktirafan Badan Profesional Antarabangsa Terhadap Program Profesional di Fakulti
133
Kejuruteraan Universiti Malaya (UM)
Program Around The World In 1 Day (UMP) 135
Projek Outbound (USIM) 138
Menggalakkan Pengiktirafan Antarabangsa Terhadap Program-Program Yang Ditawarkan di
141
UiTM (UiTM)
UTM Global Outreach Programme (UTM) 144
Pengiktirafan Program Akademik di Peringkat Antarabangsa Bagi Meningkatkan Bilangan
147
Kemasukan Pelajar Antarabangsa ke UTeM (UTeM)
Penyelidikan dan Pembangunan 151
Mewujudkan/Memantapkan Jaringan Kolaborasi Penyelidikan dan Promosi Hasil
153
Penyelidikan Dengan Pihak Industri dan Antarabangsa (UPM)
Program Perkongsian Bestari (UUM) 156
Menyemarakkan Budaya Penyelidikan Menerusi Ekologi Penyelidikan Yang Kondusif (USM) 158
Kecemerlangan Pengkomersilan Melalui Pengurusan Harta Intelek Yang Inovatif (UTM) 160
Sidang Editor 165
Sidang Editor 167
Kata Alu-Aluan YB Menteri Pengajian Tinggi
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memikul tanggungjawab memastikan bahawa Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN) dilaksanakan dengan berkesan. Dirangka untuk
menterjemah teras kedua Misi Nasional, iaitu melahirkan modal insan kelas pertama bagi
menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi,
PSPTN juga selari dengan inisiatif untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara
maju berpendapatan tinggi dan hab pengajian tinggi serantau dan antarabangsa. Aktiviti-
aktiviti yang dirancang bagi setiap Projek Agenda Kritikal (CAP) PSPTN, berpandukan pelan
tindakan yang teratur dan jelas di institusi pengajian tinggi (IPT), adalah penting untuk
memastikan pengajian tinggi mencapai hasrat yang digariskan dalam PSPTN.
Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2 ini mengandungi koleksi aktiviti-aktiviti terpilih yang
telah dilaksanakan di IPTA dalam menjayakan pelaksanaan dan pencapaian projek-projek pada
tahun 2010. Syabas saya ucapkan kepada pasukan-pasukan pelaksana yang begitu komited
dalam memastikan objektif dan hasrat PSPTN dapat dicapai. Memandangkan semangat
perkongsian ilmu dan pengetahuan menjadi salah satu prasyarat kepada kejayaan PSPTN,
adalah diharapkan semua IPT memanfaatkan penerbitan buku ini. Saya berharap buku ini
akan terus menjadi bahan rujukan dan penggerak budaya perkongsian amalan-amalan terbaik
dalam usaha kita untuk memperkasa pengajian tinggi ke arah mencapai misi dan visi Wawasan
2020, dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
i
Kata Alu-Aluan Ketua Setiausaha,
Kementerian Pengajian Tinggi
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Penggemblengan tenaga pelbagai pihak dan sifat dedikasi dan kerjasama dalam kalangan
pelaksana aktiviti-aktiviti PSPTN adalah antara penyumbang utama kepada kelancaran
pelaksanaan Fasa 1 bagi transformasi pelan ini. Semua IPT mempunyai kekuatan tertentu dalam
bidang-bidang yang ditumpukan. Namun begitu, terdapat juga ruang di mana sesuatu IPT itu
dapat belajar dari IPT yang lain. Dalam konteks hasrat perkongsian ilmu melalui pelaksanaan
PSPTN, adalah menjadi satu pembaziran jika ilmu dan pengajaran yang diperoleh tidak dikongsi
bersama dengan IPT lain. Perkongsian juga akan membawa kepada proses penandaarasan
yang akan memanfaatkan semua IPT melalui peningkatan dan pemerkasaan usaha-usaha ke
arah keberhasilan PSPTN yang positif.
Justeru, koleksi aktiviti pelaksanaan PSPTN ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya
perkongsian ilmu selaras dengan budaya pembelajaran berterusan. Buku koleksi aktiviti-
aktiviti terpilih PSPTN ini telah dapat diterbitkan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai
pihak, terutamanya pihak iPMO di semua IPTA. Syabas saya ucapkan kepada PMO dan AKEPT
KPT kerana berjaya menerbitkan Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2. Saya harap buku ini
akan dimanfaatkan sebagai bahan rujukan dalam pelaksanaan fasa-fasa PSPTN seterusnya di
semua IPT, ke arah kecemerlangan pengajian tinggi negara.
Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
ii
Prakata
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Pelaksanaan Fasa 1 (2007-2010) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah memberi
fokus kepada peletakan asas bagi membolehkan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) meningkatkan kualiti modal insan bagi menghadapi cabaran pembangunan ekonomi
yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Semua aktiviti-aktiviti yang digariskan
untuk melaksanakan Projek Agenda Kritikal (CAP) PSPTN pula telah dapat berjalan dengan
lancar melalui komitmen yang tinggi dari pelaksana dan pemegang taruh.
Tahun 2010 merupakan titik permulaan dalam usaha perkongsian ilmu aktiviti-aktiviti
pelaksanaan CAP dengan penerbitan Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 1. Buku ini
mendokumenkan pengalaman IPTA dalam melaksanakan agenda PSPTN serta menggalakkan
perkongsian ilmu di kalangan IPTA dan pihak pemegang taruh yang lain dalam usaha
mempercepatkan proses pembelajaran dalam pelaksanaan PSPTN di IPTA. Perkongsian ini juga
diharapkan dapat mewujudkan semangat setiakawan dan kebersamaan demi kecemerlangan
pengajian tinggi.
Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2 ini merupakan kesinambungan usaha bagi
mengukuhkan budaya perkongsian ilmu dan memastikan aktiviti-aktiviti baik boleh disebar
luas untuk dijadikan sumber rujukan kepada semua IPTA dan pihak pelaksana lain seperti
Politeknik dan Kolej Komuniti.
Objektif utama penerbitan buku ini adalah untuk menyediakan platform bagi menggalakkan
perkongsian amalan baik dalam pelaksanaan CAP PSPTN yang boleh dijadikan sumber
rujukan, dan menyediakan asas untuk IPTA mengadakan penandaarasan ke arah peningkatan
tahap prestasi yang cemerlang. Aktiviti yang dipilih pula berdasarkan pencapaian KPI terbaik
dalam pelaksanaan CAP PSPTN pada tahun 2010, dan pemerhatian serta penemuan semasa
semakan keserakanan yang telah dijalankan. Ciri-ciri lain yang juga diambil kira ialah kelainan
dengan amalan-amalan yang lazim dilakukan, mempunyai impak tinggi ke atas keberhasilan
projek, berupaya melonjakkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi dan telah selesai kitaran
pelaksanaan dan ada penghasilan/keberhasilan.
Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kompilasi dan
penerbitan buku ini. Marilah bersama-sama kita berganding bahu menjayakan PSPTN.
Prof. Madya Dr. Harshita Aini Haroon
Pengarah
Pejabat Pengurusan Program (PMO)
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Kementerian Pengajian Tinggi
iii
Description:Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2 ini mengandungi koleksi aktiviti-aktiviti
terpilih yang .. turut menyumbang kepada perancangan dan hala tuju Universiti
. seperti sains, kemanusiaan, sains sosial, pengurusan perniagaan,