Table Of ContentGERAKAN KRISTIANISASI
DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM:
KAJIAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
HAJI MAIL BIN BESAR
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2008
GERAKAN KRISTIANISASI
DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM:
KAJIAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
HAJI MAIL BIN BESAR
DISERTASI INI DIKEMUKAKAN
UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI
IJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN II
(SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI)
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2008
ABSTRAK
Disertasi ini membincangkan gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam
di Negara Brunei Darussalam dari tahun 1500M sehingga menjelang tahun 2000M.
Perbincangannya mengandungi sejarah bermulanya gerakan Kristianisasi di kalangan
masyarakat Islam sehingga sampai ke Negara Brunei Darussalam termasuk metode-
metode yang digunakan.
Gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam berlaku berpunca dari rasa
dendam pemimpin-pemimpin Kristian kerana kekalahan mereka dalam peperangan
Salib dan penaklukan Islam terhadap negara Sepanyol. Semenjak peristiwa tersebut
berbagai metode telah digunakan bagi menghancurkan Islam dan umatnya di seluruh
dunia termasuk di Negara Brunei Darussalam.
Gerakan Kristianisasi di Negara Brunei Darussalam bermula pada abad ke XVI
yang dilancarkan oleh kuasa kolonail Portugis, kemudian Sepanyol dan diikuti oleh
British/Inggeris. Dalam tempoh lebih kurang 486 tahun (1514-2000M) gerakan
dilancarkan akhirnya agama Kristian telah bertapak di Negara Brunei Darussalam dan
telah dianuti oleh 25,994 orang penduduknya pada tahun 1991.
Berbagai metode gerakan telah digunakan antaranya ialah dengan kekerasan,
dakwah biasa dan yang berbentuk gerakan “fitnah”. Gerakan dalam bentuk kekerasan
telah dapat dihalang, gerakan melalui dakwah biasa hampir berhasil manakala gerakan
dalam bentuk “fitnah” bagi menjauhkan penduduk Islam dari Islam melalui fahaman
sekularisma sebahagiannya telah berjaya. Namun atas kewibawaan sultan-sultan Brunei
i
dan fatwa Mufti Kerajaan Brunei dari masa ke semasa telah dapat menyingkirkan
kesan-kesan dari hasil gerakan Kristianisasi di Negara Brunei Darussalam.
Sebagai kesimpulannya kajian ini mendapati dari tahun 1500M sehingga
menjelang tahun 2000M jelas wujud gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam
di Negara Brunei Darussalam (sebagaimana juga di negara-negara Islam yang lain). Ini
berdasarkan kepada kenyataan sejarah dan kesan-kesan yang berlaku setelah
terlaksananya suatu metode serta wujudnya beberapa kes yang dikaitkan dengan
penyebaran agama Kristian yang secara tidak langsung cuba untuk mempengaruhi
masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam.
ii
ABSTRACT
This dissertation discusses the movement of Christianization among the Muslim
community in Brunei Darussalam from the year 1500M until the year 2000M. The
discussion focuses on the history of the movement of Christianization among the Muslim
community in Brunei which includes the methodes used in that process.
The movement of Christianization among the Muslim community happened
because of the feelings of resentment among the Christians as a result of their of their
defeats in the Crusade and the lost of Spain to the Muslims. Since these events, various
methods had been used by the Christians in order to destroy the Islamic religion and its
followers throughout the world including Brunei.
In Brunei, the movement of Christianization began in the sixteenth century by the
portuguese. This was fillowed by the Spanish and then the British. Since 1500,
Christianity had been setting up in Brunei and had followers of about 25,994 in 1991.
Various methodes were used in the process of Christianization and this includes
force conversion, ordinary propagation and ‘slanderous’ movements. Although the
force conversion was successfully prevented, the ordinary propagation and the
‘slanderous’ movements (which the Christians did through the process of secularism)
had not been successfully thwarted. In this case, the Sultans and the Muftis played very
important roles in restraining the movement of Christianization and the effects of
Christianization in Brunei.
iii
This study will show that from the year 1500M to the year 2000M there were
movements of Christianization among the Muslims in Brunei (as also happened in other
Islamic countries). The finding was based on historical facts, effects and the existence
of several cases that had cinnections with the propagation of Christianity in Brunei.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan
izinNya serta taufiq dan hidayahNya disertasi ini telah dapat disiapkan. Ucapan
penghargaan dan terima kasih yang setinggi-timgginya ditujukan terutama kepada
penyelia saya, Profesor Madya Dr. Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali dari
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, Malaysia. Bimbingan, nasihat serta kritikannya yang membina telah
banyak membantu mengemaskinikan dan menyelesaikan kajian ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga wajar diberikan kepada Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan
Negara Brunei Darussalam yang telah memberikan kesempatan kepada saya mengikuti
kursus Sarjana Usuluddin melalui Skim Latihan Dalam Perkhidmatan. Individu-
individu yang juga berhak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih khasnya
kepada Dr. Haji Hasbol bin Haji Mail (UBD), Pegawai-pegawai dari Pusat Sejarah
Brunei, Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Ketua bahagian Penapisan Dan
Kawalan Terbitan Pusat Da’wah Islamiah Brunei, Ketua Bahagian Kawalan Akidah
Jabatan Hal Ehwal Syari’ah Brunei, Pegawai Bahagian Pendaftaran Pertubuhan-
pertubuhan, Ibu Pejabat Polis Gadong, Ketua Unit Dakwah dan Tabligh Daerah
Temburong, Awang Tuah bin Tali Penghulu puak Murut, Ustaz Hasnan bin Kasan
(UKM), Awang Haji Karim bin Haji Abd. Rahman, Dayang Siti Darliyana binti Awang
Mohamad dan lain-lain. Mereka ini dengan tulus ikhlas telah memberikan pertolongan
dan meminjamkan banyak sumber-sumber penting yang berkaitan dengan kajian ini.
v
Ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga layak saya berikan kepada
perpustakaan Utama Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Pusat Da’wah Islamiah Brunei, Jabatan Muzium Brunei, dan
Arkib Negara Brunei. Institusi-institusi ini telah banyak memberikan kebenaran dan
kemudahan kepada saya untuk membuat rujukan dan meneliti bahan-bahan yang
berkaitan dengan kajian ini.
Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan
bantuan secara langsung mahu pun tidak langsung yang nama-nama mereka tidak dapat
dirakamkan dalam ruangan yang terbatas ini. Hasil dari kerjasama mereka ini dapat
membantu menyempurnakan kajian ini.
Akhirnya yang juga berhak menerima ucapan penghargaan dan terima kasih ini
ialah isteri saya, Dayang Armah binti Haji Tamin yang banyak bersabar dan berkorban
demi kejayaan kajian ini. Anak-anak saya, Waqiyatu Shahidah, Mohd. Ali Firdaus,
Mohd. Khairi, Dini Hanani, Humaira, dan Ahmad Azizi yang penuh pengertian
terhadap kepergian saya ke seberang laut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini
ditujukan kepada kaum keluarga dan sanak saudara yang banyak memberikan sokongan
moral sepanjang kajian ini dibuat. Semoga Allah membalas dengan seribu rahmat atas
budi dan jasa yang kalian hulurkan.
AWANG HAJI MAIL BIN BESAR
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA,
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
vi
DAFTAR ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
ABSTRAK i -ii
ABSTRACT iii -iv
PENGHARGAAN v -vi
DAFTAR ISI KANDUNGAN vii -xiii
KEPENDEKAN xiv - xv
PENDAHULUAN
1. Latar Belakang Permasalahan Kajian xvi – xviii
2. Objektif Kajian xviii –xix
3. Kepentingan Kajian xix
4. Skop Kajian xx
5. Metodologi Kajian xx –xxii
6. Kajian Lalu xxii – xxvi
7. Susunan Penulisan xxvi -xxvii
BAB I: GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN
MASYARAKAT ISLAM SECARA UMUM
1.1. Pendahuluan 1
1.2. Definisi istilah “gerakan Kristianisasi“ 2 –3
1.3. Dasar-dasar gerakan Kristianisas 3 –8
vii
1.4. Sejarah gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam 8 –25
1.5. Objektif gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam 25 –31
1.6. Metode-metode gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat
Islam 31 –60
1.7. Kesimpulan 6 0 –64
BAB II: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN DASAR-
DASARNYA TERHADAP GERAKAN
KRISTIANISASI
2.1. Pendahuluan 65
2.2. NBD dan kedudukan geografinya 66 –70
2.3. Latar belakang sejarah NBD 70 –76
2.4. Dasar-dasar NBD terhadap gerakan Kristianisasi 76-83
2.4.1. Dasar-dasar NBD terhadap kebebasan menganut agama 83 –88
2.4.2. Dasar-dasar NBD terhadap kebebasan mengamalkan
agama 88 –92
2.4.3. Dasar NBD terhadap kebebasan menyebarkan ajaran
agama 93
2.4.3.1. Kebebasan menyebarkan ajaran agama Kristian
melalui tayangan filem di NBD 93 –97
2.4.3.2. Kebebasan menyebarkan ajaran agama Kristian
melalui lakonan pentas di NBD 97 –98
2.4.3.3. Kebebasan “pendakwah-pendakwah” agama
Kristian dari luar negara menyebarkan ajaran agama
di NBD 98 –100
viii
Description:kepada kitab suci agama Kristian, Bible yang turut memuatkan ajaran St. Paul. Sebaliknya Bible lebih berupa kitab suci yang disejajarkan .. lapan orang paderi Katholik iaitu Fr. Domingos de Souza dari kumpulan Dominican ,.